Saturday 29 December 2012

Let's start it again Blogging !

Yap! gambar tak menggambarkan apa-apa utk tajuk ni! Rindu nak blogging balik. lama gila tinggal. Sekarang masa yang bagus untuk start it again. Sekarang dalam minggu demam sebab nak exam.

Kehidupan yang sama tapi kenyataan yang berbeza. i'm a married women! abd i'm proud of it. why?? Just a married people will understand why i said like that.. ahaha actually tu jawapan menyelamatkan diri. Nantilah update ttg perkahwinan. Sekarang nak cerita pasal kehidupan sebagai mahasiswa yang tinggal satu sem je lagi. em...

Actually for those 3 years, i knew people a lot and i admit that i'm to easy to believe people than when they do something bad i'm hurt. Just like always. kenapa takde manusia yang jadi diri dia sendiri atau akan sentiasa baik sepanjang masa? Pelik.

Persahabatan sepatutnya menguatkan lagi ukhuwah antara manusia tapi persahabatan sebenarnya menunjukkan siapa diri mereka. Sedih!! Banyak benda yang nak aku tulis sebenarnya/ cuma mengumpul kekuatan dan daya. menghabiskan sisa-sisa semester yang berbaki cuma satu sem sebelum praktikal. Entahlah.. Cuma sahabat yang baik boleh mengenal sahabatnya..

save our date 07/12/12



 Permulaan sebuah kisah yang terbesar dalam kehidupan aku sebagai seorang wanita. Tarikh 07 Disember 2012 akan menjadi satu saat yang paling bermakna dalam hidup aku. tepat jam 9.20 minit malam aku sah diijabkabulkan dengan pilihan hati dan keluraga Mohd amirul Bin Mohd Zulkafli di Surau UPP Pdang Besar, Perlis. 

Disaat the making of aku terima nikahnya..


aku sendiripun tak pernah terfikir untuk berkahwin pada umur 22 tahun. Terlalu muda tapi itulah kenyataannya. aku sekarang sudah join the club bini-bini gangster(kata mak) hahaha. i love it. It make me happy coz i be with my halal. YEs, i admit now, i really fall ini love with him. Be his wife not even my dream sebab kitaorg baru je kenal. terasa masa tu berlalu dengan cepat dan aku sangat bersyukr Allah sentiasa mempermudahkan jalan kami. 


Ni waktu pertunangan. Permulaan rasa berdebar sebelum tiba waktu akad malam tu. Serius, aku mmg berdebar sangat waktu tu. i really love this picture coz i can see him watching me when his ma get a me ring! so dramatic but i love it.. 


Be with half of may Bridesmaide.lagi half xpasti pulak kat mana. ni waktu tunggu rombongan pengantin lelaki kat rumah. abaikan keadaan belakang yang serabut.. hehehe.. dot know what happen. 


With a proud felling i can said that 'Guy's! I'm Married..'


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin.