Showing posts with label Review story. Show all posts
Showing posts with label Review story. Show all posts

Monday, 25 April 2011

Episod 1-Juvana

Review pertama aku tentang episod ni.. 
Awesome!! Tumbs uplah!

Best gila citer ni.
Juvana ni citer ttg budak-budak jahat kat sekolah wira bakti.
Sekolah ni kononnya macam henry gurney la.


Citer ni mula bila ada sowg mamat ni nama dia daim bin yahya. 
Dia dituduh bunuh mak dia an teman lelaki mak dia. 
Diapun dimasukkan ke sekolah tu bersama 2 owg mamat ni. 
sowg nama apek. Dia memang penghuni sekolah tupun.
tapi dia cabut lari pastu kantoi. kenalah tangkap balik.
yang sowg lagi nama black @ jambu. 
dia dimasukkan kesekolah sbb pukul cikgu dia kat sekolah.
Maka bermulalah kehidupan dia kat situ.
teruk kot.
Permulaan citer juvana ni mmg best. 
Aku dah excited gila nak tunggu episod ke 2 next week!

Juvana tv3

Juvana cerita terbaru daripada tv3 yang menggantikan cerita Gemilang. Kat sini ada sinopsis tentang citer ni.

Sinopsis Drama Juvana TV3

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.
Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.
Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu