Sunday 27 February 2011

Maafkan saya..



Awak,
Maafkan saya!
Kerana terjatuh kaseh dengan awak,
kerana Jatuh cinta dengan sikap awak,
Kerana cuba untuk jadi yang terbaik dihati awak,
Kerana buat awak rasa yang saya sayang awak..
Mungkin saya hanya boleh mencintai diri awak dalam diam sahaja.
Mencintai awak dalam diam sangat menyakitkan tapi saya tahu saya perlu melakukan itu,
mendengar kebahagiaan dari awak sudah cukup buat saya tersenyum walaupun hati kecil saya menangis, saya redha. Saya tak selemah wanita yang mudah mengeluarkan air mata kerana cinta. jadi awak jangan risau.. sayaa cukup kuat. cukup kuat. ='(

Awak..
Cuma saya minta satu..
mungkin selepas ini saya akan berubah.
tapi saya nak awak yakin, saya berubah untuk kebaikkan kita..
saya tak nak awak ada masalah dengan orang yang awak sayang..
biar saya undur diri perlahan-lahan..
saya janji awak takkan sedar saya akan hilang dari hidup awak..
saya janji..
Maafkan saya awak..
Maafkan saya kerana tak boleh nak kotakan janji supaya kita akan tetap jadi sahabat,
kita akan tetap berhubung seperti dulu,
kita akan tetap ber"kawan" seperti dulu..
saya tak boleh wak.. saya rasa saya tak cukup kuat untuk semua ni..

saya cuma nak awak tahu..
walau apapun yang berlaku awak adalah sahabat saya..
saya janji.. cuma sekarang saya cuma minta waktu untuk mendapatkan semula hati saya yang dulu. jujurnya, Hati saya dah hancur bila awak cakap awak dah ada orang yang awak sayang.. tapi saya sendiri tak pasti kenapa saya masih boleh tersenyum ketika ini.
sedangkan kalau boleh saya ingin menangis sepuas hati..

Awak..
saya minta maaf!
Izinkan saya simpan kenangan kita..
Izinkan saya mencintai awak selamanya..
saya doakan moga awak dan dia bahagia..
Amin.. =')
*Bila cinta adalah nafas,ku ingin hidup seabad lagi.
Bila cinta adalah keindahan,ku ingin selalu memandangnya.
Bila cinta adalah kelukaan,ku takkan peduli seberapa pahitnya luka itu,
dan... Bila cinta adalah air mata, ku akan tetap tersenyum walaupun hatiku terluka

Sunday 20 February 2011

CInta bagi ADAM?



Assalamualaikum..
Jatuh cinta dan Kecewa. Itulah risiko untuk mencintai dan dicintai. =)
wah! entah kenapa dalam sebulan ni diary yang aku nak tulis banyak berkaitan CINTA. Jujurnya sekarang aku risau sangat dengan diri aku yang masih SINGLE!! single but not AVAILABLE. Pelik an? Tinggal 3 bulan lagi sebulan umur aku cukup 21 tahun. Rasa tak percaya yang diri ini sudah semakin tua.. hahaha.. ( buat muka comel dan tak percaya ).

Seronok bila tidak TERIKAT dengan seseorang daripada kaum ADAM ni. kita boleh buat apa yang kita nak. Tak yah susah-susah nak fikir untuk jaga hati pihak belah sana. Kita boleh betul ENJOY life waktu muda REMAJA ni. (tapi biar kena dgn carala). Tapi jujurnya hidup memang akan terasa kosong tapa kaum ini. Kaum yang dicipta sepatutnya untuk melindungi kaum-kaum aku (wanita) daripada ditindas namun apa yang nyata banyak yang memainkan wanita sebenarnya.

Yang peliknya, jika ditanya tentang calon ISTERI yang menjadi pilihan semuannya jawab nak yang baik. pandai menjaga auratnya, kuat imannya, lemah lembut, sopan santun. Tapi yang xBESTnya bila lelaki-lelaki yang menjawabnya semuanya di cop PLAYBOY!! nak isteri yang baik kenalah jaga diri kita dulu.
"Lelaki yang baik adalah untuk WANITA yang baik"...

Apa-apapun, CINTA itu indah dah kebahagiaan bila kita sudah HALAL untuk orang yang kita sayang dan cinta.. =)

Saturday 19 February 2011

NetBall & SUKSIS


Chill bila dapat have fun dengan latihan SUKSIS hari ni..
First dapat Praktikal Menembak untuk persediaan Minggu DEPAN!!
Second dapat HAPPY an diri main NETBALL an senior-SENIOR tadi. Kalau tak silap, Last aku main Netball ni masa aku form 5. wah!! dah tua ruapanya aku ni. (= maksudnya dah hampir 4 tahun jugalah aku tak sentuh langsung bola jaring tu. terasa MUDA kembali.. hehe.. Yang GEMPAK & BEST nya, group JUNIOR menang Vs Senior.. Kebetulan nasib kami baik. Tapi Menang TIPIS je. 11-9. lagipun main tak ikut RULES pn main suka-suka hati je!!
Third, Aku dapat lepaskan STRESS yang aku simpan hampir 3 minggu dengan MENJERIT di PADANG KAWAD & masa main netball tadi (dah mcm org tak siuman) hahaha.. LANTAKlah.. yang PENTING kepuasan dia boleh buat AKU ChiLL balik MOOD aku.. =)
* Thanks untuk semua KEGEMBIRAAN yang aku dapat hari ni.. Nak senyum sampai ke TELINGA malam nie.. =)

Friday 18 February 2011

Cinta dalam hati



"mungkin ini memang jalan takdirku


mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu



telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cin
taimupun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku"


Bait-bait lagu tu sedikit sebanyak menyentuh jiwa ku pada petang ni. Hujan renyai-renyai seolah-olah tahu betapa lebatnya hujan dihatiku. Mungkin betul apa yang terkandung dalam bait lagu cinta dalam hati (unggu) itu adalah cerita hatiku pada masa ini.
Mungkin ini adalah kehidupan nyataku.. hanya boleh mencintai tanpa dicintai oleh dia. tapi aku sudah pasrahkan hati ini cukuplah dia bahagia
aku akan turut bahagia.
Walaupun hingga kini aku masih berharap agar dia dapat mencintai diri ku tanpa ragu.. namun aku tahu ianya tak akan menjadi kenyataan., cukuplah aku tahu dia bahagia aku akan turut bahagia walaupun aku biarkan hati aku terluka.


* Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan orang-orang yang aku sayang termasuk... DIA..

Thursday 17 February 2011

Cerita hati..




saya tahu saya tak layak untuk berada disisi awak sebagai seorang kekasih walaupun saya berharap untuk menjadi seorang isteri untuk awak. saya sedar saya tak secantik orang yang awak puja walaupun saya harap saya yang awak akan pandang selalu. saya tahu akan kenyataan yang saya tak semanja dia bila bercakap dengan awak kerana saya nak awak sedar dengan sendiri bahawa saya akan manja dengan orang yang saya sayang sahaja (iaitu awak). saya sedar bila saya tak selembut dan seayu perlakuannya namun saya nak awak juga sedar bahawa saya bukan hipokrit. mungkin saya tak selembut dan seayu dia pada pandangan mata awak, namun saya juga seorang wanita sama seperti dia. Mungkin awak tak sedar bahawa setiap kali awak bercerita tentang dia hati saya sakit sangat, namun saya hanya boleh diam dan mendengar sambil tersenyum supaya awak tak sedar keadaan hati saya ketika itu. Saya cuma nak awak tahu yang saya juga seorang wanita biasa walaupun saya agak kasar berbanding wanita yang lain namun hati saya juga seperti wanita yang normal. ingin merasa dicintai dan mencintai seorang lelaki yang bergelar suami. mungkin terlalu awal untuk saya membicarakan tentang rumah tangga kerana umur baru menjejak 21 tahun pada 3 mei 2011..
Tapi rasanya tak salah kalau saya nyatakan cinta sejati saya hanya untuk bakal suami saya dan saya harap sangat kita akan diijabkabulkan. saya cuma boleh berharap.. saya sendiri tak pasti berapa lama saya boleh berharap. menunggu kasih sayang dan cinta yang tulus dari awak..
walaupun saya sedar keadaan itu tidak akan berlaku namun entah kenapa saya masih belum boleh berhenti berharap.
JUJURnya, saya tak pernah berharap untuk berkenalan dengan awak. Tapi awak yang mulakan perkenalan kita. awak yang mencipta rasa kasih dan sayang ini. tapi, entahla... sekarang apa yang saya boleh buat hanya berdoa moga jodo
h awak dan orang yang awak sayang didekatkan..
Melihat awak gembira sudah cukup untuk buat saya tersenyum.. walaupun hati saya menangis.. =) moga kebahgiaan milik kita BERDUA.. (masih menunggu)!!

