Monday 14 January 2013

Moody? Sensitif? Betul ke?

Assalamualaikum.. Status Fb sebenarnya tidak membawa apa-apa perubahan pada diri aku. titik..

Wah..hot story betul. Tadi aku sepatutnya exam bahasa isyarat tapi disebab Dr Safani sibuk pastu kebetulan Ibu Dr Hanafi meninggal dunia hari ni (takziah utk Dr hanafi) pastu tak daptlah buat exam hari ni. ='( sedih. Tapi mungkin Allah dah mengaturkan yang terbaik utk aku. lagipun bila bangun tidur tadi mata aku bengkak teruk sebelah kanan. Memang tak boleh buka sangat. Masa tggu Dr tadi aku pegik Pk U dengan Lisa. Alhamdulillah dah telan ubat antibiotik mata dah makin ok sikit.


Dapat banyak ubat plak tu. Penat nak menelan kesemuanya. Waktu singgah beli nasi kat DTAMS tadi lisa ada tanya aku sesuatu. katanya ramai yg menegur aku SENSITIF sejak kawen ni.. APAKAH?????? setahu aku, aku ok je. takde apa je yg membuatkan aku SENSITIF dalam masa terdekat ni.

Pastu aku tanya la balik siapa je yang tanya (ramai) tu membuat aku pelik.. Pastu melly cakap ana, aya, pika, ain, pastu aku pelik mana je diaorg nampak aku Ni SENSITIF? setahu aku, takde  apa-apa yg pelik ttg aku. mungkin aku tak perasan tapi orang lain perasan Maybe.. Tapi.. (byk betul tapi) hahaha

tiba-tiba aku tertanya-tanya adakah aku memang nampak SENSITIF kebelakangan ni?? Betul ke ea??? stress tiba-tiba.. Pastu aku tanyalah kenapa pulak diaorg cakap macam tu.. Sebabnya.... STATUS FB AKU. Apakah?? staus Fbpun ada kena mengena ea? balik je terus aku tanya makcik fefa! adakah aku sensitif sebulan ni? dia cakap aku ok je., Pelik -Pelik.. Tak tahu macm mana nak describe perasaan pelik aku ni. Terus je update blog! nak cerita punya pasal.. hahaha

Kepada mereka-mereka yg sgt care pasal aku thank You syg-syg ku.. i love all of u and i really do!! ada jugak yg care sal aku.. alhamdulillah bersyukur dengan apa yang kau tunjukkan pada ku.. Semoga persahabatan ini kekal dan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Menjadi seorang sahabat bukannya hanya untuk persinggahan tetapi untuk penginapan selamanya.. =)

Dan untuk menjernihkan keadaan dan membetulkan statement yang SENSITIF dan MOODY tu, aku just nak bagitahu aku ok! thanks sgt tc sal aku.. InsyaAllah kalau ada pape yang aku tak ok of course i will let u know. =) i'm Promise..


Exam Terakhir Sem 1 thn 3


Berakhir Peperiksaan terakhir untuk sem ni walaupun masih berbaki 2 exam iaitu bahasa Isyarat. alhamdulillah walaupun usaha menembak paper last sememangnya tidak diyakini. =') sedih!
Itulah muka aku bila masih adalagi subjek yg perlu diulang kaji WALAUPUN dah takde dlm slip EXAm.. hehe..

Actually, ada kesedihan disebalik kemerdekaan aku habis exam ni. Sepatutnya aku ambil tiket balik rumah malam ni atau 15/1/13 malam tapi disebabkan kena repeat bahasa isyarat aku terpaksalah balik 17/1/2013.. bagi aku okeh je balik bila-bila cuma yg buat bersalah sgt bila incik suami yg dah terlebih excited dengar aku nak balik tiba-tiba sedih sebab aku terpaksa ambil tiket lewat.. sian dia... =( sorry syg..

Tapi ianya beri aku banyak masa untuk berkemas teman BFF aku last paper 16/1 dan buat persiapan nak balik umah yg paling penting buat chek list perkara yg akan kami buat berdua sewaktu dirumah nanti!! love it..

Sunday 13 January 2013

Long Dress with sneekers! Cool..



Boleh tak korang bayangkan untuk pakai Long dress dgn Sneekers??? Cool kan!!
Serius bagi aku mmg cool..
Dan itulah yg mungkin aku akan pakai untk pegik exam esok..

My roomate selalu cakap tak nampak ladies la pakai mcm tu tapi bgi aku memang cool.. tak tahu mcm mne nak express felling tu.. bagi aku tulah diri aku sebenarnya & itulah diri aku yang mengikat aku dan suami aku sebenarnya.. (tak ramai yg tahu hal ni sebenarnya).

Dah lama rasanya aku tinggal dunia sneekers aku. dah hampir 3 tahun. Last pakai waktu temuduga nak jadi cg dan selepas kena tegur terus aku abaikan kegemaran aku ni. Ramai yg cakap aku lebih kepada ladiest bila dah kawen tapi bagi aku its back to normal. aku dah mula rindu nak pakai sneekrs balik dan apa yang best nya... aku BELI sneekers BARU!!! omg! Selepas 3 tahun..


