Alkisah..
sewaktu tgh bosan-bosan menyiapkan aku buka la gambar waktu buat photoshoot hari tu.. saje je try-try mengedit gambar.. & hasilnya!! Perfect (utk org yg bru bkajow le)..
So, NzAmPhoto will be in Progress =D
fokusnya ialah pada pokok hijau kt belakang tu..
Sebelum di edit..
selepas di Edit..
Semangat untuk mengEDIT sudah datang..
Thursday, 24 May 2012
Tuesday, 22 May 2012
Andai diri ini mampu...
Kalau kehidupan itu ada untuk aku,
moga akan ku berjumpa dengan Ramadhan dan Syawal..
Kalau cinta itu masih ada,
moga aku berjumpa dengan 'dia' jodoh lauhul mahfudz ku..
kalau kegembiraan masih ada untuk aku,
moga senyuman ini akan kekal terukir pada bibir ini..
kalau cerita itu masih ada,
moga aku masih boleh menjadi 'pencerita itu'..
Kalau aku masih ada harapan,
izinkan aku memberikan harapan kepada yang perlu..
kalau anak-anak istimewa itu wujud,
moga aku wujud untuk mendidik mereka..
moga akan ku berjumpa dengan Ramadhan dan Syawal..
Kalau cinta itu masih ada,
moga aku berjumpa dengan 'dia' jodoh lauhul mahfudz ku..
kalau kegembiraan masih ada untuk aku,
moga senyuman ini akan kekal terukir pada bibir ini..
kalau cerita itu masih ada,
moga aku masih boleh menjadi 'pencerita itu'..
Kalau aku masih ada harapan,
izinkan aku memberikan harapan kepada yang perlu..
kalau anak-anak istimewa itu wujud,
moga aku wujud untuk mendidik mereka..
Sunday, 20 May 2012
Happy belated Bufday to me..
Assalamualaikum.. Mengambil masa hampir 2 bulan untuk kembali mengupdate cerita dalam blog ni.. Maaf atas kemalasan dan kesibukkan untuk 2 bulan ni.. First kita mula ngan sambutan hari jadi yang paling best seumur hidup aku.. Aku untuk tahun ni.. aku dengan rasa sebal dan rendah diri mengumumkan bahawa.. i'm 22th now!! dah cukup tuakan?? Tapi citer malam bufday akupun ada agi.. tragis bila sambut bufday & kena simbah & dimandikan dengan air utk 2 tahun berturut-turut!! Siyes kejam.. hehehe.. Sambutan hari lahir aku yang dirancang beramai-ramai oleh Lisa, fefa, ecah, thia, farah, anis, aya, ain, ecahtun, nik.. thanks korang! walaupun sejuk bermandi air tapi aku happy sgt2.. semoga aku semakin matang dalam menghadapi setiap halangan dan cabaran.. Wish aku untuk hari lahir tahun ni ...... CEPAT KAWEN!! ngek! malam tu jugak aku balik rumah sebab nak ambik laptop & sekali gus nak celebrate birthday an family.. bila sampai je umah aku dapat sebiji kek yang awesome!! dan apa yang paling best ialah bila dapat keluar dengan dia sambut birthday & dapat hadiah bufday yg sgt Best!! MCD??? punyalah jauh kitaorg pegi semata-mata nak kuar mam MCD.. =) dapat pula sambtn bufday yg osem!! dri MCD.. hahahaha.. dan yang terbaik adalah... EH>>> Muka kita samala.. 03/05/12 merupakan hari lahir yang paling happy pnh aku sambt.. terima kasih untuk semuanya.. dan kepada awak.. thanks untuk hadiah ni..... semoga jodoh kita berpanjangan.. AMin..=)
Tuesday, 1 May 2012
NAk balik ke X?
Cute an??
Kalo tak silap dah cukup sebulan 2 mingu aku tak balik rumah!
Siyes dah mula homesick. Tinggal 2 minggu untuk menyiapkan segala tugasan yang perlu dihantar pada minggu ke 12. sekrang dah masuk minggu ke 10, tapi aku baru mula memecut dari garisan permulaan. hope aku dapat teruskan pecutan hingga ke garisan penamat (menghantar assigment).
Sekarang ni aku dalam dilema "homesick" ataupun "assigment"!
TApi salah satu sebab aku balikpun sbb assigmentla..
Laptop aku ada masalah ngan adapter. so nak kena balik amik laptop kat umah..
Nak balik!!
tapi assigment banyak..
Tinggal hari ni je nak buat keputusan nak balik ataupun x.
Tapi kebaikkan dia kalo balik ialah aku dapat siapkan satu assigment iaitu amik gambar untuk tadika.
TApi kalo aku aku balik takut gak assigment tak siap..
dahla minggu last submit ni..
Dilema betul..
Monday, 26 March 2012
Ponteng kelas lagi??
Perlula ponteng kelas muka excited gitu an???
ALkisah, cerita aku terponteng kelas lagi..
semalam aku ponteng kelas sebab aku demam..
hari ni pulak dah siap, dah twon tetiba motorlak pancit..
menangis kot!!
banyak sngat cabaran nak gi kelas ni..
siyes DOWN!
Mood utk berusaha ke kelas telah menjunam jatuh..
tapi aku boleh dikatakan 'berdikari' bila boleh bawa motor gi kedai sesoawang..
biasanya kalo keadaan gitu mesti ingat abah!!
abah yang akan buatkan..
tros nak abah!!!
windu plak kat Abah ngan mak..
windu sangat2..
nak balik..
cuma satu benda je yang aku belajar..
aku kena berdikari tak kira jauh atau dekat mak ngan abah..
akukan "along" dah 22 dah tahun ni..
kena lebih matang..
=)
chaiyok2..
Persetankan kawan-kawan yg membuat andaian sendiri npe kita ponteng kelas..
yang penting Allah..
Saturday, 24 March 2012
tudung bawal vs selendang
Assalamualaikum..
mula-mula sekali sebelum aku memulakan coretan ni, aku nak mohon maaf kepada sesiapa yang membaca post ni dan terasa. aku sekadar menyatakan pendapat aku sahaja..
takde niat nak aibkan sesiapa.. =)
tak tahu nape bila nampak je kt fb tadi aku tewos ada isu yang nak di tulis.
terasa membara-bara pula nak menaip dan mencurahkan setiap apa yang terlintas dlm kepala otak aku sekrang ni.
seperti yg dpt korang baca sendirikan..
owner fb tu post yang dia lagi suka wanita pakai tudung bawal berbading tudung lilit-lilit (aku phm dia cuba ckp shawl @ selendang). dan post tu ramai lelaki-lelaki lain mengomen dan menyatakan pendapat mereka masing-masing..
bukannya aku ingin mempertikaikan apa yang dikatakan oleh bakal-bakal suami kepada seorang wanita ni, aku cuma nak menyatakan pula pendapat aku sebagai seorang wanita islam yang memakai tudung.. moga apa yang aku nak cakap ni tak menyinggung mana-mana kaum atau bangsalah hendaknya ea.. =)
Yang pertama!! (sila baca dgn penuh emosi)
sama ada yang dipakai itu tudung bawal ataupun selendang, asalkan menutup aurat seorang wanita itu tetap comel dan cantik. kita tak boleh nak cakap yang pakai tudung bawal tu menutup auratnya dengan sempurna sbb banyak tudung bawal sekarang ni nipis. tujuan seorang wanita itu bertudung (yg aku thu cuma wanita pakai tudung) adalah untup menutup asetnya iaitu dada dan leher serta rambut kerana itu adalah aurat mereka.
cukup dengan menutup aurat dgn sempurna, tudng bawal atau shawl tak perlu dijadikan persoalan..
Yang kedua!!
tudung lilit-lilit (cantik kot)..
cuma wanita yang sabar dan kreatif je boleh melilit-lilit tudung seperti alas meja dan langsir yang panjang berjela tu.. =) bersyukurlah walaupun shawl yang dipakai tadi auratnya masih telindung walaupun melilit-lilit..
*jujurnya, walaupun aku bukan fanatik shawl dan aku juga tetap pemakain tudung bawal, namun pendapat aku tetap sama. aku pakai je 2 2..
tak perlu kisah dengan apa yang orang nak cakap atau pertikaikan. yang menanggungnya kita..
yang memakainya kita, asalkan kita comfident dan menutup aurat dgn sempurna insyaAllah kita tetap "comel" di mata ALLAH..
kalo dh comel pakai apapun comel.. =P
Friday, 9 March 2012
sayang mak!
Aku memberi salam dan bertanyakan kepada staf yang bertugas di kaunter pertanyaan . Oh
Inikah Anaknya ??? Kata Staf Di Rumah Itu. Aku Tak Mengerti Maksudnya. Dia Menghulurkan Sepucuk Surat bewarna putih yang seolah olah melambangkan kesucian penulisnya. Hatiku Mula Bermonolog, Siapa Pula Yang Khawin Ni ?? Tetapi Apsal Namaku Tiada ??? Ku Mula Membacanya .
JANGAN TINGGALKAN IBU NAK ......
Nak ....
Jangan Tinggalkan Ibu Ya
Ibu Sunyi Nak
Biarlah Ibu Ditengking Oleh Mu Saban Waktu
Ibu Redha Nak
Nak ....
Jangan Tinggalkan Ibu Nak
Ibu Takut Nak
Ibu Lebih Rela Bila Dipukul Oleh Mu Nak
Ibu Pasrah, Semua Salah Ibu Nak
Nak .....
Jangan Tinggalkan Ibu Ya
Ibu Janji Akan Bersihkan Diri Ibu
Ibu Tahu Anak Malu Dengan Isteri
Dan Kawan kawan Kamu Kan
Nak ....
Jangan Tinggalkan Ibu Nak
Ibu Janji Ibu Akan Cari Rezeki Sendiri
Ibu Tak Akan Mintak Se Sen Pun Duit Anak
Kerana Ibu Tahu , tanggungjawabmu Besar
Nak ...
Jangan Tinggalkan Ibu Ya
Kerana Bila Tiba Masanya
Ibu Sendiri Yang Akan Meninggalkan Dirimu
Nak ....
Ibu Terpaksa Meninggalkanmu Sepucuk Surat
Kerana Memang Taqdir Ibu Ditinggalkan
Dan Ibu Tak Dapat Melihat Cucu Ibu
Ibu Hanya Dapat Melihat Orang Orang Senasib Ibu
Di Rumah Pengasih Ini Kami Bercerita Anak Anak kami
Nak ...
Jangan Bimbang Nak
Ibu Tak Pernah Memburukkan Mu
Ibu Selalu Mengatakan Mu Anak Yang Baik
Sungguhpun Tuhan Sahaja yang Mengetahui
Nak ...
Jangan Lupa Sedeqaahkan al Fatihah
Hajat Ibu Nak Kamu Jadi Imam Jenazah
Tak Kesampaian, Ibu Redha Anak Dunia Ku
Mungkin Ini Kifarah Dosa Lalu Ibu
Sesungguhnya Tuhan Itu Maha Adil Anak Ku
Nak ...
Ibu Dahaga Nak ...
Ibu Bukan Dahaga Air Nak
Ibu Dahagakan Kasih sayangmu
Ibu Dahagakan Suara Kecilmu Memanggilku Ibu Mu
Bukannya Orang Tua Tak Sedar Diri
Nak ...
Jangan Bersedih Ya
Ibu Akan Meninggalkan Mu
Untuk Beberapa Ketika Lagi
Ibu Nak Berehat Selama Lamanya
Tak Sanggup Hidup Lama Di Dunia Ini
Selamat Tinggal Nak
Selamat Tinggal
Selamat .........
Yang Benar ,
IBU MU
-Penunggu Setia -
Tangan Aku Menjadi gigil seolah olah diserang penyakit gila babi setelah terrrr.. Aku Terpaku Seketika...Maka Terlepas Sepucuk Surat yang cukup menyentak emosiku ...Selama Ini Aku Hidup, Amat Mahal Air Mataku , Akan Tetapi Bila Ku hayati Bait Satu Persatu ...Rasa Seolah Olah Tubuhku Melayang Ditiup Bayu. Aku Berlari mendapatkan Ibu. Ku Memegang Erat Jari jemarimu Ibu yang Sejuk ....Ku Hanya Mampu Memanggil Namanya ..IBU ...IBU...IBU... I LOVE U IBU...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



