Sunday 27 February 2011

Maafkan saya..



Awak,
Maafkan saya!
Kerana terjatuh kaseh dengan awak,
kerana Jatuh cinta dengan sikap awak,
Kerana cuba untuk jadi yang terbaik dihati awak,
Kerana buat awak rasa yang saya sayang awak..
Mungkin saya hanya boleh mencintai diri awak dalam diam sahaja.
Mencintai awak dalam diam sangat menyakitkan tapi saya tahu saya perlu melakukan itu,
mendengar kebahagiaan dari awak sudah cukup buat saya tersenyum walaupun hati kecil saya menangis, saya redha. Saya tak selemah wanita yang mudah mengeluarkan air mata kerana cinta. jadi awak jangan risau.. sayaa cukup kuat. cukup kuat. ='(

Awak..
Cuma saya minta satu..
mungkin selepas ini saya akan berubah.
tapi saya nak awak yakin, saya berubah untuk kebaikkan kita..
saya tak nak awak ada masalah dengan orang yang awak sayang..
biar saya undur diri perlahan-lahan..
saya janji awak takkan sedar saya akan hilang dari hidup awak..
saya janji..
Maafkan saya awak..
Maafkan saya kerana tak boleh nak kotakan janji supaya kita akan tetap jadi sahabat,
kita akan tetap berhubung seperti dulu,
kita akan tetap ber"kawan" seperti dulu..
saya tak boleh wak.. saya rasa saya tak cukup kuat untuk semua ni..

saya cuma nak awak tahu..
walau apapun yang berlaku awak adalah sahabat saya..
saya janji.. cuma sekarang saya cuma minta waktu untuk mendapatkan semula hati saya yang dulu. jujurnya, Hati saya dah hancur bila awak cakap awak dah ada orang yang awak sayang.. tapi saya sendiri tak pasti kenapa saya masih boleh tersenyum ketika ini.
sedangkan kalau boleh saya ingin menangis sepuas hati..

Awak..
saya minta maaf!
Izinkan saya simpan kenangan kita..
Izinkan saya mencintai awak selamanya..
saya doakan moga awak dan dia bahagia..
Amin.. =')
*Bila cinta adalah nafas,ku ingin hidup seabad lagi.
Bila cinta adalah keindahan,ku ingin selalu memandangnya.
Bila cinta adalah kelukaan,ku takkan peduli seberapa pahitnya luka itu,
dan... Bila cinta adalah air mata, ku akan tetap tersenyum walaupun hatiku terluka

No comments:

Post a Comment