Assalamualaikum..
Alhamdulilah ada masa lebihh untuk bercerita.
dah baca citer aku bersalin belum?? detik-detik-menjadi-seorang-ibu.
sumpah panjang! hahaha..rasa macam mengarang karangan pulak. takpe. itulah kenangan yang boleh aku simpan.
nak sambung cerita tentang pengalaman aku bersalinkan MUHAMMAD AMIER AMSYAR. aku dah penah mention tentang jahitan aku terbuka waktu lepas bersalinkan?
al-kisahnya, lepasje aku bersalin, aku dipindahkan ke wad. lama jugaklah. dan disebabkan katil penuh dalam wad bersalin tu, aku dapatlah katil tambahan dimana tinggi katil tu separas pinggang aku dan aku terpaksa panjat atas satu kerusi utk naik atas katil. dan kerana itulah jahitan aku terbuka!! macam nak maki je nurse tu. dia yang paksa aku panjat katil tu.
Mula-mula tu aku memang tak tahu jahitan tu terbuka sebab waktu cek Dr cakap semuanya ok dan petang tu jugak aku boleh balik rumah. tapi yang peliknya aku tak boleh duduk dengan 2 2 punggung aku. kena bertongkat dengan tangan sebab sakit, lepas tu. bila berjalanpun sakit sangat rasanya. Aku dgn mak assume mungkin baru lepas bersalin so sakitlah sikit. tpi peliknya bila masuk hari kedua aku makin sakit. Disebabkan kerana tu aku dijahit kali ke 2. Tuhan je tahu perasaan aku waktu tu.
Waktu tu aku kat rumah mak mertua aku dan ada nurse yang datang rumah utk cek ibu dan anak. so aku mengadulah dengan dia dekat tmpat jahitan aku tu sakit.so, diapun cek. Pastu selamba je dia cakap jahitan tu macam terbukak sikit. dan reaksi aku waktu tu macam..
then, dia terus suruh aku gi klinik chiku, Gua Musang untuk cek. Berdebar jugaklah. kebetulan waktu tu Amsyar kena cek kuning. so akupun pergilah cek dengan amsyar. Nasib baik waktu tuh ma (mak mertua) ikut sama. dia yang pengangkan amsyar dan settlekan amsyar. Aku memang dah bersedia mental dan fizikal untuk di cek sebb sakit sangat waktu tu. ditambah kalau nak berjalan nak bangun duduk. memang seksa.
Bila je nurse tu cek, selamba je dia gtau ku.
Nurse : jahitan adik terbukak sikit ni. tak. kita jahit balik ea.
Me : Jahit balik?? banyak ke terbukak? (dgn muka nervous)
Nurse : sikit je terbukak. tahan sikit ea. sikit je sakit.
Me : ok.
Dalam hati waktu tu macam-macam yang aku fikir, dah la waktu kipas rosak. berpeluh-peluh aku kat atas katil tu. nurse tupun tinggalkan aku kat atas katil tu utk ambik barang2. masa tu dalam otak aku terpikir Amsyar je. sebab aku cek sama-sama dengan amsyar. so aku memang tak jumpa dia. lepas tu aku tengok nurse tu masuk sediakan barang2.
Nurse : ok. adik ready ea. sy nak bersihkan luka dan jahit balik luka tu.
me : Sakit tak? (muka takut)
Nurse : sakit sikit je. (senyum) kalau sakit adik gigit gigi ea.
Me: kena bius tak?
Nurse : kalau bius lambat baik dik. kita memang tak bius untuk jahit.
Terus aku masukkan tudung yang aku pakai ke dalam mulut. sebab aku baca blog orang kena jahit memang sakit daripada bersalin. waktu aku bersalin tu tak terasa sebab terlalu penat bersalin.sekrang ni bakal dijahit hidup-hidup. YaAllah. dalam hati macam-macam surah aku baca.rasanya macam nak bersalin lagi sekali.
Nurse : kalau sakit adik gigit gigi ea. jangan menjerit.kita mula ea.
Me : tak boleh cakap apa-apa. tengah berdebar sangat waktu tu. tapi dalam otak cuma pikir amsyar je.
elok je dia bersihkan luka. aku mula rasa benang jahitan yang lepas bersalin tu ditarik-tarik. YaAllah sakitnya waktu tu.tak pasti berapa lama tapi aku masih boleh bertahan. sejam lepas tu rasanyaa aku tanya nurse tu sebab dia siap-siap kemas meja bedah tu.
Me: dah siap ke nurse?
Nurse : eh belum jahitpun. tadi tu saaya terpaksa bukak balik benang yang dah dijahit sebb nak buat jahitan yang baru.
Me : YaAllah. (itu je yg blh aku lafazkan?
so yang sakit sangat tadi tu belum dijahit?? lepas tu aku tgk nurse tu datang balik dengan alatan utk menjahit. (bukn seperti yg anda bygkan) cuma ada satu bungkusan kecik dia bawa. aku sempat tengok di pasang benang pada jarum jahitan tu. jarum dia bentuk mcm kail ikan pastu benang dia nampak mcm tali tasi.
