Wednesday, 27 April 2011

Alhamdulillah.. Setahun sudah berlalu.



Diam tak diam dah hampir setahun aku menjejakkan kai di UKM. 
alhamdulillah..
Dapat juga aku menyambung pengajian aku ke peringkat ijazah..
Setahun disini macam-macam pengalaman yang aku lalui.


Aku mula mengenali dunia pendidik dengan lebih terbuka.
Disini aku diajar untuk menjadi seorang pendidik!
InsyaAllah.. 
dalam masa 3 tahun aku bakal menjadi seorang guru..


Daripada seorang kepada seorang manusia yang aku gelar sahabat aku jumpa disini.
Daripada seorang pelajar sekolah aku mula diubah menjadi seorang mahasiswa.
daripada seorang pelajar yang cuma boleh berangan-angan aku sudah boleh menggapai angan-angan itu.
Daripada seorang yang 'manje' aku mula belajar untuk berdikari.


Dini aku belajar segalanya..
ilmu dunia dan akhirat..
ilmu bagaimana menjadi seorang sahabat dan rakan.
ilmu untuk membahagikan kehendak dan kperluan..
Moga cukup untuk menjadi bekalan ku menghadapi masa hadapan..


Kini aku  makin sedar!
aku perlu lari dari kesenangan sekarang untuk aku miliki keselesaan pada masa hadapan..
aku perlu mematangkan sikap dan pemikiran agar aku jauh lebih berjaya daripada yang lain..
aku perlu lawan kelemahan aku untuk kuat menghadapi kenyataan dan cabaran mendatang..
aku perlu lawan masalah bukannya melarikan diri!!


sekarang, aku cuma boleh menghabiskan saki baki masa bersama-sama rakan-rakan di UKM,
dan menanti cabaran tahun kedua disini.
Moga aku lebih kuat dan Tabah!! =)

Monday, 25 April 2011

Episod 1-Juvana

Review pertama aku tentang episod ni.. 
Awesome!! Tumbs uplah!

Best gila citer ni.
Juvana ni citer ttg budak-budak jahat kat sekolah wira bakti.
Sekolah ni kononnya macam henry gurney la.


Citer ni mula bila ada sowg mamat ni nama dia daim bin yahya. 
Dia dituduh bunuh mak dia an teman lelaki mak dia. 
Diapun dimasukkan ke sekolah tu bersama 2 owg mamat ni. 
sowg nama apek. Dia memang penghuni sekolah tupun.
tapi dia cabut lari pastu kantoi. kenalah tangkap balik.
yang sowg lagi nama black @ jambu. 
dia dimasukkan kesekolah sbb pukul cikgu dia kat sekolah.
Maka bermulalah kehidupan dia kat situ.
teruk kot.
Permulaan citer juvana ni mmg best. 
Aku dah excited gila nak tunggu episod ke 2 next week!

Juvana tv3

Juvana cerita terbaru daripada tv3 yang menggantikan cerita Gemilang. Kat sini ada sinopsis tentang citer ni.

Sinopsis Drama Juvana TV3

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.
Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.
Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu

Sunday, 24 April 2011

Along sayang mak

Anakku..
Jika ibu d beri pilihan samada ibu mahu berbadan langsing atau berbadan besar d sbabkan  mengandungkan mu,
Maka ibu akan memilih mengandungkan mu..

Kerana dalam mengandungkan mu itu, ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah..

Sembilan bulan nak..~
Engkau hidup di perut ibu,
Engkau ikut kemanapun ibu pergi,
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata..

Anakku..
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus mengejar ape yg ibu impikan, atau ibu harus berjuang melahirkan mu,
Maka ibu memilih berjuang melahirkan mu,
Kerana menunggu dari hari ke hari, detik ke detik kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu penantian memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak kan mampu ibu ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia saat itulah..
Saat paling membahagiakan..
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat Syahadah kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu..

Anakku..
Bila ibu boleh memilih apakah ibu ingin merasa rehat,
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan2 dan tegukan2 yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang tak boleh d rasakan oleh orang lain

Anakku..
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang yg empuk
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku..
Hidup memang pilihan..
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak..

Maafkan ibu..
Maafkan ibu..
Maafkan ibu..

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak..
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu

Percayalah nak..
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

* dipetik dari fb seorg sahabat..

...awak buat saya nanges!

