Friday, 31 December 2010

kerinduan.. ='(




salam kerinduan untukmu SITI NABILAH BINTI ANUAR.
Maafkan aku tika kala ini air mataku menitis kerana terlalu merindui mu. Terlalu singkat masa aku mengenali dirimu. ila, napa kau pergi dulu?napa kau tinggalkan kami? kenapa illa? saat mula kita dah makin rapat, kau pergi dengan terlalu cepat. kesian ustazah! mesti dia lagi terpukulkan?? aku sayang ko illa. sayang sgt.aku xtahu mcm mne nak lepaskan kau pergi. aku xtahu. Yaallaah. sakitnya hati aku sekarang. baru aku terasa kehilangan ko. aku baru rasa. aku baru rasa ketakutan tu. illa, maafkan aku. maafkan kesalahan ku. aku janji, aku akan buat yang terbaik untuk kita semua. aku xkan lupakan kau sepanjang aku dalam suksis ni. moga kau bahagia kat sana illa. moga kau ditempatkan dgn org2 yg beriman ea syg.. aku tahu kau akan tenang disana. aku sayang ko illa.. aku sayang ko.. kau sahabat kau teman sejati.. ='(

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

1 comment: