Thursday 29 September 2011

'awak dah tak pentig kot"

P - "abg rindu ayg x?"
L-  "x"
P -"knp?"
L -"Maybe ayg dah xpenting kot"

selepas hampir 5 tahun seorang gadis setia pada kekasihnya,
cuma 5 saat kekasihnya menghancurkan kesetiaannya..

Pelikkan dunia sekarang?
bila dah suka bukan main mengayat.
bila dah ada org lain?
terus ditinggalkan mcm tu..

cerita gadis tu memang berdasarkan cerita sebenar seorg sahabat.
yang buat aku kagum dengan gadis ni, dia sanggup tunggu kekasihnya..
masih mengharap & masih menunggu..

YAAllah,
 teguhnya hati gadis..
walaupun dah dilukai sebegitu,
namun gadis masih memilih untuk menunggu..
menunggu sang kekasih kembali seperti dahulu..

*sedih.. 

Tuesday 20 September 2011

Azam Semester 1 tahun 2!


Memandang aku dah masuk tahun 2 kat UKM ni,
aku dah buat list apa yang perlu aku buat sepanjang semester ni..

Berbaju kurung Setiap kelas 
IN PROGRESS!


Kuruskan Badan dengan jogging & diet!
IN PROGRESS!

Menutup Aurat dengan sempurna.
IN PROGRESS!


& menjadi selembut & sesopan kak Farah..
IN PROGRESS!

insyaAllah.. =)

Monday 19 September 2011

Perbarisan semperna sambutan Kemerdekaan UKM 2011-2012

Sepanjang Bulan mesra pelajar,
aku sibuk join SUKSIS untuk buat promosi & pengambilan Skuad JUNIOR..
antara perkara paling best aku buat ialah perbarisan untuk sambutan kemerdekaan UKM 2011-2012..

aku jadi pembawa bendera utama dengan kerjasama SUKSIS, PALAPES, WISMA AMAN ngan BBSM.
Bangga sangat terpilih sebagai salah seorang pemegang bendera utama malam tu.
aku siap diaorang panggil "Inspektor Zahidah" lagi..
seronok sangat malam tu..

dari sebelah kanan tu cik al amin, cik along, aku & cik sabri..
cik al amin ni senior aku.. TERBAIKLAH dia kawad..
cik along pulak penolong aku dalam SUSKIS..
cik sabrie ni pulak skuad leader lelaki..

gambar ni sebelum mula perbarisan...

yang kat bawah ni baru ada BUKTI gambar aku pegang bendera utama.. 
=)




ni masa perbarisan dimulakan..
Kawad malam tu memang MANTOP..
Bayangkan cuma aku ngan aisyah je intimidiate..
yang lain semuanya senior..


pengalaman malam tu memang best sangat
walaupun penat berkejar-kejar masa tapi aku puas hati sekurang-kurangnya,
aku dapat kumpul & timba pengalaman yang baru & best waktu aku masih belajar..
& apa yang aku pasti ianya akan jadi kenangan manis aku bila dah tua nanti..


Baju kurung & kehidupan sebagai mahasiswi UKM

Alhamdulillah..
aku masih diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk bernafas dibumiNYA ini.

sekarang ni aku tengah sambung pengajian ku dalam semester 1 tahun 2..
Dah senior sekarang.. =)

daah masuk tahun yg ke 2 ni macam yang aku rasa..
makin dewasa, unit makin banyak, & tanggungjawab makin besar..

terasa juga ada perubahan yang terlalu drastik pada diri aku..
kebetulan sem ni aku berazam nak pakai baju kurung sepanjang kelas..
alhamdulillah.. 3 minggu yg pertama aku masih boleh kekalkan berbaju kurung kecuali hari rabu..
sebabnya.. aku pakai baju ni....

sebabnya hari rabu merupakan Hari Kokurikulum kat UKM..
so pakai la uniform SUKSIS ni..

jujurnya,
sekarang aku ase selesa gila pakai baju kurung,,
satu sebab menutp aurat,
kedua, selesa,
ketiga, nampak feminim..

sekarang nipun aku dah mula belajar pakai stokin kaki ngan sarung lengan..
Aku betul2 nak menjaga aurat aku sepenuhnya,.
InsyaAllah..

dah ramai yang tegur tentang perubahan drastik aku ni..
tapi, xsalah untuk berubah kearah kebaikkan..

cuma ada satu je yang aku susah nak ubah..
aku ni terlalu peramah & murah hati..
kekdang makan diri sendiri pula..

tapi papepun..
aku ikhlas menjadi diri sendiri..


Saturday 17 September 2011

old love story

"Pernah ada, rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan"

tetiba malam ni aku rasa rindu pada kenangan dulu..
dengan tiba-tiba dia hadir semula untuk mendapatkan cinta yang dia sendiri putuskan kerana ingin bertunang dengan gadis pilihan mamanya..

senang je dia soh aku time dia balik..
semata-mata pertunangan dia ditanggungkan..
macam desperate nak ada awek..
sedangkan dia dah ada bakal bini!!

lelaki, kalau mudah mengungkap kata cinta,
maka cepatlah rasa cintanya hilang..

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

aku xpernah berharap dia akan kembali dalam hidup aku..
biarlah perkara lama menjadi kenangan silam yang akan aku simpan sebagai sebuah sejarah..
dan jika diizinkan aku cuma ianya menjadi lipatan sejarah yang akan hilang dalam memori kekal.

dulu,aku ikhlas melepaskan dia pergi
sekarang,aku juga masih ikhlas melepaskan kenagan dulu hilang disebalik sesibukkan diri..



Kerinduan pada incik debab


kepada incik debab..
rindunya saya kat awak!!
rindu sangat..

walaupun kita xpernah declare pape tentang hubungan ni..
saya tetap rindu awak..
siyes rindu!!


rindukan pertemuan kita yabg kedua di Kuala Perlis hari tu..
rindukan "black forest cheese cake" dari awak hari tu..
rindukan macam mana saya terkedu tengok awak lepas setahun xjumpa..
comel sangat time tu..



Last sekali,
thanks utk coklet besar tu..
saya sangat sukakannya!

Thursday 15 September 2011

Inspektor Ida


Assalamualaikum..
jom aku mulakan diari ringkas aku ni dengan gambar yang awesome gila macam yang kat atas tu..
tetiba aku pkai 2 paku an..

bila aku wat profile picture kat fb terus ada 3 orang polis mcj aku panggil puan!!
Mantopla,..
hehe..
sebenarnya aku dapat pit tu waktu promosi SUKSIS UKM untuk intake baru..
2011/2012..
ala macam aku baru masuk ukm dulula..

xsabar rasanya nak tauliah nanti..
kalau boleh aku nak mak ngan abah aku datang tengok aku dipakaikan 2 paku nanti..
*xsabar..