Tuesday 15 February 2011

Terima Kasih! saya memang SOMBONG.


Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?

Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?

Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.

Namun aku sombong bertempat!

Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.

Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?

Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?

Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?

Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat

Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.

Aku tidak peduli.

Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot

Aku masih juga tidak peduli

Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu

Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya

sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak

Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.

- Artikel iluvislam.com

Alhamdulillah. sy tak CANTIK.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita,


dan kerana saya tak cantik,

akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya

tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.



Sunday 13 February 2011

tErimA KasiH cik!


semalam aku habiskan masa 7 jam lepak bersama seorang SENIOR! =) banyak perkara yang menarik tentang dia. Mendengar dia berceloteh buat aku tersenyum untuk satu malam! banyak perkara yang aku tak sangka langsung. Bagi aku dia sangat SOMBONG! budak baik (jenis tak suka bercakap dgn girl), jenis serius (tak pernah tengok dia senyum).
FIrst, apa yang aku pelik, tajuk yang kami bincangkan cuma tentang SUKSIS!! pelik tol. rasa macam skema je bila lepak dengan dia tapi makin lama aku dah boleh relaks sbb aku dah mula mengenali dia. terima kasih cik sebab jadi kawan saya!!
Siapakah gerangan CIK itu?? biarla cuma aku dan dia yang tahu. Yang enting aku sangat GEMBIRA dapat kenal dengan orang yang sangat UNIK dan ISTIMEWA seperti awak! senior..

Thursday 10 February 2011

Bila hati mula berbicara..






* Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

* Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati

pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta

* Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.

* Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

* Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yan

g masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

* Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”

* Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.

* Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

* Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

* Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

* Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

* Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

* Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

* Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

* Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak,

jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

* Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

* Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

* Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

* Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

* Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!

* Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

* Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

* Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.

* Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

* Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

* Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

* Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cerita saya!!







Assalaimualaikum.. Apa pendapat korang bila tengok gambar-gambar ni?
Cik Nurul zahidah Azmi Murad sudah bertunang? atau berkawen?? hehe.. sebenarnya aku pinjam baju pengantin mak usu aku. (kak sarah) ialah, nak mengalaminya lambat lagi (sbb belum disunting), so bila peluang dah ada, redah je.. =)
Agak-agaknya berapa tahun lagi ea aku akan jadi pengantin betul-betul?? =P

Tuesday 8 February 2011

permulaannyaa disini..


