Thursday 30 June 2011

Just the way u are incik DEbab

when i know you,
there's not a thing that i would change, 
cause your amazing 
just the way you are..

i just want you to know..
i'd never ask you to change.
if perfect is what you're searching for,
then just stay the same..

cause i love you just the way you are..
my incik debab.

Wednesday 29 June 2011

Sunyi.

ENtri ni berkaitan dengan incik Debab.
Betapa aku rindukan incik debab aku.
Dia sibuk, sibuk & sibuk!!
Tak Pernah ada masa untuk aku.
 

2 Minggu ni dia sibuk ngan masum.
Dia jadi manager utk team dia.
kekdang aku pelik juga ngan dia.
buka fb ada masa. 
Tapi mcj aku xde masa.



Kadang-kadang aku sentap gak an incik debab.
dia lebih pentingkan kawan-kawan & orang lain lebih daripada aku sendiri.
ENtahla..
aku tak tahu nak mention macam mana perasaan aku sekarang ni.

orang lainpun ada juga kerja tapi xla sibuk macam dia.
dia ni sibuk xbertempat.
Kekadang bila kita sayangkan orang sangat
orang tu takkan sayang kita macam kita sayang dia.
Tapi bila kita dah mula tawar hati..
ramai pula yang cakap sayang.

Monday 27 June 2011

Cabaran menjadi guru PraPraktikum.



Hari ni masuk minggu ke tiga aku praktikum kat SMKPBU.
semakin lama aku bergelar pendidik semakin aku sayang dengan profesion aku ni.
semakin aku sedih nak tinggalkan student pertama aku ni.

Cabaran pertama aku masa praktikum ni kena maniskan muka dan mulut untuk senyum dan bertegur sapa ngan cikgu-cikgu kat sekolah ni.
walaupun aku ni Ex-student sekolah ni tapi banyak perubahannya.
dulu aku cuma seorang pelajar.
kini aku dah bergelar seorang guru.
dahla masa mula-mula daftar pengetua buat tak tau je kat aku,
dia macam tak kisah langsung,
entahla.. pening kepala aku.
nasib baik ada cikgu ibrahim (penolong kanan 1)'
dia yang banyak tolong aku.

BAnyak bezanya.
Cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah yang sememangnya aku tahu iklimnya.
Jujurnya sekolah ni terlalu banyak kes disiplin sampai cikgu-cikgupun tak boleh nak bendung lagi.
Bagi aku mungjin sebab ada satu akta yang mengharamkan guru menyentuh pelajar.
tak adil langsung.
bukan sebab aku ni seorang guru.
tapi aku ni cuma manusia sama seperti mereka,

kedua,
aku kena menyesuaikan diri dengan pelajar khas.
ini merupakan pengalaman pertama masuk kelas pendidikan untuk praktikum.
Of course takut, gementar, berdebar.
aku tak pasti apa yang bakal aku hadapi dihari pertama persekolahan.

Alhamdulillah.
mereka semua menerima aku dengan baik.
walaupun ada segelintir pelajar dan guru yang pandang remeh kerjaya aku ni..
aku tak kisahpun.
yang penting aku ikhlas ngan kerja aku ni.

Cabaran ketiga aku..
nak kenalkan diri aku sebagai seorang guru.
bukan bekas pelajar.
dan nak create diri aku jadi guru bukan lagi pelajar.
memang susaah sangat.
memandangkan masih ada pelajar yang panggil kakak bukan cikgu.
tapi aku free je.
aku tak kisah apapun panggilan diaorang kat aku.
yang penting diaorang tak kurang ajar & still hormat aku. 
cukuplah.

cabaran keempat aku..
memandangkan aku berdepan dengan para pelajar pendidikan khas.
jadi aku terdedah untuk disentuh & dipegang oleh mereka.
berdasarkan apa yang aku belajar, 
pelajar-pelajar yang dalam kategori sindrom down sangat suka dipegang dan memegang.
masalahnya mereka juga cepat terangsang.
jadi macam mana aku nak handle semua benda tu.

Ada seorg pelajar dalam kels aku suka pegang & pelok aku.
=) nama glamornya awang.
mula-mula aku takut juga.
dia dah umur 17 kot.
tapi bila ingat lecture aku pesan aku biarkan je.
waktu aku belajar dulu lecture aku daa pesan aku kena sedia mental & fizikal untuk join kerjaya ni.
Alhamdulillah.
aku masih boleh handle lagi keadaan tu.

apa yang aku harap mereka akan merinduiku bilaa aku tiada nanti. 
=) insyaAllah. aku cuba menjadi guru yang terbaik untuk mereka.

Sunday 26 June 2011

aw aw aw - The Potter's

ada-ada saja tingkah laku wanita
yang menghiasi setiap hamparan dunia
jadi serba salah ku dibuat olehnya
ingin aku memiliknya
*courtesy of LirikLaguIndonesia.netjantungku berdetak saat ku dekat dengannyasemakin kencang dan semakin kencang lagibuatku mati berdiri dan tak ada kata lagiingin rasanya memiliki
aw aw aw aw aw aw
ku semakin gila dibuat olehnya
aw aw aw aw aw aw
ku semakin gila dan tak terkendali lagi
aw aw aw aw aw aw
ku semakin gila dan tak terkendali lagi

reff:
mana pernah aku tahu
bahwa kau juga mencintaiku
dan terbanglah bersamaku
lewati langit biru

mana pernah aku tahu
ternyata kau membalas cintaku
dan cobalah temaniku
habiskan waktumu

repeat reff [2x]
aw aw aw aw aw aw
ku semakin gila dibuat olehnya
aw aw aw aw aw aw
ku semakin gila dan tak terkendali lagi
aw aw aw aw aw aw
ku semakin gila dan tak terkendali lagi

repeat reff [3x]

OMG! I talk with him! ^_^

"senangnya dalam hati..
kalau beristeri 2..
seperti dunia ana yang punya"

Wah wah wah..
happy & gumbira nampaknya!!
huhuhu
selepas beberapa lama aku dapat cakap balik ngan Sir..

Aaarrrgggg!!
nak menjerit rasanya!!
memang dah lama aku admire dia kot.
cuma dulu aku ngan dia student ngan cikgu je.
sekarang aku ngan dia dah sama taraf.
sama-sama cikgu!!

ada jodoh ni..
huhuhu..'xdelah..
actually aku xdela mengharap sampai ke situ.
cian Incik Debab aku an..
aku cuma seronok je..

Sebenarnya dia yang buat aku betul-betul tertarik dengan English Language.
Seriusly! sebab dia aku boleh cakap bahasa Inggeris dengan mesra cepat dan betul!!
hehehe..
citer dia macam ni.....

dulu masa aku mula-mula masuk form 4 kat SMKPBU 
aku dibawa masuk kelas 4Arif.
sebab masa sekolah dulu (SMKPC2) aku budak kelas sains tulen.
so masa pertama kali aku masuk kelas tu masa dia.
Terus dia suruh aku perkenalkan diri..
kene speaking lak tu.

ketaq lutuit aku masa tu nak kena cakap omputih.
dengan tergagap-gagap aku akupun mula ber "speaking"
diapun banyak membantu aku dalam berspeaking ni.
so, sejak tu aku mulalah admire dia memandangkan dia belum kawen.

Gatal noh..
huhu..
sejak pada hari tu aku tak pernah dengar dia cakap melayupun.
sekalipun tak pernah.

ada sekali tu aku dengar dia cakapm melayu..
berdebar do.
bunyi macam mat salleh ckap melayu!
memang pelikm sangat,
sampai aku jumpa dia & cakap..

"sir, please don't speak malay with me. because it sound weird for me."

pastu sampai sekarang dia tak pernah cakap melayu ngan aku.. =)
walaupun hari ni kami setaraf..
tapi bagi aku dia tetap sir yang terbaik bagi aku..
Nama dia Sir Syed Zami.

Untuk Sir..
thanks for teach me how to be good in English.
you are my inspired. 



13th entry - sahabat?? siapa mereka dalam kehidupan kamu.


Sahabat??
definisi sahabat bagiku ialah..
orang yang paling rapat dengan kita dan selalu ada xkira susah atau senang.

21 tahun aku bernafas dibumi Allah ini..
aku dah jumpa bermacam-macam jenis manusia yang boleh dipanggilo sahabat.
Ada yang cuma ada waktu senang..
ada yang suka mengambil kesempatan..
dan ada yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaanpun.

