Tuesday 28 August 2012

the beginning of our journey ...


jangan ditanya dan minta di mengerti =D

Alhamdulillah, Allah masih mempermudahkan urusan kami berdua. hujung minggu ni aku dan dia akan menghadiri kursus pra-perkahwinan kat Behor Temak,Perlis.
mula-mula risau gak takut tak sempat settlekan kursus sebelum balik ukm sebabnya, sijil kursus kawin ni penting utk proside borong dia. paling-paling cepatpun borong diproses dalam jangka masa 3 bulan. risau jugak akan menjejaskan tarikh majlis yang telah diperbincangkan..

Akupun dah mula mengemas bilik untuk dicat semula dan mencari barang-barang yang diperlukan untuk majlis itu nanti.. Serius sibuk!!
Terasa waktu berlalu terlalu cpat..
aku cuma ada 2 minggu untuk selesaikan sekurang-kurangnya separuh daripada persiapan yang sepatutnya ada..

Mungkin mereka akan bertanya "tak terlalu awal ke untuk semua ni?"
jujurnya, keputusan ni sangat berat untuk aku buat. bukan senang berkorban untuk org kita sayang. tambahan lagi mengorbankan diri sendiri untuk tujuan bersama. actually, bekorban secara postif dan memohon allah menetapkan pendirian ku.. Amin.




memandangkan dia pekerja tetap kerajaan,maka terpaksala kami mengikut procedure yang telah ditetapkan iaitu mengisi borong memohon keizinan dan mengisytiharkan majlis kami ni.
paling cepat borong niakan diproses dalam masa 3 bulan! aku cuma harap borang ni akan di proses dgn cepat dan tarikh majlis kami tidak ditangguh.. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami..



Saat paling bermakna bila tgk borong ada tercatit nama aku kat 'nama bakal isteri"
i'm waiting....

=D Mungkin awak jodoh saya

jika namamu yg tertulis di lauhul mahfudz utk ku, niscaya cinta itu akn t'tanam dlm diri kita.Tugasku bkn mencari dirimu, ttp mensolehahkan diriku.Wahai seseorg yg tlh t'tulis di lauhul mahfudzku, imamku & ayah dari anak2ku, engkau yg membersamai perjalananku nanti, aku percaya engkau sedang memp'baiki dirimu,memantaskan dirimu tuk jadi imam bg tulang rusukmu, & buah hatimu kelak.. InsyaAllah ♥

hampir setahun aku simpan kata-kata ni kat stickynote lappy aku.. alhamdulillah..
aku sudah mula yakin bahawa dia jodoh yg sudah tertulis di Lauhul Mahfudz untuk ku..

"he ASKED me... and i said YES!"

Semoga aku juga yakin dengan jawapan yang aku sendiri berikan.. InsyaAllah..
Semoga Allah mempermudahkan urusan kami berdua.. Amin..

Kepada awak..
terima kasih sebab bertanyakan saya soalan 'itu'. i really appreciate that!
insyaAllah, Allah sentiasa ada untuk mempermudahkan urusan kita berdua..
walaupun jarak jauh bakal menyusul namun hati kita tetap bersama..



Saturday 11 August 2012

Sesi Ta'aruf bersama keluarga 'baru'

Alhamdulillah semakin banyak perkembangan dalam hubungan kami & yang penting kedua-dua belah keluarga dah mulakan sesi Ta'aruf.

sebenarnya ini bukan kali pertama aku pergi rumah dia. dah masuk kali yang kedua =D kal pertama aku pergi masa 3 bulan pertama kami berkenalan!! Awalkan?? Even thought, masa tu aku masih lagi ragu-ragu dengan keputusan dia untuk ajak aku balik kampung dan kenal dengan family dia kat sana. sedangkan hubungan kami baru berusia 3 bulan.
terlalu singkat bagi lelaki untuk membuat keputusan membawa seorang gadis untuk diperkenalkan pada familynya.

Tapi dia tak. itulah perkara yang buat aku betul-betul respek dengan dia. dia betul-betul mengharapkan hubungan kami ni sehingga terlafaz ijab kabul dan hingga ke akhir usia. sikap tulah yang sebenarnya membuatkan aku juga semakin yakin dengan hubungan kami.

bukan mudah untuk mencintai seseorang dengan sepenuh hati jika tiada keserasian dalam diri. Bagi aku, kami serasi. he just like my Soul mate! dan aku sangat mengharapkan dialah jodoh yang ditulis Allah di lauhul mahfudz ku.. Amin..

sebenarnya ada lagi perbincangan yang lebih serius waktu aku jumpa dgn family dia kt sana dan sewaktu dia melepak dengan mak aku kat sini. tapi aku nak rahsiakan dulu.. =D bila dh comform baru nak buat satu entry special ttg tu..

alkisahnya, perjalanan yang tak dirancang utk balik kelantan. Tanpa dirancang petang jumaat tu dia datang rumah nak ambik barang dan cakap dia nak balik kampung.. disebabkan dia drive sorg, so mak aku minta aku temankan dia balik kg dgn adik-adik aku. do u notice that! mak aku yang minta aku temankan dia.. so secara rela hatinya akupun temankan dia.. bukan seorg diri ea tapi berempat dgn 2 adik lelaki aku.

Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam dan disebabkan aku dan dia cuma balik utk 3 hari 2 malam, so, kami telah membahagikan masa secara adilnya!(dah mcm suami isteri plak ye) =D
Kami sampai kat kelantan dh jam 11.00 malam. so, kitaorg decide utk balik kg aku dulu malam tu bermalam kat sana then esk tghari baru balik rumah dia yg nun jauh di Gua Musang.. sempatlah bawa dia knl ngan family blah mak aku kat kampung.

Tengaharinya barulah kami bertolak pergi rumah family dia. perjalanan dari Lubuk stol, Rantau Panjang (rumah nenek aku) nak ke Paloh, Gua Musang ambik masa dalam 2 jam jugakla.. agak jauh dan memenatkan. Alhamdulillah kedatangan aku disambut baik oleh family mertua sebelah sana. Siap buat nasi kerabu lagi untuk berbuka. waalaupun cuma semalam di kampung dia, boleh dikatakan aku dah mula kenal hampir keseluruhan family besar dia. alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..

Semoga hubungan ni kekal hingga ke hujung nyawa..Amin..

Officially...

Monday 6 August 2012

Solat Ber'imam'kan awk..

Tak tahu kenapa aku mengambil masa yang terlalu lama untuk mula meng'update' blog ni..
Kadang-kadang banyak perkara yang aku terfikir nak tulis tapi bila dah mengadap terus FAil! Blur.. tak tahu nak tulis apa..

Okeh! berbalik kepada tajuk diatas.. =D
Semalam aku berbuka puasa dengan dia kat rumah aku. Pastu kami solat maghrib bersama-sama dan aku ber'imam'kan dia.
Satu perasaan bahagia terselit diantara hati kami. YaAllah..ni belum kawen. kalau dah kawen macam mana rasanya bila tiap-tiap kali solat kita akan diimamkan oleh org yg kita sayang! (okep. aku admit yang aku sayang dia) blushing


Actually ada banyak perkembangan positif dalam hubungan kami. mungkin perkembangan masa hadapan. semoga jodoh kami panjang dan aku harap sangat hingga ke hujung nyawa.. AMin..