Saturday 29 September 2012

Respek la Bro!


Tetiba isu respek ni timbul dlm diri ni. maklumlah sudah masuk tahun ke tiga di Universiti. (Actually, too old)!
Takkan timbul isu senior atau junior cuma, apa yang kita sebagai manusia nak hanyalah respek masing-masing. tak kiralah siapapun ko, u need to respect each other. with respect it shows your personality.

senior tak semestinya pandai dan junior tak semestinya bodoh. Apa yang membezakan mereka adalah perasaan hormat yang tinggi dalam diri masing-masing. Aku mula belajar tentang respek ni waktu kat rumah lagi di mana mak dan abah ajar aku untuk bersalam setiap kali jumpa org yang lagi dewasa dari kita. aku belajar cara respek dengan cara yang sangat sempurna dan insyaAllah sampai sekarang aku masih boleh mengekalkan rasa itu.

Cuma apa yang menghairankan bila tengok anak-anak muda sekarang yg sudah mula hilang rasa hormat kepada org tua. Ada seorang junior bila ditegur tentang sesuatu kesalahan mula buat muka tak puas hati sedangkan yang ditegur adalah kerana sikap biadapnya dengan org tua. bila budaya tegur menegur ni dah takde dalam diri insan, maka akan hancurlah sikap hormat, toleransi, kasih sayang dan sebagainya kerana sikap ini terbentuk dari budaya menegur sebenarnya.

Aku mungkin menulisnya secara random tapi sebenarnya niat aku adalah untuk menegur. Takkan sampai ketahap yang tinggi jika kita meninggi diri dan tak nak dengar teguran org lain. yang sedihnya bila anak-anak yang tidak tahu untuk hormat kepada org lain ibu bapa pula yang dipersalahkan..


Wednesday 19 September 2012

Jamuan Hari Raya bersama Timbalan Perdana Menteri di Bukit Bintang.

ishk3.. banyak betul rezeki makan Free ni kan.. =D Balik je dari Putrajya keesokkan harinya Sabtu (15/09/2012)  pulak aku gi jamuan raya kat bukit bintang. Jamuaan ini diadakan untuk pelancaran Riders & Rempit United di bukit bntang. Bukan setakat jamuan siap boleh shopping lagi..

Kami bertolak dari Ukm jam 9.00 pagi dan sampai di bukit bintg kira-kira jam 10 pagi. sampai je kat sana kami diberikan makan Nasi lemak dan air mineral dan lepas tu kami  dibenarkan untk berjalan-jalan kat sekitar Bukit Bintang. Heaven.. Rugi gila sapa yang xpegik.. dan apa yang paling best adalah... Kami bersama-sama pergi mencari kasut utk aku pakai waktu akad nikah dan bersanding nanti.. Excited sangat budak-budak ni mencari kasut utk aku.. =D

Semua kedai kasut kami masuk memandangkan aku cuma pakai kasut jenama yang terpilih sahaja sebab kaki aku bukan saiz asia.. hihihi.. dan semuanya hampa sebab mmg takkan ada kasut cantik tinggi dan vouge utk kaki panjang aku ni..





dek kerana aku dah mula give up (kecuali Lisa) mencari kasut utk wedding maka kami berkeliaran mencari kedai-kedai yg semua wanita suka masuk iaitu kedai Accessories.. Barang kecik-kecik yg comel dan sangat mengagumkan..



Kak farah dgn rantai 'pink' nya..

 mellysa dgn rantai rabitnya.. =D that's why she crazy about carrot!

 suke sgt spek Hello Kitty ni.. 


waktu kami berjalan-jalan menghabiskan masa aku terjumpa satu kedai Kasut yg ramai gila perempuan kat dalam. so, aku ngan anapun masuklah.. rupa-rupanya tgh sales until 80%! Wow.. cari punya cari akhirnya aku jumpa dengan Heels yang aku mmg dah lama cari dan apa yang terbaik adalah.. aku dapat dengan harga yg berbaloi-baloi.. SUPERB!! Kami merewang-rewang kat atas Sungei Wang sampai jam 12.00 pm.. menghabiskan masa yg sememanya sedikit..


pastu bermulalah al kisah jamuan raya kami.. 
Sebelum ketibaan Tim. PM, kak didie alias dgn Ray drpd hot FM jadi Pengacara Majlis.. best sgt.. =D
tak sangka lak majlis ni melibatkan artis.. antara artis yg ada hari tu, TAm, Sari yantie, Adi putra, Almy Nadia  dan memey.. 






Seperti biasa menu yang paling mendapat perhatian hari tu adalah.. SATE. Kali ni mmg kita blh minta banyak mana yang kita nak walaupun dia yg bagi.. mmg kenyangla makan sate.. sebelum kami balik, aku minta biskut raya ngan abg yg ada kat situ, sepatutnya dia nak bgi VIp biskut tu tapi VIP tak ambik kot. so, dia bagi kitaorg.. serius sedap giler...!! terbaiklah semprit dgn tat nenas dia..




*terfikir semula niat utk berDIET!



Sunday 16 September 2012

Jamuan Hari Raya bersama KDN

Jumaat (14/09/2012)Suksis dijemput utk ke jamuan raya bersama KDN di Putrajaya.untuk makan free terpaksalah aku MEMONTENG kelas dengan jayanya.. hehe.. sebenarnya aku kena pegi sbb aku dah jadi tim. presiden SUSKSIS UKM sekrg. so terpaksalah Follow semua program.

Tapi aku mmg suka rumah terbuka ni.. banyak kedai yang diwakili jabatan dalam KDN ada. Yang paling aku ingat PDRM sediakan Mie Bandung dan yang menghidangkan pada kami Inspektor. bukan calang-calang besar jugak majlis ni. Dan yang terbaik majlis ni dihadiri ramai Kehormat dan yang buat aku paling excited dapat tgk Ketua Polis dan tim depan mata..



Kami bertolak dari UKM jam 12.30 sbb cik-cik lelaki akn solat Jumaat kat masjid Besi Putrajaya dan tercatat sejarah bila ini kali pertama aku tgk org sembahyang jumaat.. Subhanallah.. =D
Inilah lelaki yang tidak melupakan Solat Jumaatnya..


yang ter'comel' dari gadis-gadis cantik Suksis..





sampai je kat sana kami serbu kedai-kedai makanan 'percuma' yg ada kat sana. Ramainya Manusia bila dapat makan Free ni. macam-macam gaya dan perangai. Menu paling mendapat sambutan kat sana Sate dan Kambing golek. Tapi bila aku tgk kambing tu, terus aku tak lalu nk makan kambing (sebenarnya aku mmg tak pandai makan kambing)..


Pastu kami diminta beratur untuk menyambut kedatangan Datuk Seri Paglima Hishammuddin Bin Tun Hussein.. What i love about him is, he so Friendly even thought with community. really impresses with him. 


Berbalik cerita kat sini ada banyak boothkan, dalam banyak-banyak tu yang aku suka ialah.... BOOTH ice CREAM!! heaven gila.. aku habiskan 6 kotak ice cream free kat sana (walaupun dalam mood DIET).. serius! ice cream terlalu menarik hati..

Gigih menhabiskan ice cream mat cool cup yang ke6 dgn jayanya..

oh ye.. kola Running Man famous dgn 'Monday Couple antara Ji ho dan Garry, Suksis pula famous dgn Suksis Couple am dan Pika.. Lovely match.


Tapi yang akan menjadi memori dalam banyak-banyak gambar adalah.. i love this so Much!!


Rasa bertuah dapat bergambar dgn Datuk Seri Panglima Panglima Hishammuddin Tun Hussien.. 
Jujurnya dia mmg peramah sangat. sempat jugaklah berbual dengan beliau walaupun cuma utk 3 minit.. =D 



Tuesday 11 September 2012

Baju Bertunang dan akad nikah+Istiadat

Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernyawa di atas dunia pinjaman nie.. =D
tajuk entry yang best untuk dikongsikan bersama..


Bila dah selesai kursus kawen dan borong utk dihantar ke Bukit Aman, aku mula sibuk mencari baju untuk majlis bertunang dan akad nikah+istiadat. Seminggu sebelum chek in UKM, aku dia ngan mak berkesempatan pusing-pusing mencari butik pengantin.. dan hasilnya untuk sewa baju berserta make up dari cost Rm 500++++.. serius tak berbaloi habiskan hampir seribu Rm utk sewa sepasang baju..

So, kami decided untuk beli baju tersebut. alhamdulillah, 2 hari sebelum aku balik aku jumpa jubah yang sgt cantik & simple untuk dipakai sewaktu majlis akad nikah. Prinsip aku untuk majlis ni, aku dan dia cuma mencari keredhaan Allah.. so, majlis ni tersangtlah simple..

nak dijadikan cerita baju dah ada tapi singkat sbb aku tinggi tok baju tu kot.. agak frust sbb dah seminggu aku cari baju, baju tu yang aku berkenan.. tiba-tiba, anak tauke kedai tu menyelamtkan aku dengan menyatakan baju tu boleh ditambah kain utk dilabuhkan..
YaAllah.. senang hati aku walaupun terpaksa tambah duit sikit.. Hari ni baru dia yang pegi ambik.. memandgkan aku dh masuk ukm tak dptlah aku tgk perubahan yg berlaku pda bju tu..
hope cantikla.

waktu aku ngan mak, makuda dan dia (dia ikut hntr aku balik ukm =D), jalan-jalan mencari barang hantaran kat nilai, kami jumpa kedai baju pengantin.. Apa yang best harga dia murah giler!!! cuma Rm 150++++ untuk baju pengantin!!! so, diapun decide untuk beli sehelai lagi baju pengantin utk aku pakai waktu majlis istiadat nanti.. dan bermulalah kesusahan mencari baju untuk gadis comel seperti aku =D

seperti kebiasaan, untuk gadis comel ni tak byk saiz yang ditawarkan.. Bila ada yg berkenan saiz pulak xde.. masalah2.. Tapi berkat usaha mencari akhirnya ada juga yang disediakan utk aku.. baju dan warna yang tepat.. apa lagi terus ku rembat dgn gumbira,. hehehe.. kebetulan ada baju melayu sekali utk dipakai waktu akad nikah nanti.. terus kami beli sepasang..

Walaupun kami berhabis hampir Rm 500++ namun puas hati sbb xperlu sewa baju tu & terus dapat.. =D so, dah tak payah pikir baju untuk majlis sambt menantu.. =D sekarang ni aku cuma berharap Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami berdua.. semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna..amin..

*tolong doakan saya dan dia ea..