Tuesday 6 May 2014

tiup habuk! update new life..

Fuh! Fuh! meniup habuk dikala membuka blog ni,. Yaallah lama dah tak mula menulis, gara-gara sibuk sangat dengan aktiviti harian. Cerita meninggalkan dan ditinggalkanm begitu dekat dengan aku sekarang.
Alkisah meninggalkan Amsyar dirumah dengan mak dan ditinggalkan suami untuk berauhan lagi sekali.

Alhamdulillah.. dah masuk semester terakhir aku di UKM dan hari ni aku dudah berpraktikal di SMPKV SHAH ALAM. Persekitaran yang sangat best cuma terlalu sibuk dengan aktiviti tambahan lain. standartlah sekolah besarkan. Budak-budaknya pun baik, cikgu-cikgupun sama. sangat baik walaupun ada seorang 2 yang mencacatkan suasana. Biasalah tukan.

Kisah menrindui Amsyar hingga setiap hari aku telefon mak semata-mata nak cakap dengan amsyar. YaAllah, ditambah sekarang Amsyar dah masuk 5 bulan 4 minggu. banyak sangat ragamnya. banyak pulak bunyinya.. bahagia aku tengok amsyar walaupun cuma dalam gambar.

Budak mata bulat yang sangat menarik perhatian!! Muhammad amier amsyar.

Sepanjang 3 bulan aku banyak terlepas perkembangan amsyar. terutamanya waktu dia meniarap. sekarang dapat pula khabar dia nak mula merangkak. bising sangat. memang ikut akulah ni, banyak cakap. hahahaha..

kerinduan aku lebih lagi untuk suami tercinta.. hampir 2 tahun hidup berjauhan dan aku masih berharap tidak diteruskan untuk tahun seterusnya. aku harap sangat dapat posting dekat dengan dia nanti. Terima kasih sayang sebab jaga amsyar waktu saya takada. 


Papa dan anak yang sama membulat.dari jauh ibu kirimkan kasih sayang dan cinta.