Mereka adalah sahabat ku.
dari dulu hingga sekarang.














sahabat..
mereka merupakan sumber inspirasi aku..
tempat aku menumpang kasih
tempat aku meluahkan perasaan
tempat aku bergantung harap..
dikala aku jauh diperantauan..

bersama mereka aku membina sebuah impian
bersama mereka aku mencipta sejuta kenangan
dan bersama mereka aku tunaikan impian tu.

sahabat..
mungkin pertemuan kita hanya sementara..
namun engkau adalah yang terbaik dari semua sudut.
ku doakan kebahagiaan buat kalian.

terima kasih kerana hadir dalam hidup ku.


Saturday 25 June 2011

Sehari Bersama anak-anak yatim Jejawi.

Alhamdulillah..
Berakhir dah majlis dengan Anak-anak yatim di Jejawi tadi. 
Happy sangat-sangat dapat jadi mc balik!!
dah 3 tahun aku tinggal bidang pengacaraan ni.
Hari ni dapat lepas giant nak jadi mc.


sampai tertunduk-tunduk aku interview adik-adik tu an..
Memang best sangat dapat luangkan masa dengan mereka walaupun cuma sekejap.
Tak sampai setengah haripun.
Tapi aku puas hati.
aku dapat kenali mereka & hiburkan hati mereka walaupun hanya untuk sementara.

Xde apa yang membezakan kita ngan dia.
Maybe dari background family lain sikit tapi yang lain semuanya sama.
Tersentuh hati ni bila aku jumpa seorg budak lelaki.
Nama dia Fadli..
Baru darjah 3.
sama besar ngan adik. 

Pasif sangat. 
Pemalu plak tu.
aku terus terpikir adik aku kat umah.
Macam  manala perasaan dia kecik-kecik dah terpaksa berdikari.
Tentu susahkan.

Papepun hari ini akan jadi hari yang melakar sejarah tersendiri bagi aku,
Firstnya sebab aku pergi sebagai seorang guru & bukan pelajar.
Pengalaman pertama aku urus program di sekolah..
dan yang paling penting aku Have fun..

jom usha gambr aku kat sana.





Friday 24 June 2011

Reunion sahabat lama!

Bila tengok balik gambar ni terus aku teringat balik citer zaman-zaman belia remaja aku dulu.'
yang kat sebelah aku ni ..
BestFriend aku masa kecik-kecik dulu sampai sekarang,
Yang aku dukung tu..
Anak dia..
Comelkan??
secomel ibunya,,
=)

siapa sangka pertemuan semula kami selepas hampir 7 tahun lost contact..
akan bersama seorang baby kecil..
Yup!!
Sahabatku ini sudah menemui jodohnya..
Alhamdulillah..
sudahpun dikurniakan seorang bayi yang comel!!

aku??
Entah bila..
Belum sampai jodohku lagi..
=)

Dulu aku ngan alin selalu tanya..
Siapa antara kita akan kawen dulu..
Siapa yang akan dapat baby dulu..
kenangan tu terlalu manis untuk aku..

Kini,
Persoalan tu dah terjawab..
Akhirnya..
Faizatul Fazlin yang Kawen dulu dan buat aku jadi ummi..
hehe..

Kepada Faris Ammar..
ummi syg awak..
=)

 

Thursday 23 June 2011

Di Tembok Usang itu..

jika dulu..

Di tembok usang itu..
aku dan mereka menghabiskan masa bersama..
Meniti hari dan mengejar impian..

di Tembok usang itu..
aku menggamit memori tersendiri..
bersama-sama mereka yang bernama sahabat..

Di tembok usang itu..
ada cerita cinta yang ku bina disitu..
sebuah kisah cinta remaja..
dikala muda..

di tembok Usang itu..
aku dan mereka berjanji untuk sahabat selamanya..
menggenggam impian bersama..
menjejakkan kaki ke menara gading..
mencapai cita-cita dan cinta bersama..

Kini,
yang tinggal hanya kenangan indah di tembok usang itu..
kenangan yang mengingatkan aku pada mereka..

Wednesday 22 June 2011

12th Entry - Saya 10 tahun akan datang?

10 tahun akan datang..

saya dah comfom menjadi seorang...
GURU

bukan lgi cikgu Praktikel dah..

pastu.. sayapun dah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama ........


lelaki tu xpasti siapa namanya.. 
=)

dan aku sudah menjadi ibu kepada anak-anak yang comel..

=) Baby Boy & Girl

dan membina sebuah keluarga yang bahagia..
 InsyaAllah..

saya nak jadi wanita solehah

"Wanita solehah tidak memandang lelaki dan tidak dipandang oleh lelaki duniawi."

aku ada baca statement yang menarik hariku untuk menilai apa yang diperkatakan dan difikirkan.
Secara logiknya memang betul wanita solehah tidak akan memandang lelaki kerana mereka sangat menjaga pandangan mereka dan kebanyakkan lelaki duniawi tidak akan memandang mereka kerana mereka sangat tertutup.

Jujurnya aku teringin nak jadi begitu.
Saya nak jadi wanita solehah.
Yang tidak akan  memandang lelaki dan tidak akan dipandang oleh lelaki dunia.
Biar lelaki duniawi & akhirati yang memandangku.

semakin jauh aku meneruskan kehidupan ini 
semakin kuat naluri hati aku untuk berubah.
berubah untuk menjadi lebih baik..
lebih baik dari sekarang..
berubah ke arah kebaikkan..
Menjadi seorang wanita solehah..

dan menjadi yang TERBAIK.





Tuesday 21 June 2011

saya sayang mereka!



2 minggu besama mereka mencipta pelbagai pengalaman dan kenangan bagi aku.
kini tinggak lagi 2 minggu sebelum praktikum aku habis.
Mesti aku akan rindu dengan semua pelajar-pelajar aku kat sini.



mereka terlalu istimewa bagi ku.
terlalu istimewA BERbanding insan-insan yang ada disekelilingku.
Dengan mereka aku akan tersenyum walaupun aku sebenarnya bersedih.


cuma satu doaku..
moga dapat ku bertemu kembali dengan wajah-wajah ini..
bertemu dalam keadaan yang mengembirakan..
moga dapat melihat mereka dapat menguruskan diri mereka sendiri..
dapat menguruskan kehidupan mereka sendiri dengan penuh berjaya.


Mereka akan kekal dalam ingatan ku.
mereka akan lekat dalam hatiku..
sebagai pelajar pertamaku dalam profesionku sebagai seorang guru..
sebagai seorang pendidik..
mereka akan menjadi yang pertama tetapi bukan yang terakhir..
kerana aku masih mahu menaburkan bakti dan jasaku dalam pekerjaan ini..


kepada mereka semua :
cikgu sayangkan kamu semua.
Moga kalian akan berjaya dimasa hadapan...
moga kalian sentiasa mengingati kenagan kita disini..
InsyaAllah..
jika diberi peluang saya  ingin kembali mengajar disini..
menjadi guru disini..
bersama-sama kamu disini..

cikgu sayangkan kalian seadanya kalian..
kerana kalian terlalu istimewa..

salam sayang,
Cikgu Ieda..
UKM 2010/2011..
Bachelor of special Education..

Sunday 19 June 2011

Bukan Pinta ku.


aku tak pernah minta untuk dilahirkan sebegini.
aku juga tidak pernah minta jadi begini.
Ini sudah ketentuan bagiku..

Kau juga cuma manusia biasa!
sama sepertiku.
cuma yang berbeza sifat dan akal ku tidak sempurna sepertimu.


Namun aku juga punya satu hati seperti mu.
aku juga punya perasaan.
aku cuma mahu hidup seperti mu.

kenapa perlu kau menghinaku?
kenapa perlu kau menjauhiku?
kenapa perlu aku disisihkan??

Hanya kerna aku dilahirkan cacat!
Hanya kerna aku dilahirkan dengan banyak kekurangan?
Hanya aku dilahirkan tidak sempurna??

Mungkin aku tidak sesempurna kamu.
Namun aku adalah anak-anak syurga.
Aku bersyukur kerana masih dapat hidup
walaupun aku cuma mahu menumpang disudut dunia..

Izinkan aku menghabiskan sisa-sisa hidupku bersama kalian
aku juga mahu hidup normal seperti kalian..
ku harap kau mengerti..
Bukan ku pinta..


Namun ku punya hati

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini

Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

* mereka juga insan seperti kita.
cuma menumpang sementara di disudut dunia..
Menghabiskan masa untuk dihargai..

Saturday 18 June 2011

Perutusan cinta

kalau boleh ku suruh angin sampaikan rinduku padanya,
ingin ku nyatakan bahawa beratnya rinduku..

Kalau boleh ku kerah ombak laut membawa perutusan cintaku padamu,
Pasti ombak mengeluh kerana terlalu sarat perutusan cintaku ini..

Namun dengan perutusan cinta ini adakah dia bakal memahami?
Mungkin aku masih keliru dengan apa yang terjadi,
mungkin aku masih mentah untuk pergi jauh tentang cinta..

Namun ku harap aku akan semakin dewasa
semakin matang untuk memahami
semakin jauh untuk menilai..

MEnilai sesuatu yang bakal aku teruskan di masa depan..
jika sampai perutusan cintaku ini padamu..
aku harap incik debab akan mengerti..


Kesibukkan Incik Debab

Kesibukkan Incik Debab telah menyebabkan saya kerinduan!!
dah cukup sebulan kesibukkan incik debab.
sibuk dengan latihan untuk Masum.
Urus team lagi.

Yang jadi mangsa kerinduannya..
aku!!
Nak kacau dia sibuk..
Tak nak kacau..
aku pulak yang rindu,
Pe citer tu??


so jalan yang terbaik..
SABOW JELA..
Teruskan merasa rindu..
dan menunggu..

Bak kata Rossa..
Ku menunggu..
ku menunggu kau putus dengan 'masum'mu..
hehehe..

Selamat hari Bapa - Abah

Firstly!
Abah you are my Hero forever!

secondly..
along sayang abah setiap saat dan ketika.

Thirdly,.
Terima Kasih sebab jaga along dari dulu sampai sekarang..

aku sebenarnya tak pasti bape hari bulan hari bapa..
so, akupun buat jelah hari ni.
kenapa??
suka hati akulah..
sebab aku sayang abah aku hari-hati tau!
huhuhu..

Bila bercerita tentang abah ni..
dia terlalu istimewa!
kenapa??
ce citer..

Abah aku orang yang paling cool atau dunia ni.
Rileks je.
Abah aku ni jenis tak banyak mulut.
kekadang aku cuma cakap ngan dia sekali dalam seminggu.
kekadang sebulan sekali.
bukan kami gaduh.
tapi abah aku memang jenis yang senyap.

dulu masa aku kecik-kecik xdela macam tu.
tapi semakin dewasa ni makin abah aku pendiam ngan aku.
tapi aku tahu dia sayangkan aku.

  
to my abah, my hero, my savvier..
along sayang abah selamanya.
Selamat Hari Bapa.

Wednesday 15 June 2011

Kalaupun saya Cikgu budak cacat.. kenapa????

Kalaupun aku mengajar budak-budak Istimewa..
ada kena mengena dengan ko ke???

Angin benor bunyinya ye..
Macam mana aku tak hangin satu badan!!! 
salah ke aku jadi guru untuk anak-anak istimewa tu???

tak kiralah apapun yaang mereka cakap aku tetap nak gitau..
aku bangga aku jadi salah seorang Guru Pendidikan khas.



aku sayangkan mereka!! 
korang nak cakap apa??
lantaklah..
ada aku kisah!

Hari ke 4 sebagai Guru


Hari ni cuma 7 pelajar daripada 11 Orang hadir ke kelas.
Mana yang lain??
akupun tak pasti..

Dah mula terasa kebosanan sebab tak tau nak watpe.
Hari ni cuma kelas je.
Maybe petang nanti ada aktiviti lain.

Sebenarnya aku rasa bersalah sebab hilangkan kunci cikgu Nazri.
Aku betul-betul tak sengaja.
Hari tu dia bagi aku kunci untuk buka kelas.
Pastu aku letak kat atas meja kat tepi kelas.
sekarang cari tak jumpa.
Bersalah sangat-sangat.

Maaf ye cikgu.
YaAllah.
aku harap jumpa balik kunci Cikgu Nizar tu.
Hope sangat-sangat.
=(

Hari ni saya sangat kekuningan!!
love it.