PERKAMPUNGAN??? jawapan pertama aku "Bencinya"!! mana taknya, orang lain dapat bercuti selama lebih sebulan aku hanya boleh berada bersama adik-adik 3 minggu sahaja. Namun aku kuatkan juga semangat. Mungkin ada yang boleh aku pelajari disitu. (Walaupun dengan berat hati aku menaiki bas seminggu setengah lebih awal dari sahabat-sahabat yang lain).
Sampai sahaja di pejabat aku terus chek in bilik. blok c, bilik 106. (dlm hati mengomel-ngomel sbb xdpt blk sendri) =) Sempat juga aku menjeling kertas pendaftaran perkampungan untuk melihat siapa gerangan tuan punya bilik yang akan aku tumpang nanti. "siti Rohimah" siapa dia ia?? aku tak pernah kenal dengan nama tu. dalam hatiku cuma berdoa moga dia juga macam roomate aku. sporting!
Mula-mula kenal dia, agak senyap. Takut aku nak menegur, tapi disebabkan teman sebilik.. terpaksala aku mencari topik untuk berbual. Kebetulan juga dieja xde bilik nak tidor sbb dia chek in lewat, jadi aku suruhla dia tumpang bilik aku. Masuk saja hari kedua aku dah mula rapat dengan mereka. Baru aku tahu, roomate perkampungan ku ini sangat baik dan spotan! sweet!! seronok berada dengan mereka berdua sepanjang perkampungan. Alhamdulillah, aku dah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan perkampungan dan hubungan kami yang agak rapat sekarang.
Dari mereka berdua juga aku mengenali kak Mia & kak Pie. selama satu semesta aku dan 2 orang sis nie berada dlm satu aras, namun tak pernah nak bertegur sapa. akhirnya di perkampungan juga kami mengikat tali persahabatan. seronok sangat berkenalan dengan mereka-mereka ini. =")
Di perkampungan juga aku mula rapat dengan semua orang yang selama nie aku sendiripun xberapa kenal. di situ juga aku mendapat nama gelaran yang baru dan dapat moto baru.
:cik POLIS.. MESRA, CEPAT&" BETUL:a
comel kan?? hehe.. semuanya mula bila abg EIJAN memanggil ku cik polis kerana di sini hanya aku dan adam yang join SUKSIS UKM. so, agak famousla.. hahaha
Masa memang cepat berlalu kalau kita enjoy dengan apa yang kita buat! betul x?? yup!! aku sangat2 setuju dengan statement tu! =) sekejap sahaja aku rasa masa berjalan. walaupun cuma seminggu setengah aku berada di perkampungan, namun banyak yang aku dapat.
Terutamanya sewaktu mass marketing & shop to shop! dapat pergi masjid Jamek n Mid valley an deorg.. tgk wayang sme2.. Kenangan kita semua akan aku abadikan dalam hati dan moga korang semua berjaya dunia dan akhirat..
SAHABAT SELAMANYA.. Family MATK 15 2010/2011
No comments:
Post a Comment