=)


Monday, 1 April 2013

Gemuk & 'Berdua'

Mencapai bulan ke 4 tarikh perkahwinan kami.. Alhamdulillah semakin menyesuaikan diri sebagai suami isteri. Ramai yang menegur ttg berat badan aku sem ni makin berisi dan 'comel'. Apakah tanda-tanda ini menunjukkan sesuatu yang membawa makna tersendiri?? huhu.. Hanya Allah lebih mengetahui tanda-tanda itu.

Orang kata berdua lebih baik jadi mengambil kata-kata itu, kami telah decide utk ber'tiga' dalam keluarga yang akan membesar ni. Alhamdulillah walaupun banyak cabaran yang mendatang banyak juga hikmah yang datang disebalik cabaran tu.

Meniti hari untuk bergelar 'ibu' adalah sesuatu yg sangat membahagiakan. ianya umpama menunggu tarikh diijabkabulkan.tpi kebahagiaan itu lebih bermakna dari itu. Kegelisahan mula terasa akibat alahan dan macam mitos yang didengari. Tak boleh itu, tak boleh ini.. Penat melayan mitos-mitos itu tetapi seronok diberi perhatian.

Emosi sedikit terganggu apabila ada pula yg sibuk-sibuk mengatakan alahan ni cuma benda yg dibuat-buat. jgn ikutkan sgt fikiran nak muntah tu. Kalau lah saya cukup kuat utk menjerit dekat awak.. Apa kata kalau awak yang rasa mcm mana hidup dengan alahan mengandung ni. Lepas tu baru awak boleh datang pada saya dan bercakap ttg itu. Kalau diri tu belum cukup merasai apa itu alahan jangan pandai-pandai bercakap mcm - mcm dgn saya.Just shut up & get married then pregnant first.

apa dalam fikiran saya sekarang saya nak lari dari orang-orang yg hipokrit ini. Tolonglah. saya penat melayan awak. Penat mendengar bebelan awak yang kononnya perfect tapi sebenarnya awak sendiripn tak tahu bagaimana perasaan itu. cuma tahu memgomen itu, ini tapi orang lain yang bertungkus lumus menyiapkan apa yg awak sendiri tinggal. Yes! i know u are a good girl but please just go away from me. Please!

Dalam saat dan ketika ini masih ada sahabat yg sentiasa ada disisi untuk menjaga kami =) alhamdulillah. Ia dia sahabat saya dari tahun 1 sehinggalah sekarang. satu-satunya sahabat yg saya rasa sangat memahami saya. Seminggu menumpang dibiliknya dia tak pernah buat emosi saya terganggu. tak pernah! Layan je perangai saya yang tak boleh makan, asyik muntah, penat, asyik tidur, makan tak menentu, yg paling best kacau dia makan dan menghabiskan makanan saya. =) Tq awak..

Mungkin kita ada ramai kawan, tapi dalam ramai-ramai cuma seorg yg kita 'selesa'. =). seorang yang kita tahu akan susah dan senang bersama. saya tak kisah dgn org lain tapi tlg hormat privasi saya. bila itupun awak tak boleh hormat maksnya awak bukan sahabat yg baik utk saya. maaf!


Saturday, 9 March 2013

Wira Lahad Datu!



"Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya..."

Lahad Datu..
Tak pasti kenapa ianya sangat berkesan pada ku,
Mungkin sebab aku adalah salah seorang pencipta sejarah dan Malaysia!
Ramai yang sibuk bercerita itu & ini tentang lahad Datu. 
Yang paling menyakitkan hati bila ada sesetengah manusia yg mengaitkan dengan politik.

Bagi aku, GO TO HELL with the politic!!
Bagi aku org2 macm ni memang tak pernah kisah ttg Malaysia.
Bagi mereka, asalkan parti mereka menang apa nak jadi-jadilah.
Boleh tak utk isu ini kita jauhkan politik dalam masa ni. 

Tolonglah.. Fikirkan anak-anak yang kehilangan bapanya akibat terkorban dalam serangan pengganas di sana. kenapa masih ada yg ingin mempersoalkan kematian tu? Pada isteri yg kehilangan tempat bergantung dan berkasih sayang ada tak yang  memikirkan keadaan mereka?? 

Jangan hanya tahu meng'update' status menyalahkan pihak keselamatan (PDRM& tentera).
Serius aku memang jijik tgk status-status manusia yg seolah-olahnya tidak belajar sejarah!!
Tidak bersyukur dengan kehidupan yang ada sekarang.

Setiap kali ada berita ttg Lahad Datu, & diketika itu diselitkan babak Jenazah perwira bangsa dibawa kepada keluarga mereka, air mata ku tanpa dapat diseka mengalir dengan laju. entah kenapa diri ini mrmbayangkan kalaulah aku di tempat itu.

