Friday 31 December 2010

kerinduan.. ='(




salam kerinduan untukmu SITI NABILAH BINTI ANUAR.
Maafkan aku tika kala ini air mataku menitis kerana terlalu merindui mu. Terlalu singkat masa aku mengenali dirimu. ila, napa kau pergi dulu?napa kau tinggalkan kami? kenapa illa? saat mula kita dah makin rapat, kau pergi dengan terlalu cepat. kesian ustazah! mesti dia lagi terpukulkan?? aku sayang ko illa. sayang sgt.aku xtahu mcm mne nak lepaskan kau pergi. aku xtahu. Yaallaah. sakitnya hati aku sekarang. baru aku terasa kehilangan ko. aku baru rasa. aku baru rasa ketakutan tu. illa, maafkan aku. maafkan kesalahan ku. aku janji, aku akan buat yang terbaik untuk kita semua. aku xkan lupakan kau sepanjang aku dalam suksis ni. moga kau bahagia kat sana illa. moga kau ditempatkan dgn org2 yg beriman ea syg.. aku tahu kau akan tenang disana. aku sayang ko illa.. aku sayang ko.. kau sahabat kau teman sejati.. ='(

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Thursday 30 December 2010

Ends of the YEAR 2010


Assalamualaikum.. =)
Alhamdulillah.. Sepanjat syukur aku ucapkan kepada ALLAH s.w.t kerana aku dapat mengecapi hidupku sehingga 20 tahun ini. Hari ni dah cukup setahun 2010. hari yang terakhir dalam 2010 dan esok akan bermula tahun baru untuk aku dan juga semua manusia didunia ni. kisah umur yang makin meninggkat, tanggungjawab yang makin besar, tahap kematangan yang seusia dengan kita dan mcm-mcm lagi dugaan yang mendatang akan kita hadapi dan akan dicoretkan dalam hdup kita. segala suka duka yang berlaku sepanjang kita hidup i akan menjadi kengan dan pengalaman yang akan buat kita lebih menghargai hidup ini.

Rumusan untuk sepnajang tahun ini :
Target aku untuk mejejak kaki ke Universiti, alhamdulillah telah aku capa. sekarang aku bergelar mahasisiwi uNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, bangi, selangor dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN KHAS). =) target yang aku tanam sewaktu aku kecil bejaya aku capai. =) terima kasih YAALLAH.

UMUR? Tahun ini juga aku mencapai umur GENAP 20 tahun. Dah tua! Mencapai umur 20 tahun menjadikan aku lebih matang dari dulu. aku dah mula fikir untuk merancang masa depan aku, membahagiakan family aku, nak jaga adik-adk aku, mak abah, mek dan orang yang aku sayang. tahun ni aku boleh hadiahkan kejayaan aku ke universiti pada abah dan mak aku!

KERJAYA?tahun ini juga aku dapat tahu betapa susahnya bekerja untuk mencari rezeki. aku sempat buat kerja sambilan di PETRONAS padang besarhampir 8 bula aku kerja kat situ. seronok. banyak pengalaman dan kawan-kawan aku kenal. aku dapat jumpa bermacam-macam ragam pelanggan yang ada didunia ni. xkira mat salleh, orang jepun, china, siam, pettani, mahupun rakyat tempatan. semuanya mempunyai ragam yang tersendiri. =) melalui karenah mereka jugalah aku kenal dunia ni.

CERITA CINTA? ada juga dalam kamus ni. =) alhamdulillah.. walaupun aku pernah beberapa kali putus cinta, tuhan sentiasa memberikan yang terbaik untuk aku. walaupun dia cuma insan yang terlalu biasa dari semua segi, tapi dia menerima aku dengan baik.menjaga aku dengan kasih sayang yang sangat cukup. aku sentiasa berharap kalau dialah jodoh aku, moga aku dan dia sentiasa dekat, namun kalau dia bukan jodoh ku, aku REDHA.. mungkin akan ada yang terbaik untuk dia dan aku.. INSYAALLAH..

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA? sekarang aku dlam SEMESTER ke2 bagi tahun 1 pengajian disini. alhamdulillah.. aku dah mula dapat membiasakan diri dengan keadaan ni. seronok berada disini bersama sahabat-sahabat aku disini. wlaupun semester 1 aku lalui dengan sukar, (homesick, give up) aku dapat hadapinya dengan baik. =) chaiyok2!!! result aku untuk sem ini juga agak memuaskan walaupun sebenarnya sangat3 memuaskan. dengan keadaan yang kucar kacir, study pn x, aku dapat 3.55 untuk permulaan pngk.. alhamdulillah.. aku akan berusa dengan lebih gigih pada semester ini untuk memastikan aku dekan!! insyaallah..

ROOMATE? she's awesome! Seorang roomate dan sahabat yang sangat2 baik bagi aku. aku dah anggap dia mcm family aku dah. NURUL HAFIDFAH nama tuan puteri ini. =) untuk awak, saya ucapkan terima kasih byk2 sbb baik an sy.. sy syg awak sgt2.. jga diri ea.. sy xthu kita akan berpisah bilik dengan siapa utk thn 2 tapi harp kita still kwn 4ever! janji ea.. =)

Sunday 26 December 2010

koc merah jambu =)



hari ni hatiku tergerak untuk menulis tentang ragam manusia yang pelbagai ku jumpa hari ini. kisah ini bermula apabila angah meminta aku menghantar barangnya. ditemani oleh FIFA aku berjaya juga sampai di Bandar Tasik Selatan. =) hehe.. (First time naik sendiri)

Kami melangkah masuk ke koc merah jambu (koc wanita). Sampai saja di perhentian Kajang ada 2 orang mamat ni dengan selambanya masuk ke koc wanita. dia berada betul-betul dihadapan aku. aku terus terfikir, dia ni tak pandai membaca atau buta huruf??? tak nampakkah tanda yang ditampal di depan train?? begitu banyak bahasa yang ditulis takkan satupn xfaham???

Dahla masuk koc wanita, dengan selambanya duduk. sepatutnya mereka memberi ruang kepada wanita-wanita yang ada dsitu! bukan dengan muka yang xmalu langsung berada di atas kerusi yang sepatutnya untuk wanita. agaknya mereka semua lelaki yang menaiki koc wanita ini mengalami kekeliruan identiti kot?? (hehe.. pelik bila ada orang x pasti dengan dengan jantina masing2)

apapun, memang patut kenderaan awam menyediakan tempat duduk khas untuk penumpang-penumpang wanita. Sekurang-kurangnya terasa agak selamat berada dalam keadaan itu. walaupun terdapat segelintir LELAKI yang mengalami krisis identiti..=)
pesanan untuk semua merah jambu : Pertahankan HAK KITA! =)

Monday 20 December 2010

Perkampungan Family MATK 15 IZISH 2010..




PERKAMPUNGAN??? jawapan pertama aku "Bencinya"!! mana taknya, orang lain dapat bercuti selama lebih sebulan aku hanya boleh berada bersama adik-adik 3 minggu sahaja. Namun aku kuatkan juga semangat. Mungkin ada yang boleh aku pelajari disitu. (Walaupun dengan berat hati aku menaiki bas seminggu setengah lebih awal dari sahabat-sahabat yang lain).

Sampai sahaja di pejabat aku terus chek in bilik. blok c, bilik 106. (dlm hati mengomel-ngomel sbb xdpt blk sendri) =) Sempat juga aku menjeling kertas pendaftaran perkampungan untuk melihat siapa gerangan tuan punya bilik yang akan aku tumpang nanti. "siti Rohimah" siapa dia ia?? aku tak pernah kenal dengan nama tu. dalam hatiku cuma berdoa moga dia juga macam roomate aku. sporting!

Mula-mula kenal dia, agak senyap. Takut aku nak menegur, tapi disebabkan teman sebilik.. terpaksala aku mencari topik untuk berbual. Kebetulan juga dieja xde bilik nak tidor sbb dia chek in lewat, jadi aku suruhla dia tumpang bilik aku. Masuk saja hari kedua aku dah mula rapat dengan mereka. Baru aku tahu, roomate perkampungan ku ini sangat baik dan spotan! sweet!! seronok berada dengan mereka berdua sepanjang perkampungan. Alhamdulillah, aku dah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan perkampungan dan hubungan kami yang agak rapat sekarang.

Dari mereka berdua juga aku mengenali kak Mia & kak Pie. selama satu semesta aku dan 2 orang sis nie berada dlm satu aras, namun tak pernah nak bertegur sapa. akhirnya di perkampungan juga kami mengikat tali persahabatan. seronok sangat berkenalan dengan mereka-mereka ini. =")

Di perkampungan juga aku mula rapat dengan semua orang yang selama nie aku sendiripun xberapa kenal. di situ juga aku mendapat nama gelaran yang baru dan dapat moto baru.
:cik POLIS.. MESRA, CEPAT&" BETUL:a
comel kan?? hehe.. semuanya mula bila abg EIJAN memanggil ku cik polis kerana di sini hanya aku dan adam yang join SUKSIS UKM. so, agak famousla.. hahaha

Masa memang cepat berlalu kalau kita enjoy dengan apa yang kita buat! betul x?? yup!! aku sangat2 setuju dengan statement tu! =) sekejap sahaja aku rasa masa berjalan. walaupun cuma seminggu setengah aku berada di perkampungan, namun banyak yang aku dapat.
Terutamanya sewaktu mass marketing & shop to shop! dapat pergi masjid Jamek n Mid valley an deorg.. tgk wayang sme2.. Kenangan kita semua akan aku abadikan dalam hati dan moga korang semua berjaya dunia dan akhirat..
SAHABAT SELAMANYA.. Family MATK 15 2010/2011

