Sunday 16 June 2013

i'm ibu to be..

=) Alhamdulillah. Sudah mula boleh menulis tentang i'm ibu to be.. Sekarang baby dlm Rahim dah masuk 18 minggu. lagi 2 minggu nak masuk 5 bulan. Masih sihat dalam keadaan yang sederhana.. Terasa ingin menulis pengalaman mengandung ini supaya nanti bila dah tua masih boleh baca. =P

Saya juga seorang wanita!!
Wah.. statement.. =) YaAllah sepanjang mengandung terlalu berat dugaan yg datang. mungkin sakit itu Kifarah dosa-dosa aku dan suami yang lepas. siapa sangka sekeras wanita mcm aku boleh jadi selembut-lembut wanita waktu pregnent.. haha.. lucu! kalau dulu semua benda lasak aku boleh buat. its my favourite activities..  tpi sejak mengandung ni badan aku lemah sangat. mudah sakit, tak boleh terlalu lasak. nak jalan laju-lajupun dah tak boleh. naik tangga tinggi-tinggi apatah lagi. Penat sangat. Sampai cik Penzi cakap aku ni nampak je keras tapi tak sangka lemah bila pregnant.. hahaha.. 

first trimester ...
Actually, aku mula rasa aku mengandung sebelum pergi kem BTN di melaka lagi sebab aku lambat period. tapi buat tak tahu je sebab aku memang selalu lewat period. Yang bestnya waktu gi BTN akulah yg paling aktif & kuat berlari kat sana. Memandangkan waktu kt sana kitaorg main ekplorace yg super duper hot iaitu mengelilingi bandar melaka, kitaorg mmg sgt excited. Bayangkan kitaorg berlari dekat 20 km kat tgh2 bandar melaka dan hanya berpandukan pantun petunjuk arah. OMG! it was awesome moment for all of us!! Tapi aku bersyukur sangat sebab baby ni kuat! kalau ikutkan banyak benda lasak yang aku buat waktu tu dan yang paling mengerikan aku terjun dari satu bangunan dalam ketinggian kepala aku tanpa fikir apa-apa sebab nak menang game. punyalah semangat. ngan lisa aku tarik.. hahaha.. Lucu bila dikenang balik. 

Balik je dari Kem, kalau tak silap hari kedua kot aku cek sendiri-sendiri sebab waktu tu dah rasa tak sedap hati sebab period dah lewat sebulan.. dengan cemasnya aku menunggu keputusan dan ianya POSITIF! 2 line disitu.. nak tahu reaksi pertama aku?? MENANGIS!! down kot.. hehe.. 


 persoalannya.. kenapa menangis?? nanti aku buat satu entry untuk tu sebab ianya terlalu banyak sebabnya.. dan isunya adalah SUKSIS.. aku ambil masa 2 hari jugaklah untuk bagitahu mak ngan husband pasal aku mengandung. tak tahu nak mula dari mana. Malu, excited sedih happy semuanya bercampur macam nasi kerabu tuh.. dan kawan-kawan yang pertama tahu ttg ni tentulah fefa tapi sebenarnya aku dah tulis awal-awal dalam blog..sebab belum ready nak cerita pada siapa-siapa lagi. so tulislah dalam blog. =) how she so excited bila dapat tahu aku mengandung. Benda pertama aku beli lepas tahu aku mengandung ialah acid folid. tak sia-sialah belajor selama nih, mmg boleh diaplikasikan. 


Alahan sepanjang First trimester.
Ujian Allah terlalu besar untuk dapatkan seorang anak. bergantung juga pada keadaan seseorang tu. alahan aku untuk 3 bulan yang pertama sangat memenatkan. Tak boleh makan, tak boleh bau makanan, muntah sepanjang masa, tak boleh minuk susu sedangkan sebelum mengandung aku ok je. Berat aku turun walaupun tak banyak tapi Dr bising sebab berat mula turun. bayangkan waktu dah masuk 4 bulan pun berat aku masih turun. rasanya sebab makan tak menentu lepas tu asyik muntah je. kali kedua aku jumpa Dr, aku ada dapat satu ubat warna merah. then, aku mmg tak boleh makan ubat tu sebab setiap kali telan je mesti muntah. Peritnya Allah jelah yang tahu dan yang paling menyedihkana aku dah tak boleh nak masak sebab alahan dengan bau yg bercampur-campur tu. sedih kot sedangkan itulah benda yg paling aku suka. 

ada sekali aku demam panas waktu tu kat rumah. balik cuma mid sem. Panasnya badan sampai aku tak terbangun untuk masak. nasib baik suami aku faham & dia buatkan aku ubat special.. haha.. bukan untuk diminum ea tuan-puan. untuk dituam atas kepala. gigih dia cari daun poko jambu ni. terharu aku. yang bestnya sepanjang mengandung aku mmg alahan dengan bau ayam atau ikan. jadi incik suamilah yang menadi sukarelawan untuk menyiang ikan dan ayam kat rumah waktu nak masak. aku cuma terima yg dah bersih je utk dimasak.. Sweet kan?? hahaha..


Perubahan Emosi mendadak..
Sememanya orang mengandung akan mengalami benda ni. emosi dia macam dalam keadaan Period. APAKAH!!! Serius, ramai tegur aku serius +++++ sensitif sangat. mestilah! dengan alahan ditambah lagi dgn study +++ lagi assigment ++ lagi sikap manusia mmg aku cepat je hangin. Adalah seorang hamba Allah tu cakap alahan ni cuma perasaan je. jangan di laayan sangat. Punyalah hangin aku dengar statement tu sebb hanya orang yang mengandung dan alahan je tahu betapa peritnya rasa nak muntah, pening kepala, badan menggigil je.. PENAT..

Second Trimester ... =)
alhamdulillah dah mula beganjak dari tahap pertama ke tahap kedua.  Buat masa sekrang mood nak menguyah tu bertambah-tambah cuma berat je masih lagi turun. Setiap masa aku akan mengunyah something. biskut ke, keropok ke, asam ke, apa-apa jelah yang boleh dikunyah. yang paling penting setiap sejam dan sebelum tidurpun aku makan untuk alas perut supaya aku takkan terjaga untuk makan. Di tambah dengan musim exam nih aku terpaksa berbelanja 2 kali ganja utk beli biskut supaya aku tak makan benda-benda ringan nih. tak elok untuk baby. sekarang dah tinggal 2 minggu lebih je lagi sebelum balik dan yang paling seksa aku mengidam nak makan nasi kosong panas dengan ikan singge ala kelate pastu dgn sambl belacan sampai mimpi2 kot.. sabar jelah.. 2 minggu je lagi nak balik ea baby..

Last but not least.. my everything ..


Thursday 6 June 2013

Miss Him!


Mencukupkan 2 bulan tdak pulang ke rumah! YaAllah beratnya rindu yang ditanggung. i just miss your hug and kiss.. 

YaAllah, bila rindu aku akan menangis dalam solat. Cuma Allah boleh mnegubatnya. Rindu yang ditanggung seolah-olah tiada penghujung. He is my everything right now. HE's no one after Allah and Rasullullah right now. 


Private pic of us.. hehe.. But i love it. when i miss him the i will see all the moment that we share it together, then?? i cry... hhaha.. how much i miss him. of course the baby miss his abah to. This is the frst pic after nikah & how much its give us a wonderfull memory 

please take care without me my dear abe. Bertahan untuk setahun je lagi ea.pastu kito dah boleh sama2 dah. inshaAllah..

Proses pengasingan

Setelah hampir sebulan berada dalam moody assigment jom berpindah ke mood pengasingan pula!! yeay!!
Get ready for exam right now. =) I got many mood in my examination this time. first, i'm getting nervous because kami akan bersama-sama menjawab exam.. hehe.. hopefully anak ibu blh teman ibu diam-diam ea..

Secondly, i need to change my habit!! dah xleh nak study sampai lewat mlm dh sblm exam skrg. takut terlalu penat dan akan menjejaskan mood exam.badan aku sekrg tak berapa boleh terima pressure. tak boleh tidur lewat, tak boleh aktif sangat, xboleh dipaksa-paksa. semuanyalah tak boleh. for Good, i need to change all the olders habit. OMG!

Alhamdulillah. cuma tinggal satu je assigment yg masih mengusutkan kepala otak den sekrg ni. Asas penyelidikkan. due date dia 11/6/13 ni. Banyak lagi yg perlu diperbetulkan. Feeling thesis dah skrg. penat. Pastu dalam byk2 sem, sem ni pressure yg terlalu tinggi aku rasa. Mungkin perubahan mood pregnant dgn kondisi badan yg kurang stabil di tambah dgn masalah kecil yg dihadapi.

Semoga Allah sentiasa mempermudahkan kerja aku ngan sahabat-sahabat aku kat sini. Amin..