Alhamdulillah.. Selepas hampir 22 tahun bersahur bersama keluarga tersayang akhirnya Ramadhan kali ini membawa seribu perubahan yang besar dalam hidup aku. Menyambut Ramadhan buat pertama kalinya sebagai seorang isteri san ramadhan pertama sebagai bakal ibu.
Hari-hari terakhir ramadhan dapat jugak aku meluangkan masa meng'update' post sementara menunggu waktu bersahur dengan incik suami dan adik-adik. memandangkan mereka dan mula cuti sekolah untuk hari raya aku bawa adik & abang balik ke rumah. sekurang-kurangnya hilanglah sikit kebosanan dirumah. mana taknya, cuma kami berdua je kat rumah kat yg gedebak besar nih..
Untuk Raya tahun ni, Husband aku tak dapat cuti yg panjang jadi kami beraya bersama-sama keluarga aku di Padang Besar sebab abah pun tak dapat cuti. yang penting untuk raya tahun nih aku masih lagi dapat beraya dengan keluarga tersayang =). Mungkin juga raya terakhir dapat kumpul semua adik beradik memandangkan hujung tahun nih achik aku dah fly pegik Perancis dan taun depan comfom aku 'terpaksa' ikut incik suami berhari raya di kampungnya pulak..
Alkisah persiapan raya yang paling sengkek dala hidup aku adalah bila bergelar suami isteri. Sengkeknya kerana kami tak membeli baju raya barupun sebab secara kebetulan baju melayu dan kain hantaran waktu kawen duulu maish belum digunakan. jadi aku decide untuk pakai baju tu je raya ni. Tapi yang sedihnya kasut vincci yg mempunyai ketinggian 4 inci tu tak dapat aku pakai sebab aku dah pregnant.. hehehe.. sodih!!
Pengalaman memasak untuk sepanjang bulan ramadhan pula adalah awesome!! knp?? =) alhamdulillah semua yg aku masak rasanya sedap dan boleh dimakan. tak kurang masin atau manis dan yang paling membanggakan semuanya sekali percubaan sahaja. contohnya aku mmg takpernah masak masak lemak telur itik, nasi lemak sorang2.. dan percubaan tu menjdi & yg paling penting dipuji incik suami. seriously, i'm so proud of it! esok dah merancang nak masak nasi ayam memandangkan adik-adik ada katt rumah. harap-harao mnjadilah.=)
Bahagian makan nih aku bersyukur sebab dapat suami yang sangat super duper tak cerewet. Asalkan ada makanan dia ok je,. yyang penting kena masaklah dan dia mmg tak suka beli lauk kat luar. tak tahu knp. Rasanya sepanjg bulan puasa nih belum pernah kot aku bungkus lauk dari luar. Tak pasti kenapa.kdg2 malas nak tanya dia nak mkn apa hari nih. sebab dah tahu apa jawapannya.. ENTAH.. apa-apa je asal boleh makan & yg penting menunya kena nasi. Husband aku nnih mmg pemakan nasi tegar. Kadang-kadang kalau aku dah bosan makan nasi dan nak makan something mcm bihun goreng untuk berbuka aku kena piikir banyak kali.. disebabkan kesian pada incik suami aku masaklah jugak nasi..
Untuk pengalaman berpuasa pula, alhamdulillah masih dapat berpuasa hingga ke hari ini 4/9/13.. =) Pengalaman puasa sewaktu sedang mengandung sangat mengujakan. bayangkan 'kami' berpuasa sekali dan berbuka sekali. terlalu menakjubkan. dan aku perasan sepanjang 2 minggu ni baby aktif sgt. bergerak-gerak je. senak perut aku dibuatnya. tak dapat digambarkan pergerakkan tu dengan perkataan.
Apa yang boleh aku luahkan cuma perasaan syukur dengan limpah nikmat yang diberi. akhir kata, salam lebaran dari kami sekeluarga. =)
No comments:
Post a Comment