*Tersentap hati aku bila baca satu note daripada seorang sahabat yg bagi ku tersangatlah tabah!
Aku bangga gila dengan dia.
AKu kenal arwah, dan aku syg sgt kt dia. bila baca note ni..
Buat aku teringat dgn dia..

Alfatihah untuk arwah Nabilah..
Kami semua sayangkan ko..

*ditulis oleh seorang lelaki yg sangat tabah! Rohaizat Bakari,
walaupun saya tak pernah kenal awak.. tapi saya bangga dgn awak.
Tabah!!


"Pertemuan gua dengan sorang awek nih bermula apabila gua pegi teman sorang member gua jumpa kawan dia.Pada mulanya gua memang malas ah nak follow dia sebab gua malas.mane tak nye hostel gua ngn kafe nih bapak jauh der.turun bukit naek bukit lagi.tapi member punye pasal,gua turutkan aje lah.boleh jugak nanti usha2 awek kan.haha

sampai2 kt kafe aku nmpak member gua trus dduk dekat meja yang ade due org awek kt situ.mule2 gua ingat member gua nih kurang siuman,rupenye bagus orgnye.dia belanja gua makan,sebab tu gua ckp dia bgus.gua usha2 gak due org awek tuh.boleh tahan der,tapi ntah kenapa hati gua lebih tertarik kt yang sorang nih.putih gler nak mati.even gua yang putih nih tak putih macam tuh.haha n ntah kenape lagi gua rase laen macam ah mlm tuh.gua asyik peratikan awek tuh smpai gua tak sedar gua pulak yg di perhatikan awek tuh.lagi 1 sebab mmber gua nih bagus adalah dia perkenalkan gua kt awek tuh.memamg bagus ah sebab gua nih pemalu orangnye,segan bhai nk tegur,gua nih org kampung je,bab2 bercakap dgn gurl nih memang gua tak power cket.dari mrsm lagi gua mcm tu nye,tapi kalau bab2 bikin chaos kt skolah dulu mmg gua power.haha

nabilah nama dia.itupon lepas member gua bagi taw.gua mmg tak gentle ah nak tanye sendri kan.tapi gua kesah ape.haha gua tengok nabilah nih memang rajin orgnye,sampaikan tgh makan pon sempat lagi baca notes kimia.yup,baru gua taw yg dia nih memang power dlm kimia nih.gua rase,gua nak sgt kenal ngn dia.tak taw kenape.malu lah nk ckp,tapi rasenye gua suka kt dia kot.naseb baek jugak lah dia bagi email dia bila gua beranikan diri mintak.gua mintak sebab gua nk add dye dalam fb.saje je ah menambah kawan.lepas balik dari makan2 tuh gua syik terbayang je muka nabilah nih,sampai gua jatuh tangge pon steady je bgon balik.gua rase gua dah angau kt die ah nih.haisy..

makin hari,gua makin rapat ngn dia.dari fb jugak lah gua mintak no telefon dia.nk mintak depan2 mmg tak ah.haha gua ade sindrom ketar lutut bila berdepan ngn awek cun nih.kalau awek tak cun tak ketar pulak.kah33 gua perasan jugak ramai boy yg nak adjust nabilah nih.tapi gua tak nak lah sibuk2 pulak kan,walaupon dalam hati gua rase nk sepak je testis sekor2 yg try nk adjust tuh.yes,gua memang dah caer kt abes kt dia.sampaikan gua rase jeles tak tentu pasal.one day,gua luahkan perasaan gua kt dia.gua tak boleh nk simpan lagi.waalaupon gua rase ade peluang untuk kena reject tu tinggi.dari mana dtg keberanian nk buat camtuh,gua sendiri pon tak taw.gua btol2 neves bhai lepas ckp.tapi gua tgk air muka dia tenang je,n dia senyum.yes,gua rase gua di terima lah tu kot.haha

dia sememangnya sgt sempurna.even gua taw takde manusia yg sempurna.ye ah,siti nurhaliza pon kentot bau telor jugak kan?gua rase hidop gua kt matrik time tuh mmg sronok gila babeng ah der.nabilah,sebagaimana cantik nama dia.begitu jugak lah perangai dia.dia sering ajk gua buat baek n tu yg buat gua rase bersyukur sgt.yelah,mak bapak jaoh,tapi syukurlah,ada org yg sering mengingatkan aku.pernah jugak gua malu ngn dia bila gua pulang buku dia.time tuh gua dgn short pants je,tapi dia berjubah menutup aurat,n di tgn kanan nye memegang Al-Quran.sayu hati gua bhai tgk.dia baru kuar dari surau time tuh.gua yg tgh ke"malu"an niih apelagi,berlari naek hostel ah.malu.budi pekerti dia,akhlak dia,buat gua rase mcm tak layak memiliki permata mcm dia.gua nekad berubah.berubah ke arah kebaikan lah.bukan jadi masked rider lak.

ditakdirkan,gua ngn dia masuk universiti yg sama selepas abes matrik.gua bersyukur sgt sebab takde lah rindu sgt nanti bila berjauhan.1 universiti,senang lah kalau nak berjumpa.byk jugak lah masa kami habiskan bersama.tapi aku egt der,bercintan-cintan jugak,study tak diabaikan.n yg lebih penting agama diutamakan.one day,it was her birthday.gua ingat lagi dia cakap yg dia sayang gua sgt.n 1 lg pesan dia yg gua xboleh nk lupa is "kalau nk menggatal,tunggu bila dia dah takde di dunia nih."gua marah jugak lah sebab dye ckp mcm tuh.sebab gua dah berharap nk jadikan dia yg halal buat gua.lame2,gua sedar,dia bukan sahaja seorang awek,dia kawan,seorang sahabat yg sentiasa ada bersama gu susah senang.gua rase amat bersyukur.

masuk sem2,macam biase lah,hidup u kan,gua memang tak terurus ah.dia byk menolong gua uruskan hdup gua sendri.malu pon ade jugak,tapi lebih kepada rase bertuah ade lah.gua harap sgt gua kekal dgn dia.tp lately,dia berubah.sgt cemburu,even bila aku ngn mmber laki pon.dia ajak aku pergi sume tempat yg dia nk pegi dari kecik lagi.gua ingat lagi dia cakap "sebelum dia pergi,dia nk tgk keindahan alam nih puas2".sentap jugak hati gua dengar,tapi gua tak expectlah mende2 burok akn berlaku kn.think positive je lah.kalau keluar berkarok,dia nk gua nyanyikan dia lagu favret dia by kangen band - yakinlah aku menjemputmu.gua memang tak penah suka bhai lagu tuh sebab xkena dgn jiwa gua yg rocker nih,bukan leleh,tapi sebab dia yg tercinta,gua turutkan jugak lah.besday gua jadi bermakna lak bila mana dia hadiah kan gua butang baju melayu n sekeping gmbr yg dah edit."aku dan dia".lantak lu org lah nk cakap pe,tapi ni kisah gua.

satu malam,hujan renyai2 der,dia mintak gua maek dia dekat putrajaya.umah kezen dia kt presint 9.gua punye lah malas der,dah lah hujan.mls btol nak kuar,sebab gua baru abs basuh 125zr gua tuh.nanti kotor tak market ah.tapi gua still jugaj pegi jemput dia,sebab msj dia yg terakhir buat gua rase sentap sgt."kalau b tak nak jemput org,b takkan jumpa org buat selamanya dah."gua memang sentap beb.walaupon mrh2,gua ttp sayangkan dia.selpas amek dia,singgah kdai makan jap kt bangi.gua kebulur kot.tapi gua tgk muka dia tak seceria dulu,gua agk dia merajuk ngn gua ah.gua pujuk lah.susah hati kalau dia tengok dia senyum nih.at last,dia tersenyum jugak lepas gua merayu suruh senyum.n itu lah senyuman yang terakhir dia buat gua.pada malam tu jugaklah,gua ngn dia eksiden.langgar lari.on d way balik u.gua koma selama 2 hari.

hampir sebulan gua masuk wad,coz kaki gua patah.rmai jugak member2 dtg,tme kasih sume.minggu pertama gua kt wad,gua mmg tak ingat pape.satu malam gua termimpikan dia.dia dtg kepada gua serba putih,gua senang tgk dia tersnyum.gua cuba menggapai dia.tapi "blom tiba masa kamu lagi".itu yg asyik gua dengar.yes,gua memang tak ingat yg gua eksiden dgn dia.last2,gua tnye mummy gua esok harinya.wajah mummy gua nmpak laen.mcm menahan sedih.mummy gua citer kt gua,semasa gua koma,gua menangis suruh nabilah diselamatkan.tapi,gua lansung tak ingat pape.gua tertanye tanye bhai.takde sape cter sal dia,seolah olah gua eksiden sorg2.