Friday 3 December 2010

kisah saya =)



ini kisah hidup saya!
Dalam kehidupan ni saya dah lalui macam-macam perkara yang mewarnai hidup saya dengan pelbagai warna dan gambar. Semua EMOSI ini mengajar saya untuk lebih MATANG untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Membesar sebagai seorang anak SULONG yang terpaksa BERDIKARI untuk menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik yang lain. BELAJAR untuk bekorban banyak PERKARA demi keluarga adalah satu pengalaman yang sukar untuk saya lalui dan lupakan. masih segar dalam benak ingatan ini bagaimana saya menghadapi PROSES ini bersama-sama kawan-kawan yang seumur dengar saya dahulu.
Kini, mungkin saya sudah setapak MAJU. berjaya menempatkan diri di menara GADING merupakan kejayaan terbesar saya buat masa sekarang. saya tak mengharapkan lebih daripada berjaya dalam kehidupan ini dan MEMBAHAGIAKAN orang-orang SEKELILING yang saya sayang terutamanya keluarga say! (Abah, Mak, & adik-adik)
Saya bukanlah pelajar yang cemerlang sepanjang PENGAJIAN saya di bangku sekolah! saya tidak lulus ujian PTS semasa berada di darjah 3. saya cuma mendapat 2a3B sewaktu di darjah 6 (UPSR), di sekolah sewaktu berada ditingkatan 1 saya cuma berada di kelas yang kedua. saya berjaya naik ke kelas pertama sewaktu tingkatan 2 dan turun semula ke kelas yang ketiga sewaktu tingkatan 3! cuma berjaya mendapaat 3A5B sewatu PMR, dan agak membanggakan sedikit bila sewaktu ditingkatan 4&5 berada bersama-sama kawan-kawan seangkatan mengambil aliran PURE SCIENCE dan mendapat result yang tidak membanggakanpun.
Namun, saya sedar, target yang saya impikan perlu saya capai. walaupun menolak untuk meneruskan pengajian bagi peringkat DIPLOMA, saya dengan semangatnya meneruskan SIJIL PELAJARAN TINGGI MALAYSIA di smkpbu bersama-sama 8 orang sahabat yang lain.
ALHAMDULILLAH!! Allah, makbulkan doa saya! saya berjaya lulus cemerlang, dan melepasi ujian MEDSI dan interview di UUM, akhirnya sepucuk surat sampai kerumah saya menyatakan saya LAYAK mengikuti pengajian IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN KHAS) di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Saya sedar bukan mudah untuk SENANG! tanpa usaha dan doa dariapada guru-guru, ibu-bapa, sahabat handai, sedara-sedara, tidak mungkin saya akan berada sampai ketahap ini.
Kisah ini akan saya akhiri bila saya sudah menggenggam segulung ijazah dan akan saya hadiahkan ijazah itu kepada MEREKA semua!!
InsyaAllah, dalam masa 4 tahun lagi saya akan bergelar PENDIDIK! dan saya amat bangga memegang tittle "MAHASISWI UKM"!!!

Friday 26 November 2010

The One & Only.. Buyut!


Dear Diary, Salam Rindu ku ni buat KEKASIH yang amatku cintai dan rindui.. Pernah dulu ketika di kejauhan, CINTA kita diuji dan kita HAMPIR tenggelam dengan ujian itu. ALHAMDULILLAH.. kau cukup kuat untuk meyakinkan diriku tentang KETEGUHAN cinta mu.. walaupun Detk PERKENALAN kita belum cukup panjang untuk aku menyatakan RASA cinta ini untuk mu. Namun HATI ini tetap BERDOA agar engkalah JODOH ku dunia dan akhirat. Terima kasih untuk cinta dan KESETIAAN mu. aku akan cuba untuk menjadi sebaik-baik PUTERI di hatimu.. PUTERA ku.. =)

Tuesday 16 November 2010

Selamat hari raya aidiladha

Dear diari,
Selepas beberapa tahun aku xdpt CELEBRATE raya dGn NENEK aku.. akhir dpt juga walaupn dlm keadaan dia UZUR. xpe. aku blh budi dia dulu MEMBESARKAN aku melayan aku dari aku kECIL! namapn CUCU kesayangankan.. =)windunya suasana kG. tP kat rumah dengan nenek aku adalah kenangan yang paling BEST!!

aku baru balik dari SKUAD BANTUAN BANJIR UKM, kat KEDAH. join dgn PALAPES, & ada dua 3 org yg CIVILIAN. memang BEST join skuad ni sbb dpt MEMBANTU mereka yang memerlukan. tp ada CERITA lain yg agak best ttg PENGALAMAN aku mengenali SESEORANG.
aku namakn dia K.
ce
Tapi dkt ats Bas ada satu MEMORI yang aku sush sgt nk LUPA dia. mungkin aku xblh ceritakan kat sini. k xblh tidur masa dlm bas sbb xselesa. so aku TEMANkan dia sampai aku yg TERLELAP sekejp. kesian dia. tp entahla.. aku dh mula rasa lain dgn DIA. benci!!
xSANGKA orang yg aku BENCI blh jd serapat tu dgn aku!