Nurse : saya jahit sikit ea. jgn takut. sikit je sakit. tahan sikit ea dik .
waktu aku nak senyumpun tak boleh, badan masih menahan sakit bila benang tu kena gunting ni pulak nk mengadap sakit yg baru. dalam otak waktu mmg blank. aku cuma pk cepatlh masa berlalu. mulut aku tak henti-henti baca surah yang terlintas dihati. bila jarum tu masuk dalam kulit aku, aku boleh bayang macam mana keadaan dia. macam kita tengah jahit baju tuh.itulah dalam kepala otak. YaAllah sakitnya lebih daripada tadi. aku gigit tudung sekuat yang boleh. menggigil badan aku tahan sakit.
YaAllah bayangkan berpuluh kali jarum tu keluar masuk dari kulit ko?? SUMPAH sakit! takde niat nak menakutkaan tapi memang tersangatlah sakit. terlalu sakit sampai badan aku menggeletar. hampir 3 jam jugak lah proses jahit menjahit tu. benda yang aku taklupa bila nurse tengok aku dah tak boleh than sakit tu, dia cakap
Nurse: sikit je lagi nak siap. tahan sikit ea.
waktu tu reaksi muka cuma boleh menahan sakit je.tak dpt nak bagi apa-apa reaksi lain. kesakitan tu melebihi segalanya. aku pujuk diri aku. sikit je lagi. sikit je lagi. tapi rupanya sikit adalah lagi 20 jahitan. mungkin dia nak aku psiko diri aku sendiri supaya bertahan. badan aku menggigil sampai dia terpaksa pegang peha aku utk tenangkn aku. teramat sakit.
siap je jahitan tu aku disuruh bangun kalau dah ok. dalam hati aku ckp gila nk suruh bangun?? badan aku menggigilpn tak abis lgi.nikn pula nk soh aku bangun. lama jugaklah aku ambil masa nk tenangkn tubuh aku. rasanya peluh aku waktu tu mmg boleh perah baju lah.
tengah-tengah aku cool down balik badan aku, suami aku masuk. selamba je dia tanya aku.
Husband : sakit ke??
macam nak lempang je dia waktu tu. Terus air mata aku mengalir tanpa henti. bayangkan aku tahan sakit sampai air matapun tak keluar sebb terlalu sakit. bila tengok aku nangis husband aku terus pegang tangan aku. dia diam je.mungkin rasa bersalah agaknya. lama jugaklah aku air mata aku kuar. terus aku tanyakan amsyar.
Me : amsyar mana? dia nangis tak? dah minum susu belum? kuning dia mcm mne?
Husband : Amsyar ada dgn ma. syg rehat je dulu. kalau dah ready bangun then kita gi kat keta. abe tunggu luar.
memandangkan kat dalam bilik tu ada lagi pesakit wanita yg lain (dgn mcm2 kes) so terpaksalah dia dengan aku sekejep je. bila Dr dah cek & benarkan aku balik terus je aku ke kereta. sepanjang perjalanan balik aku tahan je sakit. husband aku bawa keta tersangatlah perlahan. risau takut aku sakit. masa tu aku tak tengok amsyar pun. sebab dia ada dgn mak mertua aku kat belakang. aku cuma pikir nak balik tidur. nak rehat.
Sampai je kat rumah suami aku terus pimpin aku masuk bilik then bagi makan nasi dan ubat lepas tu surh aku tidur. amsyar biar dia yang tengokkan. sampai je kat bilik aku terus telifon mak.nangis-nangis aku cerita aku kena jahit lagi sekali dan aku dengar suara mak aku sebak. dia suruh aku tidur. rehat. aku pesan kat husband bila aku bangun aku nak menyusukan amsyar sebab buat masa sekarng dia ma bagi susu botol sebab nak suruh aku rehat. husband aku cium pipi aku dan aku memang tidur betul2..
kalau tak silap aku start tidur pkl 5 ptg & pkl 9 mlm baru aku bangun tupun sebab terdengar amsyar nangis. & benda pertama yg aku pikir adalah budak cenonit tu.
Me : mana Amsyar??
Husband :ada kt luar nak minum susu.
Me: ambik dia mi nak susu kan dia.
Bila dpt je amsyar aku terus peluk cium dia n minta maaf sebb tinggalkn dia lama. dia mcm fahm je. diam & isap susu. baik je. bila aku peluk amsyar waktu nak dodoikan tidur terasa berbaloi sakit utk dptkan anak yg comel mcm dia. YAAllah indahnya perasaan menjadi seorang ibu.
Ida ke..kita baca tengok nama baby ni macam kenal je..tapi duduk kelantan..kuat nya ida tahan sakit..Jahit takde bius pulak
ReplyDeleteNak menangis baca pngalaman sis...pengorbanan seorang ibu😢
ReplyDeleteSaya kena jahit juga episiotomi..tp alhamdulilah jahitan elok tapi ade melecet jgk dkt tepi jahitan tu..ingt benang terbuka smpai menangis tkut sgt rupanya melecet je (itupun sakit ape lg jahit semula 😢)