lastly,selepas 3 mggu di wad,gua dapat on9 guna phone abang gua.gua terus check fb ah,ape lagi.baru gua tau gua semakin feymes lpas eksiden.bersepah2 komen.tapi ade satu komen buat hati gua sentap,"takziah buat keluarga arwah nabilah".gua sentap.terkedu.orang yg aku sayang selama nih,dah pergi buat selamanya.dia meninggal dunia semasa eksiden tuh.aku menangis mcm org gila dah.sangat sedih.tak dapat nk luah dgn kata2.tp tu lah qada' dan qadar.walau mcm mana sekalipon,gua kena terima jugak.rupa rupanya org2 sekeliling merahsiakan kematian dia dari gua,atas masalah kesihatan gua yg time tuh mmg tak stabil.gua tak salah kan sapa2.

sampai sekarang,gua masih menangisi pemergian dia.kalau lah dia tahu gua amat mencintai dia.tapi Allah lebih sygkan dia.Siti Nabilah bt. Anuar,tenanglah di sana.walaupun cuma setahun lebih,kita kenal.tapi awk membawa seribu makna dan kenangan.mengenali awk,walaupun cuma sekejap,itulah perkara terbaek yg pernah hadir dalam hidup ni.it only take less than a second for me to fall in love with you,but forgetting you,it will takes my whole life..you will stay in my heart,forever,till the end.

Al-fatihah for her,Siti Nabilah bt. Anuar.(16/7/91-23/12/10).

"kita tidak tahu betapa pentingnya seseorang itu,sehinggalah kita kehilangannya"

"mati itu pasti.setiap yang bernafas pasti akan mati"

"jika seseorang itu hadir dalam hidup kamu,tapi atas sebab2 terntu dia terpaksa pergi,janganlah terlalu sedih.terimalah hakikat bahawa dia pernah membahagiakan kamu"

"percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.kita sebagai manusia hanya mampu merancang,Allah yg menetukan segala-galanya"

"redha atas segala ketentuan dari Allah,itulah yang sebaiknya"

terima kasih kerana sudi membaca."

............air mataku menitis bila baca ni. aku pernah buat netri tentang arwah nabila kat sini..

home sweet home..

*Mood sekarang! 
nak balik.. 

Over gila gambar ni! 
tapi ni perasaan aku sekarang.

Tinggal 3 paper lagi sebelum aku tamat semester 2 kat sini.
Sedih gila tengok member kemas-kemas barang.
Majoriti budak-budak UKM habis exam esok.

Best kot!!
Jeles aku. 
Ada sowg kakak senior tupun dah balik rumah. 
Sebab semester ni dia cuma exam 2 paper je.
Siyes Jeles!!


Roomate aku balik 1 mei ni.
Tiket flight dia pagi.
Tinggallah aku sesowang..

Alkisahnya aku kena pegik Camping SUKSIS 2 minggu.
PAstu kalau jadi aku kena join tempur tanpa senjata (sebenarnya sukarela) hehe..
Kalau jadilah perancangan ni aku balik sebulan lewat daripada yg lain!!
oh.. lemah jantung dan hati ni..

Saturday, 23 April 2011

Faheem..Moga cepat sembuh!


Alhamdulillah.. Sampai juga aku melawat seorang sahabat yg xcident sabtu lalu.
Saudara Faheem.
Merempit bersama-sama mereka, buat aku happy!

Cian kat faheem.
Teruk gila keadaan dia.
Hope dia cepat sihat boleh join suksis mcm biasa.

To: cik faheem!!
Cepat sembuh!!
Jangan buat aku risau lagi k.
Sedih+sebak aku tengok ko dalam keadaan tadi..
Plizz!!! jaga diri ko.
dengar cakap ibu ko.
Rajin-rajin Telan ubat.
Kitaowang tunggu ko join latihan balik.
Kuatkan semangat..
=)

Kepada yg membaca Entri ni, aku minta tolong doakan sahabat aku ni. moga dia cepat-cepat sembuh..