Sunday 31 October 2010

Life as 'MAHASISWI' ukm 2010/2011.


Dear Diary,
Menghitung detik untuk balik!! yea! bestnya. hohoho.. =)
banyak yang berlaku sepanjang hampir 6 BuLAN aku di sini, UKM. Manis, Pahit, Masin memang cukup lengkap.. hehe.. blh buat bahan masak plak.
Hari hari ke 3 aku menghadapi EXAM di UNIVERSITI. pengalaman PERTAMA aku sebagai MAHASISWA UKM. memang TAK best sbb EXAM susah kot! STRESS!!!!
Tapi kat sini aku dah MULA jumpa apa tu LIFE student UNIVERSITI. xdela BEST n GEMPAK sangat macam yang CIKGU-CIKGU selalu cerita dulu msa KECIK2. Cg. selalu cakap,
"kaT U nie best! awk blh bt apa je yg awk nak. awk xkn BLAJAR mcm kt KELAS, xyah PAKAI baju SEKOLAH lagi, XYAH bwa buku banyak2, EXam pn xSUSAH"
Ble pk2 semua yang CIKGU cakap tu hanya UNTUK menaikkan SEMANGAT untuk semua PELAJARNYA berjaya MENJEJAKKAN kaki ke UNIVERSITI. LIFE u nie xdela best sgtpn. banyak KERJA yang kena BUAT. lagi SUSAH dari sekolah. mmg betul, LIFE masa kat sekolah dulu sangat2 best. tp AKU pn manusia BIASA. Bila disekolah RENDAH, aku nak cepat2 jadi DEWASA and masuk sekolah MENEGAH sbb tgk akak n abg2 lain mcm BEST je.. bla kat sekolah menengah PULA aku SIBUK2 nak masuk U untuk bt DIPLOMA (ble hbs form 5). Tpi aku xpnh lupa mcm mne FRUST nya aku bila xdpt buat DIPLOMA sbb xdpt twarn U. aku KUATkan semangat aku yang TAK berapa kuat nie tok sambg STPM n tolak POLITEKNIK. ALHAMDULILLAH.. agaknya mmg dah tersurat untuk aku buat IJAZAH tanpa DIPLOMA. =) BESARnya REZEKI ALLAH bagi kat aku. Tapi masalahnya sekarang aku dah mula rasa mcm XBEST langsung kat U nie. tp makin lama dah makin OK.. hope sangat2 SEMANGAT untuk KONVO bersama BAKAL2 cikgu-cikgi yang lain akan TERCAPAI!! INSYAALLAH.. =)



Thursday 28 October 2010

Saya Hanya Untuk Awak!!

Dear Diary,
ada air JERNIH yang mengalir dari sepasang mataku bila melihat video itu. YAALLAH, aku amat berharap orang yang TERCIPTA untukku akan sentiasa berada disisi ku xkira banyak manapun halangan yang akan kami HADAPI bersama Sebagai SUAMI isteri. Entahla.. xtahu kenapa hati ini boleh terusik. Mungkin KERANA cinta itu sudah MAKIN wujud dalam sanubari ini.
Seperti ianya BARU semalam BERLAKU.. aku masih boleh MENGIMBAU detik-detik PERKENALAN kita. sungguh indah WAKTU itu dan aku amat mengharapkan ianya akan kekal INDAH selamanya..
Senyuman ini hanya AKAN aku ukirkan untukmu!! HANYA untuk awak SEORANG! saya tahu, awak suka TENGOK saya SENYUM an?? awak jangan RISAU ye.. saya janji SENYUMAN ini hnya untuk AWAK!! untuk awak bakal SUAMI saya.
Entah bila saya AKAN bertemu dengan AWAK lagi?? saya sendiri TAK pasti. tapi saya sangat BERHARAP akan ada PERTEMUAN Itu! Saya akan setia menunggu AWAK kalau awak boleh janji yang awakpun akan SETIA menunggu sya!! saya xNAK satu HARI awak tinggalkan SAYA sbb saya dah BELAJAR menerima diri AWAK!!

Wednesday 27 October 2010

Final Sem Week!!



Dear Diary,
Esok aku dah mula exam yang pertama iaitu Profesion perguruan kat DG.. YaAllah. takutnya hati ni. first time exam an.. takut xleh score the best untuk sem nie. Aku cuma boleh berharap da berdoa semuanya akan ok n aku boleh jawb semua soalan. Semua orang tgh study tp aku masih xde mood nak bace buku. susah la life kat sni. aku ase menyesalpn ada msk U nie. tapu ble pk2 balik kalo aku xmsk u aku nak keje apa nanti??? em.. ntahla.. aku serabut dengan keadaan aku sekarang. aku dah xmcm dlu. aku dh x tepati masa. lalai. byk benda yg dah berubah. aku janji aku akn berubah kearah kebaikan.. Moga doa ku di makbulkan Allah.. Amin.

Wednesday 20 October 2010

Apabila bahasa qlate di 'KL' an.. =)


baco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..

Kantoi 1Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"

Kantoi 2Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…

Kantoi 3Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..

Kantoi 4kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

“pulut LEMPA satu”...

sepatutnya pulut panggang

Kantoi 5cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumimurid : dua, cikgucikgu : nama dua jenis kutub tersebutmurid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING

(khutub @ kerutuk)

Kantoi 6cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

Kantoi 7ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe

Kantoi 8kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”

Kantoi 9“saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”

Kantoi 10Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”

yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......

Kantoi 11kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?

Kantoi 12peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...

Kantoi 13masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha

Kantoi 14masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"

Kantoi 15member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....

Kantoi 16ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"

Kantoi 17Dalam sebuah komuter...

“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”

Kantoi 18Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? 'Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "

[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]

Kantoi 19haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,

"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".

Kantoi 20aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghegi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"

Kantoi 21tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...

Kantoi 22aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.mak mentua saya gi tanya kat abah saya

"ustaz nok gi balasoh doh ko?"terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"

Kantoi 23membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :

"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"

Kantoi 24budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...budak johor:- nk berapa?.....budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....

masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....

Kantoi 25Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..

Kantoi 26Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....

Kantoi 27Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...

“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”

Kantoi 28dj radio: assalamualaikumpendengar: wa'salam...dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?pendengar: hujan berek-berek.....

Kantoi 29ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."

Kantoi 30didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...

"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...

Kantoi 31ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....

Kantoi 32ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..

"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..

Kantoi 33mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "

Kantoi 34Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..

dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"

Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...

Kantoi 35pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.

Kantoi 36

aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"

dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"

lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....

bukan suis keta

Kantoi 37

maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...

saing aku : Bang ikan AYA ada?Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual laSaing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...

balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..

Kantoi 38teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"

Kantoi 39Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..

masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,

"weiii, diamla, BOSANLA

heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud

Kantoi 40so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,

ambo tepikla larang takut jatuh :

" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)

member aku terguling reboh suko

Kantoi Tahap Dewa

Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :

"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK..

Wednesday 13 October 2010

Minggu Assigment!!


Dear diary,
tinggal lagi seminggu sebelum aku exam!! Masalahnya, masa untuk exam dihabiskan Menyiapkan Assigment yg xciap2 dari 3 minggu lepas.. STRESS kot!!
YaAllah, 3 hari lepas aku demam+SAKIT TEKAK+ batuk+SELESEMA! bencinya... asa lemah sgt BADAN nie.. baru je nak baik aku KUATkan diri siap2kan assigment yg bercamBAH -cambah nie... ase mcm nak nanges je... tapi sabar.. exam dah nak hbs.. bln 11 nie blh release tention PUAS2 dengan BUYUT!! windunya.. +)

Monday 11 October 2010

Salam suksis.


dear diary..
1-3/10/10 aku join Camping suksis kat ulu bendul.. Best sangat kat sana. Aku jumpa ramai kawan2 baru. Aku join kumpulan kuning! memang gempak habisla.. semuanya sporting.. tapi kenangan paling manis aku dgn deorg ialah gelagat deaorg! memang sweet.. terutamanya Amat, Amirul, Fahem, Vinod, Aku!, lisa, ana, lizza, ain. korang mmg the bestla!! chayunk kowang..

kuning, kuning..
shhsss.. shsss..
fire, fire,
huha, huha,
tattarata tia tia, tattarata tia tia..
skuad, skuad kuning!!
hehe...

Monday 27 September 2010

Realiti Insan =)


Ku layangkan segala anganku,
kulepaskan semua hayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru
Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi
Satu janji di dalam hati Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti
Ini bukanlah satu mimpi Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini Ku ingin memgapai cita dan cinta
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti
Satu satu mimpi di dalam hidup ku iniSatu satu janji yang ku gapai pasti

Friday 24 September 2010

Fairy tales =)



Dear Diary,
Berbicara tentang "FAIRY TALES WEEDING".. sangat unik dan hampir kesemua gadis di DUNIA ini mahu majlis perkahwinan yang mereka impikan.
Orang cakap PERKAHWINAN cuma sekali seumur hidup. Jadi perlu diraikan dengan semeriah mungkin. Bukan ingin menentang tapi kita sendiri tidak pasti apakah kita akan melalui sekali sahaja perkahwinan seumur hidup.. (Tapi aku harap PERKAHWINAN cuma sekali, dgn calon suami yg telah DITAKDIRKAN untukku). =)
Jadi wajarkah kita berhabisan untuk memastikan majlis perkahwinan kita "Grand" daripada orang lain. Jika Wang yang dibelanjakan merupakan wang yang kita ada tidak mengapa tetapi ada yang sanggup berHUTANG bagi memastikan mereka dapat menyiapkan majlis perkahwinan IMPIAN mereka.
Jadi selepas KAWEN duit dari mana yang kita akan guna jika GAJI kita habis MEMBAYAR hutang-hutang PERKAHWINAN dulu? =) Jangan diikutkan sangat NAFSU. cukupla cuma ala kadar TETAPI bahagia DUNIA dan AKHIRAT.. =)
SERONOK melihat majlis-majlis perkahwinan yang GEMPAK-GEMPAK diTb. BOHONG la kalau aku tidak 'teringin' untuk berada dan mengalami majlis perkahwinan yang sebegitu.. Tapi apa yang aku pasti aku perlu cari ANAK TAN SRI, DATO' atau saper2 yg kaya dulu baru boleh!! (hehe, nonsense betul aku..)
~ agak2 ada ke yg sudi dengan aku nie ~ =) (Senyum sowang)...................

Pokok Pangkalnya, kita YG membuat PILIHAN.. =)
p/s :Lambatnya nak KAWEN.. ada sape2 blh jd CALON x??? =P

Exam.. midterm..

Alhamdulillah
.. aku baru je habis exam tadi.. Profesion Perguruan kat KETAMS tadi.. bolehla.. =)
Bayk kejadian yg berlaku sepanjang 3 bln aku kat UKM nie,.. ada yg sWEET ada yg x.. mcm2la.. yg penting keadaan nie bt aku menghargai hidup aku sebagai seorang MAHASISWI..
2 hari lepas mak aku poskan motor supaya aku mudah sikit nak bergerak ke mana-mana.. THANKS MOM.. aku rasa aku dah makin matang sekarang.. jujurnya PERASAAN CI NTA aku pada family sangat2 kuat sekarang... aku berSYUKUR dpt keluarga yg sentiasa menyokong aku..
aku JANJI aku akan bals jasa mak dgn abah dgn bagi RESULT yg terbaik utk mereka..
AZAM aku!!! ANUGERAH DEKAN/DIRAJA UKM...
aku akan dapatkan tu!!1 janji...

Dear diary..
Ketika ini hujan masih lagi menyejukkan sanubari ku.. Terasa hati ini tersangat merindukan buyut. Entah kenapa, semakin jauh semakin besar rasa RINDU ini pada dya.. =)
Memang betul kata orang, BERCINTA jarak jauh ni memang memerlukan KESABARAN dan KESETIAAN.. namun hati ini masih meragui masih adakah cinta sejati??
Dalam diam hati ini mahu dya sentiasa dekat denganku.. namun aku terpaksa memahami kejauhan adalah jalan terbaik untuk hubungan kami.. =)
aku dengan cita-cita ku disini, dya jauh disana mengejar cita-citanya..
Betul kata orang, PENYAKIT angau mmg wujud dalam CINTA..
aku dah jatuh CINTA?? YaAllah... moga dya jodoh yang sudah tersurat untukku.. =) AMIN..

Saturday 11 September 2010

my love song..


For the rest of my life..

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Wednesday 1 September 2010

Sakit Gigi..

salam sayang...
cerita ini bermula 5 hari lepas.. kali pertama dalam hidup ni aku SAKIT GIGI. YAALLAH, seksanya.. berdenyut-denyut je.. makan panadolpn still mcm 2 je. sampai nangis2 aku kat bilik.. coll buyut, coll mak ckp aKU sakit gigi.. hari nie sepatutnya aku ada tmujanji an doktor kt rumah biru2 tibe2 ditunda,.. sakit jga,, sakit hati. aku dh susah smpai sne tbe2 cakap TUNDA!! menyakitkan.. benci toll..

Saturday 28 August 2010

sayang..



salam sayang...
Lebih baik menjadi diri sendiri daripada cuba merubah diri sendiri atas kehendak orang lain.. Bila kita memilih untuk menyayangi kita kena biarkan diri kita untuk dicintai.. Jika kita memilih untuk Dicintai, kita harus belajar untuk mencintai.. cinta pertama mmg sukar untuk dilupakan, tapi cinta yang hakiki lagi susah untuk dijumpai..

Wednesday 25 August 2010

Salam Ramadhan..

salam sayang..
ALHAMDULILLAH.. hari ni dah masuk hari yg ke 16 seluruh umat islam di DUNIA berpuasa. Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum kita smua menungga ketibaan SYAWAL. Moga ketibaan syawal kali ini memberi makna yg TERSENDIRI utk aku sebgi MAHASISWI ukm.. amin..
mood ~ Berpuasa..
p/s ~ xasabar nak balik jumpa FAMILY Aku kt rumah.. missss you mum n dad n siblings..my buyut.. =)

Monday 23 August 2010

From.. B.U.Y.U.T!!



150 juta kali itu,
didepan semua engkau tarik tangan aku,
yg sdg bt muka kosong xambil tahu,
smbil ketawa engkau bilang satu persatu..
dya mgkn bengis sprt singa
tp dya nangis tonton crita korea,
dya mgkn keras bila bersuara,
tp dya jelas jujur apa adanya..
AKU LAGI KENAL DYA.. =)

dan lbh 150 juta kali
aku pesan pd mu apa yg bakal jd,
engkau dan aku ada mgkn tdk serasi,
kau sgt manis aku ini pula dawai besi,
dan setiap 150 jutanya
aku dlm hatipun semcm xpercaya,
apa yg kau lihat pd aku jujurkan saja,
terus kau cubit dagu aku sambil berkata..

sayang mungkin baran xkira masa
tp sayang tahan kalaiu salahnya saya,
sayang mungkin saja keras kepala,
tapi sayang manja bila kita berdua..
SAYA KENAL SAYANG SAYA! =)

Saturday 21 August 2010

Masih saya ingat... 2


Setiap wanita dalam dunia ni MUDAH jatuh CINTA dgn lelaki yg AMBIL BERAT pasal diri mereka walaupun dengan hal-hal yg REMEH. begitu juga dengan awk. Masih sy INGAT, ada satu hari saya DEMAM. awk, BELIKAN sy COOL RHINHO & COOL FEVER. awk xtahu BETAPA sy appriciate sgt apa yg awk BUAT utk GEMBIRAkan sy. Awk bt sy TERSENYUM seorang.

Masa itu, PERHUBUNGAN kita xlbh dri SEORANG sahabat. ada satu HARI sy minta awk TEMANkan sy utk beli PENDRIVE, tp awk Ajak sy pergi kat KERETA awk. awk ajak sy masuk n awk AMBIL something dlm laci kereta awak. "Sacandisk 4 g". awk TANYA, sy nak x pendrive TU. sy ckp nak. sy BELI dgn awk. Tp awk CAKAP nanti awk beritahu HARGA kt sy. SEMINGGU sy asyik bertanya ttg harga pendrive tu. sy nak bayar awk harga pendrive tu. TAPI awk selalu TUKAR topik kalau sy tanya. Sampai 1 hari awk ckp, awk bg kt sy pendrive tu.

awk xTAHU mcm mana TERHARUnya sy waktu itu. tapi dlm hati masih TERTANYA-TANYA.. knp awk bg sy PENDRIVE TU?Sy dapat fahami ERTI kasih itu.

...................................................................................................................................................................

Masih saya ingat...



Sy ingat lagi detik PERTEMUAN kita yang PERTAMA dulu. Betapa sy BENCIKAN awak dulu. Jumpa dengan awak merupakan PERKARA yg paling MENAKUTKAN dalam hidup sy! =)

Hari tu, sy INGAT lagi PERKATAAN pertama awak PANGGIL sy.. "AWEK".. Dari hari pertama sy mula keja sampailah 2 bulan sy BEKERJA awak masih panggil sy dengan panggilan AWEK tanpa mahu AMBIL TAHU nama sebenar sy.

Sy xpnh lupa TIAP kali saya perlukan PERTOLONGAN awk org PERTAMA yg akan bantu sy. Kali pertama awk ajak sy KELUAR sbb nak minta TOLONG sy carikan nama dan LAMBANG yg sesuai utk PROJEK club kereta awk. Awk mta sy TEMANkan awk MEMANCING kt satu tasik dan awk BERCERITA ttg diri awk dan KEKASIH awk dulu.

pada ketika itu, HUBUNGAN kita xlbh dri seorg SAHABAT. xada PERASAAN cemburu, iri hati atau sedih bla thu awk dh ada kekasih. Kebetulan pada waktu itu juga sy TIDAK mahu memikirkan ttg JALINAN hubungan yg SERIUS.

ada satu masa sy SEDAR bhwa awk mmg NAK rapatkan DIRI awk dgn sy. Tp sy buat2 xFAHAM sbb sy xnak HUBUNGAN awk dgn sy LEBIH dr seorang kawan! wLaupn Pd ketika itu sy tahu Awk dgn ex-awek awk dH lma PUTUS..

sy SEDAR jauhnya kita masa tu. sedangkan PADA waktu tu dah ada orang yang BETUL2 sukakan AWAK. awkpn lbh kenal DYA lagi lama dri ak KENAL sy, tp knp awk MASIH tggu jwapn dri sy??

.........................................................................................................................................................................

jujurnya, awk MERUPAKAN ciri-ciri LELAKI yg sgt2 WANITA inginkan dlm DUNIA ni. Baik, Perhatian, humor, PRIHATIN.. semua CRI2 tu MELENGKAPKAN diri awk pd kaca MATA sy.

Tuesday 17 August 2010

Abah - Along chayunk abah..

salam sayang..
AIR MATA ku gugur lagi. KERINDUAN yg memuncak tiba-tiba MENJALAR dihati ini. kerinduan pada SEORANG insan yang bergelar ABAH. artikel yg akan ku KONGSI ini aku perolehi daripada NOTE seorang hamba ALLAH.. aku ingn konsi bersama teman-temanku yang lain.. hayatilah BERSAMA..

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.



Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"



Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Saturday 14 August 2010

kerinduan.. =)


salam sayang..
Detik-detik kerinduan datang lagi dalam hati ini.. kerinduan yang hanya boleh ku ungkap melalui air mata.. Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku kat ukm ni.. Banyak perkara yang aku belajar dan KENA belajar utk SURVIVE kat sini.. Kejauhan mengajar aku lebih kenal erti KERINDUAN yang sebenarnya.. erti KEPaYAHAN dan erti PERSAHABATAN. First time aku BERPUASA jauh dari keluarga ku.. SUKAR untuk aku gambarkan KERINDUAN ku melalui kata-kata,.. aku cuma blh MENANGIS bila terlalu RINDU.. mungkin aku LEMAH, tp itulah aku sebenarnya..

Tuesday 27 July 2010

Sambutan hari Guru UKM..

salam sayang..

selamat Hari GURU untuk semua MAHASISWA fakulti PENDIDIKAN terutamanya PENDIDIKAN KHAS. Moga kita semua dapat meneruskan perjungan untuk mendidik dan membentuk anak bangsa moga lebih pandai dan maju. AMIN.. =)

di kesempatan ini aku nak ucapkan TAHNIAH kepada kumpulan PENDIDIKAN KHAS yang buat BARNER tadi yang mendapat tempat ketiga daripada keseluruhan. korang memang TERBAIK!!

Hari ni aku dah mula sibuk dengan ASSIGMENT! sekarang aku dah ada 3 assigment yang WAJIB disiapkan dan DIHANTAR kepada LECTURE. Masih belajar untuk membuat TUGASAN yang diberikan. =) ChaiYOKx2..


Saturday 24 July 2010

hari ini dalam sejarah..

salam sayang..

Apa yang jadi dalam hidup aku hari ini memang membuat aku letih.. Setelah hampir SEMINGGU aku berada dalam DILEMA, akhirnya tadi aku kuatkan juga hati untuk pergi ke temuduga SUKSIS di keris mas tadi. Alhamdulillah aku diterima untuk TEMUDUGA tadi. Minggu depan akan ada satu lagi temuduga jam 8 pagi hingga 5 ptg di kolej keris mas (sabtu, 31 JULAI 201o). Harap aku berjaya lulus temuduga tu. Cuma sekarang aku masih KELIRU dengan KO-K kat sini. belum mendapat gambaran yang JELAS tentang apa yang akan berlaku selepas ini.

cuma aku harap sangat aku dapat bahagikan masa aku dengan baik antara ko-k dengan FAKULTI aku. Assigment dah mula DITERIMA dan PERLU/WAJIB disiapkan suapaya MARKAH aku untuk hujung SEMESTER ini dpt mencapai PNGK 3.6 ke atas. Aku masih belum SESUAI dengan keadaan pembelajaran DI universiti. InsyaAllah dalam seminggu DUA ni aku akan CUBA belajar dan BELAJAR berdikari dan menyesuaikan DIRI disini. doakan aku ye.. =)

ESOK gangguan BEKALAN elektrik akan berlaku di SELURUH UKM bangi, bermula dari jam 8 pg - 6 ptg.. so seluruh UKM akan BERGELAP buat sementara. selamat BERPANAS ye.. =) saya sayang IZISH..


Sunday 18 July 2010

kehilangan.. =)

salam sayang..
Kenapa aku pilih tajuk ni untuk dikupas?? aku pernah merasa kehilangan satu ketika dulu. sangat perit dan menyakitkan. jujurnya, kehilangan itu membuatkan aku MENANGIS dan kehilangan itu membuat aku menjadi lebih MATANG dan KUAT untuk menempuh hari-hari mendatang.
Entah kenapa, HATIku terasa seolah-olah semakin DEKAT dengan perasaan kehilangan itu. Mungkinkah aku akan kehilangan untuk kali 2? YAALLAH, sakitnya perasaan yang menghimpit diriku ini. aku rasa ingin menangis, namun AIR MATAku masih tega untuk MENGALIR. aku masih tertanya-tanya, kalau PERPISAHAN dan KEHILANGAN ini berlaku kembali, adakah aku cukup-cukup KUAT untuk menghadapinya KEMBALI???
Sesungguhnya, aku amat membenci KEHILANGAN kerana ia terlalu MENYAKITKAN!!!
mungkinkan KEJAUHAN ini akan MEMISAHKAN?? mungkinkah KESIBUKKAN ini akan MENJARAKKAN??
RINDUnya aku pada KENANGAN.. RINDUnya aku pada SENYUMANmu..
Adakah masih ada CINTA dihati KITA?? KITA?? aku tak pasti.. namun selagi aku boleh MEMPERTAHANKANNYA, aku akan MENCUBA dengan sebaik yang mungkin.
ku HARAP kau begitu..
aku TIDAK mahu lagi kehilangan untuk kali 2, ke 3 atau seterusnya. Biarlah KEBAHAGIAAN akan menjadi milikku ABADI..... =)