Mungkin keadaan itu sangat dekat sebabnya, aku seorang anak anggota polis, isteri kepada anggota polis dan adik ku seorang askar. Terlalu dekat mereka dengan ku dan aku sentiasa membayangkan kalaulah mereka yang terkorban, boleh ke aku redha dengan ketentuanNYA nanti??

YaAllah beratnya dugaan MU pada kami rakyat malaysia.
Azam aku semoga anak-anak masa hadapan akan lebih mengenal dan memahami sejarah..
InsyaAllah..



Monday, 14 January 2013

Moody? Sensitif? Betul ke?

Assalamualaikum.. Status Fb sebenarnya tidak membawa apa-apa perubahan pada diri aku. titik..

Wah..hot story betul. Tadi aku sepatutnya exam bahasa isyarat tapi disebab Dr Safani sibuk pastu kebetulan Ibu Dr Hanafi meninggal dunia hari ni (takziah utk Dr hanafi) pastu tak daptlah buat exam hari ni. ='( sedih. Tapi mungkin Allah dah mengaturkan yang terbaik utk aku. lagipun bila bangun tidur tadi mata aku bengkak teruk sebelah kanan. Memang tak boleh buka sangat. Masa tggu Dr tadi aku pegik Pk U dengan Lisa. Alhamdulillah dah telan ubat antibiotik mata dah makin ok sikit.


Dapat banyak ubat plak tu. Penat nak menelan kesemuanya. Waktu singgah beli nasi kat DTAMS tadi lisa ada tanya aku sesuatu. katanya ramai yg menegur aku SENSITIF sejak kawen ni.. APAKAH?????? setahu aku, aku ok je. takde apa je yg membuatkan aku SENSITIF dalam masa terdekat ni.

Pastu aku tanya la balik siapa je yang tanya (ramai) tu membuat aku pelik.. Pastu melly cakap ana, aya, pika, ain, pastu aku pelik mana je diaorg nampak aku Ni SENSITIF? setahu aku, takde  apa-apa yg pelik ttg aku. mungkin aku tak perasan tapi orang lain perasan Maybe.. Tapi.. (byk betul tapi) hahaha

tiba-tiba aku tertanya-tanya adakah aku memang nampak SENSITIF kebelakangan ni?? Betul ke ea??? stress tiba-tiba.. Pastu aku tanyalah kenapa pulak diaorg cakap macam tu.. Sebabnya.... STATUS FB AKU. Apakah?? staus Fbpun ada kena mengena ea? balik je terus aku tanya makcik fefa! adakah aku sensitif sebulan ni? dia cakap aku ok je., Pelik -Pelik.. Tak tahu macm mana nak describe perasaan pelik aku ni. Terus je update blog! nak cerita punya pasal.. hahaha

Kepada mereka-mereka yg sgt care pasal aku thank You syg-syg ku.. i love all of u and i really do!! ada jugak yg care sal aku.. alhamdulillah bersyukur dengan apa yang kau tunjukkan pada ku.. Semoga persahabatan ini kekal dan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Menjadi seorang sahabat bukannya hanya untuk persinggahan tetapi untuk penginapan selamanya.. =)

Dan untuk menjernihkan keadaan dan membetulkan statement yang SENSITIF dan MOODY tu, aku just nak bagitahu aku ok! thanks sgt tc sal aku.. InsyaAllah kalau ada pape yang aku tak ok of course i will let u know. =) i'm Promise..


Exam Terakhir Sem 1 thn 3


Berakhir Peperiksaan terakhir untuk sem ni walaupun masih berbaki 2 exam iaitu bahasa Isyarat. alhamdulillah walaupun usaha menembak paper last sememangnya tidak diyakini. =') sedih!
Itulah muka aku bila masih adalagi subjek yg perlu diulang kaji WALAUPUN dah takde dlm slip EXAm.. hehe..

Actually, ada kesedihan disebalik kemerdekaan aku habis exam ni. Sepatutnya aku ambil tiket balik rumah malam ni atau 15/1/13 malam tapi disebabkan kena repeat bahasa isyarat aku terpaksalah balik 17/1/2013.. bagi aku okeh je balik bila-bila cuma yg buat bersalah sgt bila incik suami yg dah terlebih excited dengar aku nak balik tiba-tiba sedih sebab aku terpaksa ambil tiket lewat.. sian dia... =( sorry syg..

Tapi ianya beri aku banyak masa untuk berkemas teman BFF aku last paper 16/1 dan buat persiapan nak balik umah yg paling penting buat chek list perkara yg akan kami buat berdua sewaktu dirumah nanti!! love it..

Sunday, 13 January 2013

Long Dress with sneekers! Cool..



Boleh tak korang bayangkan untuk pakai Long dress dgn Sneekers??? Cool kan!!
Serius bagi aku mmg cool..
Dan itulah yg mungkin aku akan pakai untk pegik exam esok..

My roomate selalu cakap tak nampak ladies la pakai mcm tu tapi bgi aku memang cool.. tak tahu mcm mne nak express felling tu.. bagi aku tulah diri aku sebenarnya & itulah diri aku yang mengikat aku dan suami aku sebenarnya.. (tak ramai yg tahu hal ni sebenarnya).

Dah lama rasanya aku tinggal dunia sneekers aku. dah hampir 3 tahun. Last pakai waktu temuduga nak jadi cg dan selepas kena tegur terus aku abaikan kegemaran aku ni. Ramai yg cakap aku lebih kepada ladiest bila dah kawen tapi bagi aku its back to normal. aku dah mula rindu nak pakai sneekrs balik dan apa yang best nya... aku BELI sneekers BARU!!! omg! Selepas 3 tahun..


Aku pernah buat entri ttg pakaian tidak menunjukkan siapa orang tu sebenarnya. banyak fitback yg aku dapat. ada yang bersetuju & ada yang tidak. Aku respek komen-komen individu sebab masing-masing ada pendapat merekakan dan dalam pendidikan tiada pendapat yg diberikan oleh pelajar salah kerana mereka seharusnya diberi peluang untuk menyatakan pendirian mereka. =)

apapun reaksi yg bakal diberi aku cuma boleh senyum. Aku bangga dengan apa yg aku pakai asalkan ianya menutup aurat sepenuhnya.. Ameen.. =)

Friday, 11 January 2013

Final Exam Sem 5 thn 3


Assalamualaikum...
Mungkin belum terlambat untuk aku cerita tentang kisah hidup aku yg tengah Final Exam sekarang walaupun sebenarnya dah masuk 4 paper dah exam. Alhamdulillah hari ni exam aku yang ke4. =)
Everything goes well,.

Rasanya Sem ni aku tak rasa terlalu terbeban dengan exam. Bersyukur sangat rasanya. Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami. Tinggal hari isnin ni 14/01/13 tarikh last aku exam. Semoga semuanya baik-baik je.. 

Seperti sem-sem lepas aku masih study kat bilik fefa kat Ibu Zain. Lebih selesa sebenarnya kat sini. Entahlah mungkin dah terbiasa dengan kehidupan kat sini sampai aku lupa pada KKM... hehe sepatutnya la kot. Yang penting kat sini aku boleh lepak tgk tb & Study.

Papepun aku sentiasa berdio agar allah sentiasa mempermudahkan Urusan aku dan Suamiku di sana.. AMeen..

Thursday, 3 January 2013

Webcam Toy - Permainan dikala bosan!

Assalamualaikum. Hari ni aku nak citer ttg permainan yg diperkenalkan oleh Lisa kat aku beberapa hari yg lepas! Aku memang suka main 'game' ni kalo aku stress.. huhu.. best..
Apakah gamenya?? jom godek-godek kat bawah ni..

Permainan ni lisa cakap ada dlm goggle chrome. cuba cari kat web store. Banyak aplication, game ngan macam-macam lagi la kat situ. Ini bila dah add dia kuar le kat chroom kita.
Macam kat bawah ni..
Webcam Toy yang gambar camera warna Putih purple tu.

Pastu dia akan kuar mcm kat bawah tu. apa yg bestnya, gambar yang kita ambik takkan dikeluarkan secara on9 tanpa permision kita! mmg superb la. ikut je arahan yang dibagi pastu dah boleh main. 


Nanti dia akan minta kebenaran kita untuk guna Camera laptop yg sudah sedia ada.


  Ikut je arahan nanti akan keluarlah macam kat bawah ni.
tada... gambar akukan?? hehe.. ada 70 effect yg best dlm game ni. ini antata 2 yang adala..
.

bila dah amik gambar jgn lupa save sbb dia takkan tersave automatik.  bila dah save nanti boleh cari balik kat file download atau file yg akan dinyata. kalau IDM biasanya file downloadla..


So bila dah save akan keluarlah gambar-gamabar seperti dibawah.. ini antara gambar yg aku snap sewaktu kebosanan menggunakan effect yg sudah disediakn!! memang best bagi org yg suka gambar mcm aku.. huhu..






actually gambar ini adalah berkaitan kerinduan aku shawl! lama rasanya tak membelit shawl pada muka ni. Asyik2 dgn tudung sarung! (tudung malas sebenarnya) bukan tak pakai tudung biasa tapi jarangla. malas nak pakai inner neck..

Disebabkan kerana game ni, aku diamuk oleh lisa..  hahaha.. saje je an..