Tuesday 31 May 2011

Post terakhir dalam Minggu ni

Mungkin ni post terakhir aku dlam minggu ni.
ada orang kesah tak??

Aku tengah menunggu jam menunjukkan time pukul 4 pagi supaya cepatlah perjalanan kami balek ke negeri cik siti Wan kembang!!

apakah yang aku mengarut ni??

Sebenarnya kejap lagi aku akan bertolak balik kelantan.
Mungkin untuk 3 4 hari aku akan biarkan cik lelabah bersawang dalam blog ni sekejap.
takut tak sempat nak update blog bila kat sana.

Tapi leps ni aku nak update kaw-kaw tentang trip aku ke kelantan ea..

bubye readers..
berjumpa di next Entry yea..

Datin Vogue!


AMARAN!! 
Tajuk Entry tidak ada kena mengena dengan gambar-gambar dibawah.

Sebenarnya, aku nak kongso ngan korang gambar-gambar aku waktu pgik Dinner Perpisahan kat UPP Padang besar hari tu.

Simple gilakan??

Sebenarnya aku nak pakai baju lain.
Tapi bila menggali almari bilik aku ni terjumpa blouse labuh ni,
kalau tak silap aku cuma sempat pakai sekali je.
PAstu dah tak pakai dah..


terperasan jap badan aku dah makin naik!!
oh tidak. 
inilah akibatnya bila cuti terlalu lama dan tak kuar jogging.
aku semakin menggemukkan badan dirumah.


Pipi montok!!
tak yah cucuk botok.
memang gebu dah (sebenarnya Gemok)!!



memaksa diri untuk tersenyum sebab terkejut tengok pipi yang sangat gemok!!
oh tidak..
dah mula kena Diet ni..

Rempit-saya adalah pemandu berhemah


Perlu ke aku buat tajuk macam tu?? 
=)
perlulah!!
aku nak meconteng tentang dunia motorskal dan aku.

walaupun aku dah ada lesen kereta tapi aku tetap pilih motor.
nak tahu x nape??

sebabnya kalo naik motor ni senang nak parking
& menyelit.
Pastu kompom ko takkan melebihi had laju di lebuh raya.
Relaks je. 
takyah nak kecohh-kecoh tukar gear kat tangan,
tekan pakai kaki je!!



memandangkan aku duduk di tempat paling utara dalam peta Malaysia..
so, untuk ulang alik ke bandar terpaksalah aku naik motor a.k.a merempit,
Jauh do nak kuar bandar,
sejam!! 
kau sangup??

Kalau naik keta ongkasnya tinggi,
kalau aku merempit Rm 5 dah cukup aku pegik balik,
cepat lak tu sampai,
tak tersangkut dalam jem.


Tapi yang paling Best tentanf rempit ni..
kau akan berhujan berpanas dengan motor ko.
so kasih sayang ko ngan motor ko makin mningkat!
alkisahnya..

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

banner mid-year GA

Wow! mid-Year Giveaway by Nisa Menaip ni buat aku teruja. 
Ni Contest pertama yang aku join sebagai Blogger.
Hadiahnya memang terbaiklah.


Hadiah yang Terbaik itu telah disponsor oleh (;

cik Hlovate & cik sueyaya
tak nak join ke??

school day out with Salhah.



Hari kembali mengenang zaman muda-muda dulu!
Ni kali pertama aku kembali ke sekolah selepas hampir setahun aku sambung study kat UKM.
Windu sangat dengan Enviroment budak-budak sekolah ni.
Zaman bergelar pelajar dulu memang seronok.
terlalu banyak kenangan yang sukar aku nak lupakan,

Disini aku mula cipta kenangan aku sebagai seorang ketua pelajar.
Pelajar tingkatan 6.
Join Kadet Polis.
Masuk pertandingan Pidato Bahasa Inggeris.
Masuk pertandingan kawad & Kawad Farmasi.
Join Kawalan kehormatan.
setipa kali ada majlis wajib muka aku jadi Pengacara Majlis!