Friday, 22 April 2011

percaya padaku - Unggu

Aku tak tahu apa yang kurasakan 
Dalam hatiku saat pertama kali 
Lihat dirimu melihatmu 
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu 
Detak jantungku berdetak tak menentu 
Sepertinya aku tak ingin berlalu



[*] 
Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 



[**] 
Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 
Saat ku tahu kau akan pergi jauh



Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu 
Untuk katakan ku ingin dirimu 
Agar kau tahu betapa ku terlalu 
Mencintaimu aku akan menunggu 
Hingga dirimu kembali untukku



Back to [*][**] 
Tolonglah aku bagaimana diriku 
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu 
Dalam hatiku ku cinta padamu 
Back to [*][**] 
Back to [*]

Thursday, 21 April 2011

salah faham


Awak.. saya minta maaf
Mungkin saya yang salah faham.
Awakpun salah faham dengan apa yang saya nak pertahankan.
kita sebenarnya tersepit untuk pertahankan hak..

Saya buat entri tu sebenarnya masa hati tengah panas.
Saya minta maaf ye??
moga bila kita dah sama-sama buat pengakuan ni..
hubungan kita akan kembali macam dulu..

kita kawankan?? =)
InsyaAllah, saya cuba yang terbaik untuk skuad kita ni.
saya akan jadi lebih kuat dari yang lain..
sbb sy tahu semua berharap pd saya.
Doakn saya.. 

"muka buku"

First!! ini blog aku. so, suka hati akula aku nak tulis apapun..

Wah!! garang gile intro an?? hehe
sebenarnya aku tengah bengang ngan sorang minah yang perasan bagus nie!
Bercakap tentang kuasa walhal dia yang letak jawatan.
xsedar ke apa yang tulis tu sebenarnya kena dekat batang hidung dia sendiri??

Jangan hanya pandai bercakap tapi hakikat awak sendiri tu sebenarnya pengecut.
Jangan bercakap tentang kuasa, takhta dan raja kalau awak sendiripun tak dapat nak handlekan skuad.
maaf kalau saya ni terkasar bahasa atau buat awak terasa atau buat populariti awak menurun.
Tapi hakikatnya awak sebenarnya tak pandai nak bersyukur dengan apa yang dah awak dapat.


Sekarang, dia dah berjaya buat aku DOWN!! 
Tahniah! awak memang buat saya down. 

Tapi untuk pasukan saya tetap akan berjuang sebelum saya letak jawatan ni.
Sekurang-kurangnya saya bukanlah pengecut sangat macam awak.
Tinggalkan skuad terkontang-kanting..
Blah macam tu je.
* Papepun aku xsuka cari gaduh an sape-sape. 
tapi sape yg cari gaduh an aku...
Aku minta maaf kalau aku akan berkasar dgn ko nanti..

Menjadi yang terbaik.

Salahkah aku cuba untuk menjadi yang terbaik bagi cik-cik semua??
Aku tahu aku bukan skuad leader yang perfect!
tapi kalau dah tahu aku tak perfect kenapa masih lantik aku??

kadang-kadang aku terfikir juga nak letak je jawatan.
Tapi bila fikir-fikir balik..
Napalah aku ni lemah sangat??
Baru kena acah sikit aku dah melatah..
Lemahnya psikologi diri aku ni. 

Dulu aku xpun down sampai macam ni,
Akupun pernah jadi head prefect kat sekolah dulu..
Ok je..
Alhamdulillah, dpt the best headprefect dalam sekolah. 
tapi kenapa sekarang aku lemah sangat ni?

YaAllah. ko kuatkanlah hati ini..
ikhlaskanlah hati aku untuk menerima tentangan daripada orang lain.

aku yakin aku dipihak yang benar.

aku yakin apa yang cuba buat untuk kebaikkan semua.
Moga mereka semua tahu..

aku tak minta untuk di sanjung..
xminta juga untuk dipuji..
tapi cukup bila ada yang memahami..
dan...

 berterima kasih.. 

Wednesday, 20 April 2011

Sahabat lama!


Malam ni tetiba je aku rasa windu sangat kat sahabat-sahabat lama aku. 

Teringat zaman aku form 6 dulu. Windu sangat zaman tu.
Zaman "comel" aku dulu.

Dulu aku pernah buatQuote sal life aku masa kat form 6 kat sini
Bersama dengan mereka menimba ilmu untuk ke menara gading.
Alhamdulillah.. Walaupun bukan semua antara kami berjaya masuk U,
'Tapi sekurang-kurangnya kami berjaya dalam haluan hisup kami masing-masing..




Kini, kita semua sudah berpisah.
Membawa haluan dan mencorak masa depan sendiri.
Sahabat,
Aku sentiasa mendoakan moga satu hari kita semua akan bersatu kembali.

Ketawa
Menangis
Bersama!!

Kita pernah berjanji akan kekal besahabat.
Moga janji itu akan ditepati.. =)

Jom ambik tahu pe citer an kawan-kawan aku sekarang..

 Wani!! 
sekarang aku dengar dia bantu ayah dia urus peniagaannya.
dengarnya baru bertunang tapi aku tak pasti
papepun aku doakan yang terbaik untuk ko.. =)
Geng aku yang paling cool n Sporting.
Cik Salhah!!
Dia sekarang study kt UUM.
kalo xsilap dia budak MesCom.
diapun join SUKSIS gak kt UUM.
Geng aku yang sama minat an aku (POLIS)

Lin!!
alin sekarang keja kat spa di Damansara.
diapun dah berjaya dengan kehidupan dia sekarang.
kawan baik aku.
Geng aku yang paling sempoi.

Budin!!
satu-satunya lelaki dalam kelas kami.
=)
sayang gila aku kat dia.
Geng aku yang paling cool.
Sangat bertanggungjawab
aku dengar dia dalam rekrut TUDM sekarang.

Nieda!!
aktress class aku.
cun gila minah ni.. =)
Sekarang sambung study kt UITM pulau pinang
dalm bidang culinary.
Memang pandai memasak.
Geng kelas yang paling bijak.

Finas!!
Bakal guru perdagangan
sekarang study kat UPsI.
seorang kawan yg sangat penyabar dan baik.
Geng aku yang paling rajin!!


Nani!!
Xde gambow dia sowang2.. =(
orang yang aku sayang dlm kelas.
Manje sgt.
Tapi baik walaupun lurus bendul orangnya.
windu an keletah dia.
Geng kami yang selalu buat kami happy!


Last sekali.. Cik ida!!
a.k.a aku!! =)
alhamdulillah, skrg tgh sambg study kt UKM
Bakal guru Pendidikan Khas (InsyaAllah).

Inilah yang dulunya pernah menjadi seorang pelajar pra universiti di SMK PADANG BESAR (U).
Inilah yang dulunya bercita-cita tinggi.
Inilah dulunya pernah ketawa, menangis dan menghadapi segalanya bersama.
inilah dulunya sahabat sejati.

Kini kami sudah terpisah.
Terpisah dek masa dan cita-cita.
Mengejar masa depan masing-masing..

Kalian..
sahabatku..
aku begitu merindui senyuman kalian.
 sangat merindui bebelan kalian..
Walaupun kita semua dipisahkan kerana masa,
aku harap jika suatu hari kita berjumpa..
kita masih seperti dahulu.

Masih boleh ketawa dan gembira bersama.
Aku mendoakan yang terbaik untuk kalian.. 
Amin..

Kehidupan

Hidup ni susah kita nak duga.
Kadangkala kita rasa dekat dgn seseorang,tp sebenarnya jauh.
Walaupun kita dpt genggam tangan dia,belum tentu hati dia dapat kita selami.
mungkin Kita boleh buat dia ketawa,tapi kita tak tahu apa makna senyumannya
.Bila dia menangis, kita sangka kita dapat memujuknya..
 Walhal kehadiran kita langsung tak disenangi.
 Rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan dan lawan sehingga sampai satu saat
 kita jatuh tersungkur adakah tangan yang menghulur atau kita ditinggalkan.

Monday, 18 April 2011

how stupid!

korang xtau bersyukur langsung! aku dah susahka kepala otak mempertahankan skuad kita korang buat tak tahu je. Aku yang susah-susah ambik tahu tentang hak kowg, sedangkan kowang hanya pandang senyum sinis je dengan usaha aku.

Mulai hari ni, malam ni aku janji aku tak nak dah masuk campur hal duit kowang lagi. Lantaklah apa nak jadipun. Jadilah. aku malas nak susahkan diri. aku dah cuba jadi skuad leader yg terbaik tapi ini yang aku dapat. Baik aku fokus study.

