Sunday, 26 December 2010

koc merah jambu =)



hari ni hatiku tergerak untuk menulis tentang ragam manusia yang pelbagai ku jumpa hari ini. kisah ini bermula apabila angah meminta aku menghantar barangnya. ditemani oleh FIFA aku berjaya juga sampai di Bandar Tasik Selatan. =) hehe.. (First time naik sendiri)

Kami melangkah masuk ke koc merah jambu (koc wanita). Sampai saja di perhentian Kajang ada 2 orang mamat ni dengan selambanya masuk ke koc wanita. dia berada betul-betul dihadapan aku. aku terus terfikir, dia ni tak pandai membaca atau buta huruf??? tak nampakkah tanda yang ditampal di depan train?? begitu banyak bahasa yang ditulis takkan satupn xfaham???

Dahla masuk koc wanita, dengan selambanya duduk. sepatutnya mereka memberi ruang kepada wanita-wanita yang ada dsitu! bukan dengan muka yang xmalu langsung berada di atas kerusi yang sepatutnya untuk wanita. agaknya mereka semua lelaki yang menaiki koc wanita ini mengalami kekeliruan identiti kot?? (hehe.. pelik bila ada orang x pasti dengan dengan jantina masing2)

apapun, memang patut kenderaan awam menyediakan tempat duduk khas untuk penumpang-penumpang wanita. Sekurang-kurangnya terasa agak selamat berada dalam keadaan itu. walaupun terdapat segelintir LELAKI yang mengalami krisis identiti..=)
pesanan untuk semua merah jambu : Pertahankan HAK KITA! =)

No comments:

Post a Comment