Aku pernah buat entri ttg pakaian tidak menunjukkan siapa orang tu sebenarnya. banyak fitback yg aku dapat. ada yang bersetuju & ada yang tidak. Aku respek komen-komen individu sebab masing-masing ada pendapat merekakan dan dalam pendidikan tiada pendapat yg diberikan oleh pelajar salah kerana mereka seharusnya diberi peluang untuk menyatakan pendirian mereka. =)

apapun reaksi yg bakal diberi aku cuma boleh senyum. Aku bangga dengan apa yg aku pakai asalkan ianya menutup aurat sepenuhnya.. Ameen.. =)

Friday 11 January 2013

Final Exam Sem 5 thn 3


Assalamualaikum...
Mungkin belum terlambat untuk aku cerita tentang kisah hidup aku yg tengah Final Exam sekarang walaupun sebenarnya dah masuk 4 paper dah exam. Alhamdulillah hari ni exam aku yang ke4. =)
Everything goes well,.

Rasanya Sem ni aku tak rasa terlalu terbeban dengan exam. Bersyukur sangat rasanya. Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami. Tinggal hari isnin ni 14/01/13 tarikh last aku exam. Semoga semuanya baik-baik je.. 

Seperti sem-sem lepas aku masih study kat bilik fefa kat Ibu Zain. Lebih selesa sebenarnya kat sini. Entahlah mungkin dah terbiasa dengan kehidupan kat sini sampai aku lupa pada KKM... hehe sepatutnya la kot. Yang penting kat sini aku boleh lepak tgk tb & Study.

Papepun aku sentiasa berdio agar allah sentiasa mempermudahkan Urusan aku dan Suamiku di sana.. AMeen..

Thursday 3 January 2013

Webcam Toy - Permainan dikala bosan!

Assalamualaikum. Hari ni aku nak citer ttg permainan yg diperkenalkan oleh Lisa kat aku beberapa hari yg lepas! Aku memang suka main 'game' ni kalo aku stress.. huhu.. best..
Apakah gamenya?? jom godek-godek kat bawah ni..

Permainan ni lisa cakap ada dlm goggle chrome. cuba cari kat web store. Banyak aplication, game ngan macam-macam lagi la kat situ. Ini bila dah add dia kuar le kat chroom kita.
Macam kat bawah ni..
Webcam Toy yang gambar camera warna Putih purple tu.

Pastu dia akan kuar mcm kat bawah tu. apa yg bestnya, gambar yang kita ambik takkan dikeluarkan secara on9 tanpa permision kita! mmg superb la. ikut je arahan yang dibagi pastu dah boleh main. 


Nanti dia akan minta kebenaran kita untuk guna Camera laptop yg sudah sedia ada.


  Ikut je arahan nanti akan keluarlah macam kat bawah ni.
tada... gambar akukan?? hehe.. ada 70 effect yg best dlm game ni. ini antata 2 yang adala..
.

bila dah amik gambar jgn lupa save sbb dia takkan tersave automatik.  bila dah save nanti boleh cari balik kat file download atau file yg akan dinyata. kalau IDM biasanya file downloadla..


So bila dah save akan keluarlah gambar-gamabar seperti dibawah.. ini antara gambar yg aku snap sewaktu kebosanan menggunakan effect yg sudah disediakn!! memang best bagi org yg suka gambar mcm aku.. huhu..






actually gambar ini adalah berkaitan kerinduan aku shawl! lama rasanya tak membelit shawl pada muka ni. Asyik2 dgn tudung sarung! (tudung malas sebenarnya) bukan tak pakai tudung biasa tapi jarangla. malas nak pakai inner neck..

Disebabkan kerana game ni, aku diamuk oleh lisa..  hahaha.. saje je an..



Tuesday 1 January 2013

Ending of 2012 for me


Menyambut ketibaan tahun baru dengan berkurung dibilik tanpa boleh study sebab terganggu dengan virus mata!! arrrggghhhh.... mnenjerit seorg diri.. dengan mata membengkak.. hahaha..
ok. anda dapat lihat disitu kebengkakan mata kanan saya akibat jangkitan virus! 



Kegembiraan dan kedukaan hati seorg isteri (hehehe) Tua sudah ku bha. Tak tahu knp hari ni rasa rindu sangat kat incik suami yang jauh kat perlis nuh.. Bila bercoll dengan dia tiba-tiba rasa sedih sgt. Dia mengadu penat sebab baru balik kerja dalam jam 8.30 pm tadi. hari ni incik suami kena kerja leboh dri 15 jam sebab kereta yang mereka naik tersangkut dlm pasior jerlus kat tgh hutan Mata Ayer. dari tghri xmakan sampailah dia balik tadi. Bila aku tanya dia makan apa je nanti, dia jawab makan nasi dengan sardin je, air mata ku terus menitis. Serius rasa bersalah sangat.
i should be with him right now!! =(

Terasa bersalah sangat tak dapat nak masak utk dia bila dia penat balik dari kerja. walaupun dia faham aku ada tanggungjawab yg lebih penting kat sini, tapi hati kecil aku rasa bersalah sangat. Rupanya bila dah kawen hati kita akan rasa rindu yang teramat dan kalo blh nak sentiasa ada ngan incik suami kat rumah siapkan keperluan dia. =') i'm crying!! 

Disebabkan kerana itulah mata aku sebelah kiri yang xsakitpn bengkak!! Waktu bercolling dgn oncik suami, dia smpat lagi pesn soh aku jgn nangis. dia ckp dia tak nak org yg dia syg nangis sebab itu menunjukkan dia gagal jaga aku. terharu ... uhuks3.. 


Kepada incik suami yg sememangnya takkan membaca blog ni =) 
"A happy married is the union of TWO good FORGIVES."

Maafkan saya sebab xdpt bersama awak sekarang dan terima kasih sebab sentiasa memahami dan berada dengan saya sehingga saat ini. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita berdua. saya sayang awak dan sentiasa sayang awak!