Assalamualaikum.. =) akhirnya, aku mula mencoret semula ceritaku pada warkah kali ini. Sudah hampir sebulan aku tidak singgah utk mencoret perkembangan hidupku. Keterbatasan masa dan kesibukkan kerja buat aku tiada masa untuk update blog walaupun aku sudah merinduinya.
Aku baru balik dari camping bersama SENIOR di Kuala Woh, Tapah, Perak. Perkhemahan ini diadakan untuk senior suksis skuad 1 yg bakal ditauliahkan sebagai INSPEKTOR sukarelawan bulan 6 ni. Aku ditugaskan sebagai penolong pc disana. Takut, excited, gembira, sedih semuanya aku rasa.
Aku terpanggil untuk menulis tentang seorang SENIOR yang sangat-sangat unik bagiku. Namanya cik MUBARAQ. Pertama kali aku jumpa dia sewaktu dipejabat suksis. Kalau tak silap hari rabu (sbb dia pakai UNIFORM). Mula-mula tengok dia hatiku cakap dia SMART!! =) bagi aku dia sangat-sangat berdisiplin. Respeklah dengan dia. Aku selalu jumpa dengan dia tapi aku tak berani tegur sbb muka dia serius sangat. Susah nak senyum & kalo berjalan tak tengok kiri-kanan.. lurus je.
Second times, aku jumpa cik senior nie waktu aku join SKUAD BANTUAN BANJIR di KEDAH. 4 orang senior aku yang pergi, Cuma dia sorang je aku xcakap n xtegur! Sombong gila dia! Siyes!!! Dari situ aku nilai dia seorang yang sombong, ego yang tinggi dan tak suka berkawan. Ada juga aku perhatikan dia masa khidmat masyarakat tu. Tapi aku tengok dia cepat je mesra dengan geng-geng PALAPES kat sana. Cuma dengan perempuan je dia xcakap. (rasanya xcakap langsung kot)
Sekarang, kali ketiga aku jumpa dengan dia. Di perkhemahan tahunan skuad 1, suksis ukm. Masih dalam keadaan yang sama, aku menilai dia sebagai seorang yang sombong dan negative! Kisahnya bermula bila dia mula maki hamun pc waktu NIGHTWALK. Sakit hati. Kita nak tolong dia, dia marah-marah pulak. Dah la waktu main game rebut kerusi awal-awal lagi dia tarik diri & buat perangai. Sebenarnya dah lama aku dengar khabar yang perangai dia memang jenbis yang serius & tak berapa berminat untuk berkawan dengan junior. Tak sangka pula aku akan tengok betul-betul perangai dia.
Jujurnya, aku respek sangat dengan sikap dia!! Hidup dan cara hidup dia penuh dengan disiplin. Cara dia bercakap, cara dia berpakain memang sangat kemas. Memang dia sangat menarik perhatian ku bila selisihan sewaktu di KKM. Bagi aku, kalaulah semua lelaki yang join suksis tu ada sikap macam dia, mesti suksis akan mantap. Nak dijadikan cerita, aku ditugaskan menjadi Mc utk Game KENANGAN TERINDAH yang melibatkan skuad 1. Aku cuba buat sehabis baik supaya senior rasa enjoy dengan game tu. Alhamdulillah. Sambutannya sangat positif. Secaraa kebetulan aku kena menemubual cik Mubarak. Agak gementar bila tahu dia yang keluar untuk berkongsi pengalaman. Tapi lain pula jadinya, dia sangat-sangat sporting & positif sepanjang game tu berlangsung. Sejak tu aaku dah mula merubah sedikit persepsi aku tentang dia. Dia takla jaahat sangat macam yang aku fikir & yang paling aku tak boleh lupa, itu kali pertama aku bercakap dengan dia dan tengok dia senyum. =) comel sangat.
Malam yang terakhir aku ditugaskan menjadi mc utk majlis perasmian penutupan bagi program tersebut. Kebetulan waktu itu bersama-sama dengan persembahan kumpulan. Menakutkan bila tahu cik mubaraq menyanyi. Bukan sebab suara diaa taak sedap, tapi sebab dia yang serius tu menyanyi! Wah.. beruntung sangat rasanya. =) habis saja majlis tu, aku terus beredar ke “dapur” utk tolong kemas memandangkan esok kami semua akan berangkat balik ke UKM. Sewaktu sedang makan ada seorang pc dtg dan panggil aku. Masih aku ingat ayat dia. “zahidahkan? Cik mubaraq nak jumpa” nak tersedak aku bila dengar namaku. Terus otak ni berputar ligat mencari apa kesalahan yang aku dah buat. Sempat lagi aku bertanya untuk kali kedua dia panggil saya ke?? Lucu betul. Entah kenapala aku takut sangat dengan diakan?? Aku bole hati aku ni berdegup kencang. Yela, tiba-tiba je cik mubarq nak jumpa. Pelik tol! First soalan aku Tanya dia “cik nak jumpa saya ke?” aku tengok dia senyum. Pastu dia cakap dia nak jumpa aku sebab nak kenal dengan aku. Lepas tu dia ajak aku pergi jauh sikit dari tempat tu sebab nak bercakap dengan aku. Kalau tak silap dekat 2 kali aku dan dia pusing-pusing dataran. Bersembang. Macam-macam perkara yang kami bualkan. Dari SUKSIS sampailah ke hal personal kami. Dia ajak aku duduk dibangku. Jujurnya aku dah mula rasa tak selesa. Bukan kerana aku tak suka lepak dengan dia, tapi sebab aku tengah bercakap dengan orang yang sangat POPULAR. Sedar atau tak aku dan dia habiskan masa untuk berbual hampir pukul 3.30 pagi. =) Alhamdulillah. Rupanya banyak perkara yang aku fikirkan tentang dia tu salah. Dia sangat berbeza dari perspektif yang aku fikirkan.
Kini aku tahu yang dia memang suka menyanyi, mempunyai ego yang tinggi melangit, ada disiplin yang tinggi. Walaupun aku dah mula kenal dengan dia, tahap respek aku pada dia tetap tinggi macam aku mula-mula kenal dia dulu. Apa yang aku tak boleh lupa bila dia ajak aku makan sekali masa singgah di tapah. =) terasa makan dengan orang yang popular pula.