Pada cik-cik skuad 3, dengan ini aku, NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD KS44553 pada malam ini mengumumkan aku nak letak jawatan sebagai skuad leader sebab jurulatih korang tu makan duit korang. Tapi korang cuma berani menyalak kat belakang.

Yang nampak salah semuanya aku sedangkan aku dah usaha untuk korang. Lantaklah.
Malas aku nak ambik tahu! go to hell!!!!

10 sebab perempuan tak respect lelaki

*Aku terjumpa artikel ni Fb. Tertarik sangat. jadi akupun nak sharelah dgn kowg suma..

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.
 
6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu

Sunday, 17 April 2011

silent blog readers = Me!

Assalamualaikum!! =) 
Windunya kat bukucatatanpink aku ni.
Nampaknya aku dah betul-betul dijangkiti virus pink!
Sehari xupdate blog rasa resah gila..

Hari ni Entry aku berkaitan dengan silent blog readers..
Sebenarnya, aku suka jadi silent blog readers ni. 
Baca status-status terkini blogger-blogger yg dah ada 
Berbelas-belas ribu follower ataupun yg xde follower langsung.
aku xkisah, sbb aku suka membaca.

Lagipun...
kalau nak dibandingkan dgn blog-blog yg famous yg lain mcm 



si jelita, hanis zalikha

pakwe cik epal ni, according to buck,

geng shawl yg awesome gila mcm

my sis senior aku yg rajin gila upate blog! 

senior suksis yg comel, dlm sentil itu indah

Blog member-member terdekat mcm ..
.................................................................................................................................................................
cik Ain dlm chessygirljustme
TKE baru izish, A for Arifah
si rama-rama comel, cikbutterfly
cik iena yg kiut punya page, iena.azriena
blog anak mak, Shapex muddy
sahabat lama & bakal guru =), Warna warni si pelangi

seorang Fello yg sangat sporting di IZISH,
abg iejan dlm warna-warni kehidupan

& semua bLog yang bertuah untuk dibaca!!=)

................................................................................................................................................................

* salah satu sebab kenapa aku tak nak comment post2 yg aku baca sbb:
~aku tahu xkan dibalas komen tu.
~blog akupun x famouspun utk dijengok
~siapalah aku.. hehe


*kesimpulanya, jadi pembaca dlm diam lagi BEST?!! =)


salam sayang : cik Pink kaler!! huhuhu..

Saturday, 16 April 2011

YaAllah.. Teruknya manusia.

Alhamdulillah.

Syukur aku masih dapat meneruskan coretan ku dalam bukucatatanpink ni. =)
Overdose plakkan aku happy ni. 


Apa yg aku nak tulis ni tentang isu makan duit pelajar. 

Aku sendiripun tak faham kenapalah masih ada org mcm tu dalam dunia ni. 
 Dia tak tahu HARAM makan duit duit orang lain!!

aku paling benci+meluat+menyampah dgn org macam tu. Apa dia ingat student UKM ni 
semuanya kaya-kaya ke??
 suka hati je nak makan duit budak. 
sikit-skit bolehla aku faham lagi, dah tedesak nak sara family ngan duit haram tu.

Masalahnya sekarang mcm mana dia nak org respek dia kalo dia sendiripun buat tahi dlm pasukan.
siyes!! sekrang tahap respek aku pada 2 hamba allah yg masih dok bt keje ni bawah tapak kaki aku.
aku dah takde rasa respek pd diaowh ni lagi.

Korang tu dah tua bangka
rumah dah kata pergi, kuburpun dah kata mari..
xreti-reti lagi ke nak bertaubat.
aku tahu, aku ni takdelah kuat sangat agama, aku tak jahil.
depan kami, berlagak bagus..
cakap macam dialah malaikat, tapi kat belakang kami, makan duit budax.

Cukuplah selama aku ikut je pe yg kowang cakap.
Mulai hari ni aku akan cuba pertahankan kumpulan kami.
IsyaAllah..

Allah sentiasa bersama-sama hambanya yang benar!
aku percaya tu..


Tanda kelopak mata bererak-gerak




Orang zaman dulu suka kaitkan sesuatu yg terjadi dgn alamat dan petanda.CSometimes, benda nipun jadi gak kat aku.
Tapi janganlah terlalu percaya. Mungkin hanya kebetulan sahaja. sekadar ingin berkongsi.. =)


Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…
Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata