Monday 28 October 2013

baby arrives in 16 days

alhamdulillah.. menghitung hari untuk melihat cahaya mata kami berdua dalam masa 2 minggu je lagi. Macam xpercaya je dah nak deliver baby nih. diam x diam dah 9 bulan dia hidup dalam rahim nih. dari segumpal darah menjadi sesempurna janin dalam rahim aku. Bila tengok je perut nh bergerak bila baby bergerak hati excited sgt nak jumpa dengan dia. =)

28 Oktober 2013 masih lagi di UKM meneruskan baki-baki sem sebelum mulanya cuti. Tiada pengharapan yang lebih besar melainkan mengharap baby dapat dilahirkan di perlis nanti. knp perlis?? sebab family dengan incik suami stay kat sana. kalau boleh nak jugak bersalin kat kelantn sbb nak dpt ic kelntn tapi yang mana lebih dahulu didahulukan. minggu yang sangat mendebarkan. aku cuma berdoa dan berharap baby boleh bersabar dan xkuar lagi dalam minggu ni sebab ahad ni baru balik perlis. so baby ibu sayang, bersabar ea..

Semua orang rata-rata meneka jantina baby dalam kandungan ni. tapi majoriti teka girl lah berdasarkan perut aku. entahlah, penat rasanya main permainan teka-teka ni walaupun sebenarnya dah scan. al kisahnya, cukup je 7 bulan hari tu aku ngan husband dah scan baby kat swasta dan suprising its a BOY! tapi nampak separuh jelah, doktor tu cakap boy, itupun dia tak kompem. tapi kalau ikut tanda-tanda mengandung tu macam girl. bila pegi bidan kampung pulak sekejap-kejap cakap girl, pastu boy pastu girl pastu aku yang comfius.. hahaha.. preparation more to boy lah sebab incik husband dah excited sangat nak dpt bby boy. Apapun sekarang ni aku tak mengharap sangat boy atay girl. yang penting sempurna sifatnya dan comel macam baby yang lain. ameen..

sekarang nih rutin harian tersangatlah memenatkan. bila dah sampai waktu-waktu nak bersalin nih makin malas pulak rasanya. rasa macam nak baring je. tak nak bangun-bangun. nak rehat je kat bilik. tapi memandangkan nak cuti lama untuk bersalin nih terpaksalah aku speed up assigment yg dah ada. =) kurang-kurang dah 50 % progress.. hehe.. best! cepat sikit kerja tu siap. boleh fokus pada thesis je nanti. buat masa sekarang belum ada masalh untuk kelas sebab lecture sangat-sangatlah memahami. lagipun memang niat xbercuti lamapun sebab masih banyak urusan yang perlu disiapkan.

Untuk yang rajin membaca bebelan aku kat sini (kalau ado) mohon didoakan semoga mudahlah urusan aku nanti. inshaAllah Allah lebih mnegetahui apa yang terbaik untuk aku dan baby.. ameen..

Wednesday 2 October 2013

Counting days...


Assalamualaikum.. =) setelah lama membiarkan blog nih tanpa entry akhirnya mula mencari ruang utk menulis semula. Alhamdulillah. sudah melepasi 2 trimester dan berbaki sebulan lebih je lagi untuk melahirkan my baby boo. tak sabar menghitung hari demi hari menunggu anugerah kepada kami sekeluarga.

dalam sibuk menghitung hari nih, banyak yang terjadi dlm masa 2 bulan cuti midsem. Tok ayah sblh (suami) sakit teruk sebab xboleh nak kencing atau buang air besar hampir 2 minggu. Kesian tok ayah sampai kena tahan wad 2 minggu. Memandang sem ni memerlukan aku bawa kereta kat UKM nih, jadik incik suami kenalah menghantar kami balik ke UKM, dan kebetulan tok ayah tgh sakit jadi kami ambil keputusan nak balik kg dulu then terus ke bangi dari gua musang.

nak kata rezeki ibu-ibu mengandung nih mmg murah. Rezeki baby kami balik betul-betul musim buah kat kg suami. heaven giler. apa lagi melahaplah buah2 tu hari-hari dan yang paling bestnya abah simpankan buah durian yang paling sedap utk aku. hehehe.. semua org xboleh makan kecuali aku. Best sangat. 2 bijik sekali aku makan. YaAllah tuhan je tahu betapa nikmatnya makan durian. Maklumlah menantu kesayangan balik (kata kaklong). hehehe..

Kebetulan balik, aku dah cukup 7 bulan 2 hari jadi terus buat majlis melenggang perut. kalau ikut adat orang kelantan, kalau 2 2 keluarga nak dapat cucu sulung kena buat majlis melenggang perut. Untuk majlis melenggang perut nih cuma panggil org utk buat solat hajat untuk keselamatan ibu dan baby serta keluarga sepanjang mengandung dan melahirkan nanti.inshaAllah. Lepas panggil bidan kampung utk berurut dan jamah perut kata org kelantan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik. sebotol besar air solat hajat utk aku.. hehehe..

Pas je majlis tu 2 hari lepas tu kami terus balik ukm dari kelantan. Tak sampaipun seminggu kami teruskan kehidupan masing-masing, dapat pulak khabar tok ayah meninggal.sedih sangat. Terus aku ambik tiket balik kelantan malam jumaat tu. mula-mula am nak soh abang dia dtg ambik tpi bila pikirkan perjalanan dgn bajet tu better aku naik baslah kan. lagipun baru 7 buln lebh,. inshaAllah xde paper. then dekat 3 hari jugaklah aku kat kampung. Alhamdulillah kami masih sempat jenguk tok ayah sebelum dia meninggal. cuma sedih sebab akupun baru mula rapat dgn tok ayah dan diapun xsempt nak tgk cicit dia. Alfatihah utk tok ayah.

mulanya incik suami nak hantar aku balik tapi bila pikir kos dan sebagainya akupun decide utk balik dgn bas. walaupun prjalanan agak memenatkan sebab ambik masa yang lama giler tapi alhamdulillah aku sampai dengan selamatnya. nasib baik ada baby yang boleh temankan aku sepanjang perjalanan.

dan yang paling mengejutkan minggu lepas incik suami datang lagi ke kl temankan mak ngan angah utk ambil achik sebab minggu depan achik akan fly ke perancis. yeyay!!!! dpt jumpa lagi.. hehe.. rindu kot. dah 2 bulan hidup serumah pastu kena berpisah. apatahlagi sekrg akupun tgh sarat mengandung. kerinduan mmg memuncak. kalau boleh aku nak dia ada je dgn aku 24 jam. bila dah masuk 8 bulan ni. macam-macam yang dah aku pikir. tambahan pula aku dalam proses braxthon concentration iaitu tanda-tanda palsu untuk bersalin (sila google ). sakit kot. dah 2 mlam tidur tak lena sebab sakit. harap-harap xdelah pape yang buruk berlaku sebab skrg nih mmg tgh sibuk siapkan thesis dan assigmnt yg blh disiapkan awal2.. penat tapi kena jugak hadapi semua benda nih. chaiyok2..

Masih menghitung sebulan je lagi nak bersalin. semoga dipermudahkan segala perancangan dan urusan kami YaAllah,, amin.. =)