Macam-macam kenangan yang aku cipta dan tercipta di sekolah ni!
dah lama sangat tak masuk sekolah.


Cantikkan view sekolah aku ni?
Boleh dikatakan sekolah aku sekolah berbukit yang cantik!
Memang tenanglah kalau study kat sini.
Jauh dari kesibukkan dan udaranya sangat segar.
Terbaik dari Padang Besar.
=)


Motor+Baju Kurung=Redah je!


Happy Teachers Day Cakes.
Kebetulan waktu aku pegik jengok-jengok sekolah..
waktu tu tengah celebrate teachers day.
Teringat kenangan waktu kami sama-sama aturkan majlis ni dulu,.
susah payah kami menghidupkan suasana tingkatan 6 disekolah tu.
(:



Tinggal jejak!
titi peluh mengecat bangunan sekolah bersama kawan-kawan.
sekurang-kurangnya..
ada juga khazanah yang aku dan member-member tinggalkan untuk sekolah.


Jujurnya!
aku memang suka berbaju kurung.
Tetiba plak niat nak pakai baju kurung jek sem depan,


with her!
salhah.





*Kenangan yang dicipta menggamit seribu memori yang boleh dikenang..

Monday 30 May 2011

10th Entry - Whats on my Mind!

Sumpah!!
aku takkan Gunting Rambut lagi kat kedai Cina tu.
Sakit hati..

Bengang Gila aku.
Rambut aku yang elok-elok paras pinggang dah jadi paras bahu!
macam nak menyumpah-nyumpah je aku rasa!!
Geram tau tak.

Bukanla nak cakap Rambut aku ni cantik!
Masalahnya sayang gila aku ngan rambut aku tu!!
dah panjang kot
Tetiba dalam .3 minit ah pendek!
nak simpannya bertahun-tahun.

Lebih kurangla rambur aku sekarang..


Ni perumpamaan rambut yang dulu..

Jauh gila bezanya an???
Stress!!

New Baby - Rina&Fana


Tahniah.. 
kepada diri sendiri kerana dah bergelar ibu!
Wah.
comel status tu,..

Aku sebenarnya dah jadi Ibu pada 2 orang baby girl yang comel ni.
Tapi boleh ke jadi ibu sbelum kawen??
Boleh!!
Tahu tak macam mana??

Soh member korang Kawen cepat-cepat!
Pastu soh dapat Baby cepat2!!
korang akan terAutomatik jadi ibu..
Cun tak cadangan aku nih??
hehe

Seronok tengok member-member yg dah jadi ibu ni.
Tertanya-tanya gak aku..
agak-agak anak-anak aku mesti lagi comel x??
huhuhu..
terperasaan sekejap!

Yang sebelah aku tu ibunya.
Farizoh. 
Dia member aku kat SMKPBU kawen paling awal.
Lepas je SPM dia terus kawen.
Alhamdulillah..

dah dapat 2 baby girl y sgt comel+kiut miut!!
Yang pakai baju hijau hitam tu nama Farina..
Yang pakai baju pink tu Farzana..
anak-anak aku paling aku sayang sekarang.. 


Sunday 29 May 2011

Selamat Pengantin Baru - Farizal & Mastka


Selamat Pengantin Baru aku ucapkan pada sahabat ku yang selamat diijabkabul dengan Gadis pilihannya.

Petang tadi, aku ngan member aku salhah pegik Bekwoh kawan aku kat Felda Rimba Mas.
Alhamdulillah. Seorang lagi Kawan aku dah berjaya menjadi seorang suami sudah tecapai.
Wah!! Tercapai tu. =)

Aku kenal ngan Pakcan dah lama. 
Sejak form 5 lagi.
Tak sangka dia dah jadi suami orang sekarang..
seronok bila tengok dia kata atas pelamin.
Terasa macam dah tua pulak bila tengok member-member dah kawen.

aku bila lagi ea??
Teringin ni.. 
Bila tengok member-member bahagia akupun tumpang kegembiraan.

Moga Allah panjangkan jodoh Kalian hingga akhir hayat.
Cepat-cepat dapat baby ea..
Tak sabar nak dapat anak buah lagi..
=)

Jom Usha gambar perkahwinan mereka.


