Monday, 27 June 2011

Cabaran menjadi guru PraPraktikum.



Hari ni masuk minggu ke tiga aku praktikum kat SMKPBU.
semakin lama aku bergelar pendidik semakin aku sayang dengan profesion aku ni.
semakin aku sedih nak tinggalkan student pertama aku ni.

Cabaran pertama aku masa praktikum ni kena maniskan muka dan mulut untuk senyum dan bertegur sapa ngan cikgu-cikgu kat sekolah ni.
walaupun aku ni Ex-student sekolah ni tapi banyak perubahannya.
dulu aku cuma seorang pelajar.
kini aku dah bergelar seorang guru.
dahla masa mula-mula daftar pengetua buat tak tau je kat aku,
dia macam tak kisah langsung,
entahla.. pening kepala aku.
nasib baik ada cikgu ibrahim (penolong kanan 1)'
dia yang banyak tolong aku.

BAnyak bezanya.
Cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah yang sememangnya aku tahu iklimnya.
Jujurnya sekolah ni terlalu banyak kes disiplin sampai cikgu-cikgupun tak boleh nak bendung lagi.
Bagi aku mungjin sebab ada satu akta yang mengharamkan guru menyentuh pelajar.
tak adil langsung.
bukan sebab aku ni seorang guru.
tapi aku ni cuma manusia sama seperti mereka,

kedua,
aku kena menyesuaikan diri dengan pelajar khas.
ini merupakan pengalaman pertama masuk kelas pendidikan untuk praktikum.
Of course takut, gementar, berdebar.
aku tak pasti apa yang bakal aku hadapi dihari pertama persekolahan.

Alhamdulillah.
mereka semua menerima aku dengan baik.
walaupun ada segelintir pelajar dan guru yang pandang remeh kerjaya aku ni..
aku tak kisahpun.
yang penting aku ikhlas ngan kerja aku ni.

Cabaran ketiga aku..
nak kenalkan diri aku sebagai seorang guru.
bukan bekas pelajar.
dan nak create diri aku jadi guru bukan lagi pelajar.
memang susaah sangat.
memandangkan masih ada pelajar yang panggil kakak bukan cikgu.
tapi aku free je.
aku tak kisah apapun panggilan diaorang kat aku.
yang penting diaorang tak kurang ajar & still hormat aku. 
cukuplah.

cabaran keempat aku..
memandangkan aku berdepan dengan para pelajar pendidikan khas.
jadi aku terdedah untuk disentuh & dipegang oleh mereka.
berdasarkan apa yang aku belajar, 
pelajar-pelajar yang dalam kategori sindrom down sangat suka dipegang dan memegang.
masalahnya mereka juga cepat terangsang.
jadi macam mana aku nak handle semua benda tu.

Ada seorg pelajar dalam kels aku suka pegang & pelok aku.
=) nama glamornya awang.
mula-mula aku takut juga.
dia dah umur 17 kot.
tapi bila ingat lecture aku pesan aku biarkan je.
waktu aku belajar dulu lecture aku daa pesan aku kena sedia mental & fizikal untuk join kerjaya ni.
Alhamdulillah.
aku masih boleh handle lagi keadaan tu.

apa yang aku harap mereka akan merinduiku bilaa aku tiada nanti. 
=) insyaAllah. aku cuba menjadi guru yang terbaik untuk mereka.

2 comments:

  1. Thanks Haffiz.. =) sypun dh follow blog awak. selamat berkenalan.

    ReplyDelete