Friday 20 July 2012

Kerinduan di Awal Ramadhan

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan yang pertama untuk semua. Alhadulillah, Dengan Izin Allah dapat juga aku sampai untuk menunaikan kewajipan setiap HambaNya di bulan yang penuh barakah ni.

Hari sahur yang pertama kami sekeluarga. Semua ada kecuali Angah!
Kejauhan menyebabkan aku rindu. Rindu yang mengalirkan air jernih dari hati. Kalau aku dah rasa sebak dia takde an kitaorg, Parent aku apatah lagi.

Kebetulan Achik aku dapat cuti 3 hari hujung minggu. So, dapatlah kami semua adik beradik berkumpul untuk sahur dan berbuka hari ni. Sepatutnya angah aku dapat cuti bermalam. tapi disebabkab cuma 3 hari dia tak dapat balik! Serius sedih. entah macam manalah dia kat sana.

Semakin jauh jarak kami memisah semakin aku rindukan angah. aku cuma boleh berdoa semoga dia sihat dan kuat kat sama. i know how much he 'suffering' there!! YaAllah, Kuatkan angah aku untuk mencapai cita-cita kami.

Monday 9 July 2012

hanya aku Cinta Kau Seorang - HACKS

Untuk seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekejap..



Kau hadir tanpa ku sedari
Mengisi kekosongan hati..
kini kau pergi tinggalkanku
Lemas ku dalam sepi..

Hujan yang turun ke bumi
membawa rindu yang menggunung..
Kau biarkanku oh sendiri,
malam ku tanpa mimpi..

Mengapa tangan kau lepaskan
setelah hatiku kau tawan..
mengapa takdir memisahkan
hanya ku cinta kau seorang..

Mengapa tangan kau lepaskan
setelah hatiku kau tawan..
angin malam bawalah cintaku
menghapus rasa rindu..

Kau hadir tanpa ku sedari
Mengisi kekosongan hati..
kini kau pergi tinggalkanku
Lemas ku dalam sepi
Lemas ku dalam sepi...

Be at Home as 'surirumah'

Kebosanan mula terasa sejak aku balik ke rumah! Bosan sebab takde sebarang aktiviti yg berpaedah yg boleh dilakukan dirumah selain menjadi suri rumah sepenuh masa. Semua kerja kat dlm rumah ni aku buat kecuali memasak.. (tgh belajar) hehehe..

Rutin pagi yg sgt membosankan ialah bangun, basuh pinggan, sidai baju, sapu rumah, buka kedai.,then tgk tb sampai bosan. nak onlinepun tak tahu nak buat apa. Pastu bila dah bosan yg amat, aku mula menghabiskan sisa-sisa running man utk dilihat! Tinggal satu episod jew lagi. Pastu episod kebosanan melampau tanpa running man bermula.

Selain menjalankan rutin menghabiskan masa, rutin menggemukkan badan turut dijalankan! All in one package "Holiday at home". Semua package lengkap tanpa perlu mengeluarkan apa-apa bayaran sebab semuanya tersedia dirumah!! ada tak tempat-tempat yg boleh aku merewang kat perlis ni?? Serius aku bosan.



Kepada yang membaca entry ni, MAAF!! ini adalah entry ketika aku kebosanan. beginilah jadinya.Sengaja ingin menghilangkan bosan dengan menambah entry kebosanan sewaktu berada dirumah.

Wednesday 4 July 2012

=D continue 'our story'



Bila terbaca tentang cerita kawen Irma Hasmie dgn Redza Serius aku macam impress sgt2.. Mahu taknya, cerita cinta mereka sngt sempurna. Sama cantik sama padan. Irma melepaskan orang yg tak cukup baik tok dia dan dapat yg terbaik! Subhanallah.. Allah itu maha besar. Walaupun dulu aku tak berapa minat dgn Irma tapi sekrang aku mmg kagum dengan kecantikaannya selepas menutup. Betul kata org wanita ni cantik kalou bertutup sepenuhnya berbanding membuka aibnya sendiri. =D

Jom masuk part aku plak! cita-cita aku skrg ni nak dapatkan cinta yg sempurna mcm Irma. Alhamdulillah.. aku sudah melangkah dari fasa pertama iaitu mencari calon imam kepada fasa kedua iaitu mengenali hati budi dan keluarga masing-masing. Apa yang terbaiknya antara kisah aku dan dia ialah.. Kitaorg dating "bertiga".. Siapakah yg ketiga tu??
Of course.. The most important persons ever!! My Mak.. Bila kitaorg keluar, apa yg aku suka dia mmg layan mak aku mcm family seperti mana mak aku layan dia.


Boleh dikatakan mak aku mmg dah sign borg utk bagi keizinan hubungan kami.. Mak aku memang berharap kami dipanjangkan jodoh.. Apatah lagi aku dan dia. Sememangnya kami selalu berdoa agar jodoh ni dipanjangkan sehingga hujung nyawa.. AMin.

Ada satu perkara yg buat aku betul-betul terharu dgn dia. Dia sanggup jual kereta kesygn dia semata-mata nak kawen ngan aku. itu alasan pertama setiap kali aku tanya knp dia sanggup jual kereta tu. he love that car so much. eventhought aku gelarkan kereta tu sebagai bini no 2 dia.. tak tahu mcm mne nak luahkan rasa bersalah aku. dia tak patut jual kereta tu disbbkn aku. lgipun masih ada 2 tahun lagi sebelum aku habis belajar. tak mungkin aku akan kawen dalam masa terdekat ni. boleh je dia tunggu 2tahun lagi sebelum jual kereta tu. tapi bagi dia kereta boleh dicari tapi aku tiada ganti.. sweetkan??

Kadang-kadang bila kita dh jumpa org yg btl2 syg kita, kita akan rasa kita tak sesuai utk dia. Mmgla takkan ada hubungn yg sempurna tpi sekurg2nya kita berusaha utk menjadi sempurna.aku dh mula cuba utk jadi sempurna utk dia. jadi perempuan yg terbaik utk dia. Walaupun kami ni berbeza namun bagi aku ia cukup untuk melengkapi. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami..