Takkan timbul isu senior atau junior cuma, apa yang kita sebagai manusia nak hanyalah respek masing-masing. tak kiralah siapapun ko, u need to respect each other. with respect it shows your personality.
senior tak semestinya pandai dan junior tak semestinya bodoh. Apa yang membezakan mereka adalah perasaan hormat yang tinggi dalam diri masing-masing. Aku mula belajar tentang respek ni waktu kat rumah lagi di mana mak dan abah ajar aku untuk bersalam setiap kali jumpa org yang lagi dewasa dari kita. aku belajar cara respek dengan cara yang sangat sempurna dan insyaAllah sampai sekarang aku masih boleh mengekalkan rasa itu.
Cuma apa yang menghairankan bila tengok anak-anak muda sekarang yg sudah mula hilang rasa hormat kepada org tua. Ada seorang junior bila ditegur tentang sesuatu kesalahan mula buat muka tak puas hati sedangkan yang ditegur adalah kerana sikap biadapnya dengan org tua. bila budaya tegur menegur ni dah takde dalam diri insan, maka akan hancurlah sikap hormat, toleransi, kasih sayang dan sebagainya kerana sikap ini terbentuk dari budaya menegur sebenarnya.
Aku mungkin menulisnya secara random tapi sebenarnya niat aku adalah untuk menegur. Takkan sampai ketahap yang tinggi jika kita meninggi diri dan tak nak dengar teguran org lain. yang sedihnya bila anak-anak yang tidak tahu untuk hormat kepada org lain ibu bapa pula yang dipersalahkan..