Nak upload gambar bebanyak.
Tapi Line xbestla! 
Siyes. 
LembaP gila..
Berjam-jam nak di upload..
so, aku upload yg ni dulu.
nti line dah laju sikit aku upload bebyk ea.. =)




Selamat dijabkabul

Alhamdulillah. 
seorang lagi sahabat aku dah menamatkan zaman Bujangnya.

persoalannya..
Bila pulak aku nak menamatkan zaman "Bujang" aku ni??
Tunggu!! hehehe

Seronok tengok member-member dah kawen ni. 
Terasa tua pulak diri ni. 
Tapi belum Andartula..
Masih Vogue lagi!
Perasaan atau Perasan??
=)

Saturday 28 May 2011

Love make me sick


Love make me cry,
love make me die
love make me blind
i hate to fall in love
i hate to said i love you
ihate to say how much i love you
i hate you because you broke my heart
i hate myself because i love you
i hate myself because cannot forget you
i hate to see you
i hate how much i miss you
i hate everythings about you
i hate it very much
but the most thing i hate bout you is..
i cannot HATE you!!!


Doaku untuk sang Kekasih

YaAllah..
Aku tidak mahu hanyut di dalam api cinta,
yang menjeratkan ku ke neraka,
aku tidak mahu hidup dalam bara cinta
yang menyesatkan hatiku..

Hanya kepada-Mu aku memohon
permudahkanlah jodohku,
agar cinta yang terjalin antara aku dan dia
terukir di atas sebuah ikatan yang halal..

Jika dia ialah jodohku,
Maka Kau dekatkanlah kami, 
YAAllah..
namun..
Jika dia bukan tercipta untukku,
Kau jauhkanlah dia dari hati dan jiwaku..
aku reda..
sesungguhnya, Cinta kepada MU lebih agung dari segalanya..


Nurkilan Hati - Ayat-ayat Cinta.

28 Disember 2008


Cinta..
Ia datang membawa bahagia,
Ia Pergi mengundang nestapa,
Di mana harus ku cari cinta,
setulus Fahri,
Seteguh hatinya Aishah,
Sesetia dirinya Maria,
Sedalam Cintanya Nurul,
dan..
Senekad cintanya Noura.

*nurkilan ni aku tulis berinspirasikan novel Ayat-ayat cinta karya Habiburrahman dari Indonesia.

Friday 27 May 2011

Tahniah! akhirnya awak bakal bertunang.

Nothing to Displayed!
cuma itu yang mampu ku ungkap waktu ini.
Bila dapat tahu awak bakal bertunang Selepas raya.

Alhamdulillah..
Walaupun hati saya pernah terluka tapi awak bahagia saya akan turut tersenyum untuk kebahagiaan awak.
Tahniah sekali lagi.
tapi tak perlulah awak coll saya untuk beritahu semua tu.
cukup-cukuplah dengan apa yang pernah terjadi antara kita dulu.

sayapun dah lepaskan awak dengan gadis pilihan mak awak.
sayapun harap awak lepaskan saya untuk mencari arah hidup saya sendiri.
Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk kita.
Mungkin ada yang hikmah disebalik semua dugaan yang Allah berikan ni.
InsyaAllah..

Hari lahir Di Menara Tinjau Ladang Tebu Perlis.




Memecahkan Rekod.
Buat masa sekarang cuma kami Berdua yang pernah sambut BIRtDay kat situ!
Menara Tinjau Ladang Tebu, Perlis!!
Best sangat-sangat .
memandangkan aku ngan ashraf lahir pada bulan yang sama
jadi aku decide nak sambut same-same hari ni bersemperna ngan bufday dia sekali.


Kami Pernah janji nak sambut bufday bersama!
so, hari ni janji dah tertunai.
Selamat hari lahir boy & Girl.

To: aShraf 
selamat hari lahir.
Moga Panjang Umur 
dan murah rezeki abang ea..
Dah tua dh.
cepat-cepat kawen &
nurul doakan moga abang bahagia dengan yang ter"istimewa"
=)

From : Nurul

SAGMEN 50 BLOGLIST BLOGER BARU


Sebab Utama aku nok Join "SEGMEN 50 BLOGLIST BLOGER BARU" ni sebabnya aku nak "involve" dalam dunia blog ni dengan lebih Serius! 
Wah. sangat serius betul sebab aku ni kan. 
sebenarnya aku dah lama masuk dalam dunia blog ni.
cuma blog aku ni lebih kepada personal.
Disebabkan aku suka menulis, jadi kat sinilah aku mula menunjukkan bakat ku dalam "menulis"
bakat ke?? =)
berbalik pada kebaikkan join Segmen ni.
yang kompem member-member blog akan bertambahlah.
yang keduanya, aku boleh bertukar-tukar pendapat dengan member-member bloger.
Bertambah list sahabat-sahabat aku.
boleh lepak same-same blogger yang lain.
Mesti Best.

Mesti kowang pening entah pape yang aku mengarut nikan??
Sebenarnya aku ada terbaca satu blog ni..
dia mencari 50 blogger yang baru untuk join semen.
senang je caranya. nak tahu lebih lanjut klik kat bawah ni..

oleh itu aku nak promote kat member-member blogger yang lain seupaya join segmen ni..
jom join segmen ni:

jom-jomkita pakat-pakat join segmen ni..
=)

Finally! dpt Login blog balik

Alhamdulillah..
akhirnya selepas 4 hari stress gara-gara tak boleh LOG in blog sendirik..
aku dah boleh log in balik hari ni!!
Beginilah lebih kurang keadaanku sekarang. huhuhu


* aku dah jadi ketagih ngan blog ni.

Monday 23 May 2011

MElepak bersama mereka

Petang tadi aku lepak ngan salhah & Ashraf kat Arked..
kebetulan aku nak kuar carik Asam sekali..
Lain sangat aku tengok salhah..
makin kurus n Comel..

Tapi ada satu je yang tak berubah..
dia memang banyak cakap..
huhuhu.. 
penat mendengar "celoteh" dia..

Cik salhah..
aku kenal dia dah lama..
sejak mula-mula aku masuk SMKPBU lagi..
masa tu form 4 bulan 8.
aku dok kat tepi dia.
so, kami berkenalan dan jadi kawan BAIK..

Walaupun kadang-kadang sikap dia buat kita terasa
Tapi dia ni baik..
Comel dan Sweet!!



 nie la dia bestfriend aku.. 
salhah..

lepas lpak kat arked ashraf ajak aku pegi ladang tebu.
dah lma aku tak kat sana.
best posing amik gambar kat situ..

nielah ashraf aka buyut aku dulu..
sekarang?? 

 kami cuma berkawan..=)
Walaupun dia masih anggap aku lbh dari seorg kawan..
aku belum boleh nk terima semua tu..
tetiba sepadan pula bila aku an dia pakai baju kaler same!!
xdirancangpown..

tapi tu gambar masa kat Arked..
jom usha gambar aku masa kat ladang tebu!!








Sunday 22 May 2011

kek coklet lembap-kukus

Memadangkan adik-adik aku nak mkn Kek COklet..
so akupun masaklah kek coklet..
Motif aku buat entry ni???
nak citer kat koeang yang akupn tahu masak..
hehehehe..

ok! straight to the point..
 ini resipi KEK COKLET LEMBAP-KUKUS.

Bahan A

1 cawan..
susu duthlady full cream/chocolate/ susu cair


Gula


minyak Masak

Serbuk koko


susu pekat
 
Bahan B

4 biji telur


1 1/2 cawanTepung
+1 sudu teh soda Bikarbonat
+1 sudu teh baking powder

cara Membuatnya:
campurkan bahan A kedalam periuk.
Masak bahan A sehingga sebati.

masukkan tepung+soda bikarbonat+Baking Powder ke dalam adunan bahan A..
Kacau hingga sebati.

kukus sehingga masak.. (45 Minit)

siap untuk dihidang =)