Tuesday, 27 July 2010

Sambutan hari Guru UKM..

salam sayang..

selamat Hari GURU untuk semua MAHASISWA fakulti PENDIDIKAN terutamanya PENDIDIKAN KHAS. Moga kita semua dapat meneruskan perjungan untuk mendidik dan membentuk anak bangsa moga lebih pandai dan maju. AMIN.. =)

di kesempatan ini aku nak ucapkan TAHNIAH kepada kumpulan PENDIDIKAN KHAS yang buat BARNER tadi yang mendapat tempat ketiga daripada keseluruhan. korang memang TERBAIK!!

Hari ni aku dah mula sibuk dengan ASSIGMENT! sekarang aku dah ada 3 assigment yang WAJIB disiapkan dan DIHANTAR kepada LECTURE. Masih belajar untuk membuat TUGASAN yang diberikan. =) ChaiYOKx2..


Saturday, 24 July 2010

hari ini dalam sejarah..

salam sayang..

Apa yang jadi dalam hidup aku hari ini memang membuat aku letih.. Setelah hampir SEMINGGU aku berada dalam DILEMA, akhirnya tadi aku kuatkan juga hati untuk pergi ke temuduga SUKSIS di keris mas tadi. Alhamdulillah aku diterima untuk TEMUDUGA tadi. Minggu depan akan ada satu lagi temuduga jam 8 pagi hingga 5 ptg di kolej keris mas (sabtu, 31 JULAI 201o). Harap aku berjaya lulus temuduga tu. Cuma sekarang aku masih KELIRU dengan KO-K kat sini. belum mendapat gambaran yang JELAS tentang apa yang akan berlaku selepas ini.

cuma aku harap sangat aku dapat bahagikan masa aku dengan baik antara ko-k dengan FAKULTI aku. Assigment dah mula DITERIMA dan PERLU/WAJIB disiapkan suapaya MARKAH aku untuk hujung SEMESTER ini dpt mencapai PNGK 3.6 ke atas. Aku masih belum SESUAI dengan keadaan pembelajaran DI universiti. InsyaAllah dalam seminggu DUA ni aku akan CUBA belajar dan BELAJAR berdikari dan menyesuaikan DIRI disini. doakan aku ye.. =)

ESOK gangguan BEKALAN elektrik akan berlaku di SELURUH UKM bangi, bermula dari jam 8 pg - 6 ptg.. so seluruh UKM akan BERGELAP buat sementara. selamat BERPANAS ye.. =) saya sayang IZISH..


Sunday, 18 July 2010

kehilangan.. =)

salam sayang..
Kenapa aku pilih tajuk ni untuk dikupas?? aku pernah merasa kehilangan satu ketika dulu. sangat perit dan menyakitkan. jujurnya, kehilangan itu membuatkan aku MENANGIS dan kehilangan itu membuat aku menjadi lebih MATANG dan KUAT untuk menempuh hari-hari mendatang.
Entah kenapa, HATIku terasa seolah-olah semakin DEKAT dengan perasaan kehilangan itu. Mungkinkah aku akan kehilangan untuk kali 2? YAALLAH, sakitnya perasaan yang menghimpit diriku ini. aku rasa ingin menangis, namun AIR MATAku masih tega untuk MENGALIR. aku masih tertanya-tanya, kalau PERPISAHAN dan KEHILANGAN ini berlaku kembali, adakah aku cukup-cukup KUAT untuk menghadapinya KEMBALI???
Sesungguhnya, aku amat membenci KEHILANGAN kerana ia terlalu MENYAKITKAN!!!
mungkinkan KEJAUHAN ini akan MEMISAHKAN?? mungkinkah KESIBUKKAN ini akan MENJARAKKAN??
RINDUnya aku pada KENANGAN.. RINDUnya aku pada SENYUMANmu..
Adakah masih ada CINTA dihati KITA?? KITA?? aku tak pasti.. namun selagi aku boleh MEMPERTAHANKANNYA, aku akan MENCUBA dengan sebaik yang mungkin.
ku HARAP kau begitu..
aku TIDAK mahu lagi kehilangan untuk kali 2, ke 3 atau seterusnya. Biarlah KEBAHAGIAAN akan menjadi milikku ABADI..... =)

Wednesday, 14 July 2010

campus Life!



salam sayang..

Hari ini merupakan hari ke 10 aku bergelar MAHASISWI UKM. YaAllah. letih sangat sebab aku masih belum boleh menyesuaikan diri kat sini. Semua orang cakap hidup sebagai Mahasiswa/i ni best. Tapi masih belum boleh 'enjoy life' dekat sini. InsyaAllah aku akan cuba ber'GUMBIRA' disini dan dapat score untuk semester 1 ni.

Gambar ni masa dalam minggu MMP. mesti korang nak tahukan apa tu MMP. MMP tu singkatan pada Minggu Mesra Pelajar 2010/2011. Anak dara cantik disebelah ni ROOMATE aku merangkap BESTFRIEND aku kat sini sekarang. Dia orang Sarawak. kena naik BELON untuk datang ke semenanjung. kitAorang duduk sebilik (K19B 109) di IBU ZAIN INTERNATIONAL STUDENT HOUSE (IZISH). kolej ni memang Best. cuma jauh sikit nak pergi Fakulti Pendidikan.

Dah dekat seminggu aku demam. Masih belum kebah lagi. Suarapun masih serak2 basah lagi. Aku rindukan suasana kat rumah. aku tak dapat bayangkan macam mana nak tahan lagi 4 tahun kat sini. baru 2 3 hari masuk kuliah aku dah rasa letih sangat. rasa macam nak balikpun ada. sabar jela. aku tengok kakak-kakak senior relaxs je. mungkin sebab diaorang dah biasa kot dengan keadaan ni. harap akupun macam tula. boleh bertahan kat sini dan score setiap semesta sampai aku berGRADUASI nanti.

sekejap lagi aku ada kelas HAK ASASI MANUSIA dekat FPI. harap aku xtdo dlm kelas 2 sebab sekarang aku rasa letih sangat.. :(