Tuesday, 7 January 2014

Dijahit untuk kali ke-2

Assalamualaikum..
Alhamdulilah ada masa lebihh untuk bercerita.

dah baca citer aku bersalin belum?? detik-detik-menjadi-seorang-ibu.
sumpah panjang! hahaha..rasa macam mengarang karangan pulak. takpe. itulah kenangan yang boleh aku simpan.

nak sambung cerita tentang pengalaman aku bersalinkan MUHAMMAD AMIER AMSYAR. aku dah penah mention tentang jahitan aku terbuka waktu lepas bersalinkan?

al-kisahnya, lepasje aku bersalin, aku dipindahkan ke wad. lama jugaklah. dan disebabkan katil penuh dalam wad bersalin tu, aku dapatlah katil tambahan dimana tinggi katil tu separas pinggang aku dan aku terpaksa panjat atas satu kerusi utk naik atas katil. dan kerana itulah jahitan aku terbuka!! macam nak maki je nurse tu. dia yang paksa aku panjat katil tu.

Mula-mula tu aku memang tak tahu jahitan tu terbuka sebab waktu cek Dr cakap semuanya ok dan petang tu jugak aku boleh balik rumah. tapi yang peliknya aku tak boleh duduk dengan 2 2 punggung aku. kena bertongkat dengan tangan sebab sakit, lepas tu. bila berjalanpun sakit sangat rasanya. Aku dgn mak assume mungkin baru lepas bersalin so sakitlah sikit. tpi peliknya bila masuk hari kedua aku makin sakit. Disebabkan kerana tu aku dijahit kali ke 2. Tuhan je tahu perasaan aku waktu tu.

Waktu tu aku kat rumah mak mertua aku dan ada nurse yang datang rumah utk cek ibu dan anak. so aku mengadulah dengan dia dekat tmpat jahitan aku tu sakit.so, diapun cek. Pastu selamba je dia cakap jahitan tu macam terbukak sikit. dan reaksi aku waktu tu macam..




then, dia terus suruh aku gi klinik chiku, Gua Musang untuk cek. Berdebar jugaklah. kebetulan waktu tu Amsyar kena cek kuning. so akupun pergilah cek dengan amsyar. Nasib baik waktu tuh ma (mak mertua) ikut sama. dia yang pengangkan amsyar dan settlekan amsyar. Aku memang dah bersedia mental dan fizikal untuk di cek sebb sakit sangat waktu tu. ditambah kalau nak berjalan nak bangun duduk. memang seksa.

Bila je nurse tu cek, selamba je dia gtau ku.
Nurse : jahitan adik terbukak sikit ni. tak. kita jahit balik ea.
Me : Jahit balik?? banyak ke terbukak? (dgn muka nervous)
Nurse : sikit je terbukak. tahan sikit ea. sikit je sakit.
Me : ok.

Dalam hati waktu tu macam-macam yang aku fikir, dah la waktu kipas rosak. berpeluh-peluh aku kat atas katil tu. nurse tupun tinggalkan aku kat atas katil tu utk ambik barang2. masa tu dalam otak aku terpikir Amsyar je. sebab aku cek sama-sama dengan amsyar. so aku memang tak jumpa dia. lepas tu aku tengok nurse tu masuk sediakan barang2.

Nurse : ok. adik ready ea. sy nak bersihkan luka dan jahit balik luka tu.
me : Sakit tak? (muka takut)
Nurse : sakit sikit je. (senyum) kalau sakit adik gigit gigi ea.
Me: kena bius tak?
Nurse : kalau bius lambat baik dik. kita memang tak bius untuk jahit.


Terus aku masukkan tudung yang aku pakai ke dalam mulut. sebab aku baca blog orang kena jahit memang sakit daripada bersalin. waktu aku bersalin tu tak terasa sebab terlalu penat bersalin.sekrang ni bakal dijahit hidup-hidup. YaAllah. dalam hati macam-macam surah aku baca.rasanya macam nak bersalin lagi sekali.

Nurse : kalau sakit adik gigit gigi ea. jangan menjerit.kita mula ea.
Me : tak boleh cakap apa-apa. tengah berdebar sangat waktu tu. tapi dalam otak cuma pikir amsyar je.

elok je dia bersihkan luka. aku mula rasa benang jahitan yang lepas bersalin tu ditarik-tarik. YaAllah sakitnya waktu tu.tak pasti berapa lama tapi aku masih boleh bertahan. sejam lepas tu rasanyaa aku tanya nurse tu sebab dia siap-siap kemas meja bedah tu.

Me: dah siap ke nurse?
Nurse : eh belum jahitpun. tadi tu saaya terpaksa bukak balik benang yang dah dijahit sebb nak buat jahitan yang baru.
Me : YaAllah. (itu je yg blh aku lafazkan?

so yang sakit sangat tadi tu belum dijahit?? lepas tu aku tgk nurse tu datang balik dengan alatan utk menjahit. (bukn seperti yg anda bygkan) cuma ada satu bungkusan kecik dia bawa. aku sempat tengok di pasang benang pada jarum jahitan tu. jarum dia bentuk mcm kail ikan pastu benang dia nampak mcm tali tasi.

Nurse : saya jahit sikit ea. jgn takut. sikit je sakit. tahan sikit ea dik .

waktu aku nak senyumpun tak boleh, badan masih menahan sakit bila benang tu kena gunting ni pulak nk mengadap sakit yg baru. dalam otak waktu mmg blank. aku cuma pk cepatlh masa berlalu. mulut aku tak henti-henti baca surah yang terlintas dihati. bila jarum tu masuk dalam kulit aku, aku boleh bayang macam mana keadaan dia. macam kita tengah jahit baju tuh.itulah dalam kepala otak. YaAllah sakitnya lebih daripada tadi. aku gigit tudung sekuat yang boleh. menggigil badan aku tahan sakit.


YaAllah bayangkan berpuluh kali jarum tu keluar masuk dari kulit ko?? SUMPAH sakit! takde niat nak menakutkaan tapi memang tersangatlah sakit. terlalu sakit sampai badan aku menggeletar. hampir 3 jam jugak lah proses jahit menjahit tu. benda yang aku taklupa bila nurse tengok aku dah tak boleh than sakit tu, dia cakap

Nurse: sikit je lagi nak siap. tahan sikit ea.

waktu tu reaksi muka cuma boleh menahan sakit je.tak dpt nak bagi apa-apa reaksi lain. kesakitan tu melebihi segalanya. aku pujuk diri aku. sikit je lagi. sikit je lagi. tapi rupanya sikit adalah lagi 20 jahitan. mungkin dia nak aku psiko diri aku sendiri supaya bertahan. badan aku menggigil sampai dia terpaksa pegang peha aku utk tenangkn aku. teramat sakit.

siap je jahitan tu aku disuruh bangun kalau dah ok. dalam hati aku ckp gila nk suruh bangun?? badan aku menggigilpn tak abis lgi.nikn pula nk soh aku bangun. lama jugaklah aku ambil masa nk tenangkn tubuh aku. rasanya peluh aku waktu tu mmg boleh perah baju lah.

tengah-tengah aku cool down balik badan aku, suami aku masuk. selamba je dia tanya aku.

Husband : sakit ke??

macam nak lempang je dia waktu tu. Terus air mata aku mengalir tanpa henti. bayangkan aku tahan sakit sampai air matapun tak keluar sebb terlalu sakit. bila tengok aku nangis husband aku terus pegang tangan aku. dia diam je.mungkin rasa bersalah agaknya.  lama jugaklah aku air mata aku kuar. terus aku tanyakan amsyar.

Me : amsyar mana? dia nangis tak? dah minum susu belum? kuning dia mcm mne?
Husband : Amsyar ada dgn ma. syg rehat je dulu. kalau dah ready bangun then kita gi kat keta. abe tunggu luar.

memandangkan kat dalam bilik tu ada lagi pesakit wanita yg lain (dgn mcm2 kes) so terpaksalah dia dengan aku sekejep je. bila Dr dah cek & benarkan aku balik terus je aku ke kereta. sepanjang perjalanan balik aku tahan je sakit. husband aku bawa keta tersangatlah perlahan. risau takut aku sakit. masa tu aku tak tengok amsyar pun. sebab dia ada dgn mak mertua aku kat belakang. aku cuma pikir nak balik tidur. nak rehat.

Sampai je kat rumah suami aku terus pimpin aku masuk bilik then bagi makan nasi dan ubat lepas tu surh aku tidur. amsyar biar dia yang tengokkan. sampai je kat bilik aku terus telifon mak.nangis-nangis aku cerita aku kena jahit lagi sekali dan aku dengar suara mak aku sebak. dia suruh aku tidur. rehat. aku pesan kat husband bila aku bangun aku nak menyusukan amsyar sebab buat masa sekarng dia ma bagi susu botol sebab nak suruh aku rehat. husband aku cium pipi aku dan aku memang tidur betul2..

kalau tak silap aku start tidur pkl 5 ptg & pkl 9 mlm baru aku bangun tupun sebab terdengar amsyar nangis. & benda pertama yg aku pikir adalah budak cenonit tu.

Me : mana Amsyar??
Husband :ada kt luar nak minum susu.
Me: ambik dia mi nak susu kan dia.

Bila dpt je amsyar aku terus peluk cium dia n minta maaf sebb tinggalkn dia lama. dia mcm fahm je. diam & isap susu. baik je. bila aku peluk amsyar waktu nak dodoikan tidur terasa berbaloi sakit utk dptkan anak yg comel mcm dia. YAAllah indahnya perasaan menjadi seorang ibu.






Cerita Erina buat anaknya - i'm crying!

amsyar : are you crying ibu??
me : Yes sayang.
Amsyar : But why? did i make u Sad? (buat muka comel)
me : of course not. u are my happinest in this world. always remember i always loving u all the time. (sambil peluk-peluk amsyar)
Amsyar: i love u too ibu! hugg me.

amsyar dah boleh bercakap??untonglah!! bahasa inggeris lak tu. baru nak masuk 2 bulan si kenit tu. but i always imagine like that when he's grow up..( harapnya bila dah train amsyar dgn bahasa inggeris awal-awal dia blhlah berinteraksi dgn byk bahasa nanti) ameen.. rindu budak kenit tu dah.. (mata kedip-kedip thn nangis)..

Yes i'm crying! tengah-tengah godek-godek gambar amsyar, aku terjumpa satu blog ni. tajuknya Cerita Erina - Perginya seorang permata hati ini - Aqil Hamzah . and guest what?? it's a true story on 2013 and on my birthday!!

nak tahu apa ceritanya sampai aku nanges-nenges? silalah bacasendiri untuk mendapatkan fell tu sendiri.kalau tak nangis memang hati batulah!

cerita hati erina (jemput baca)


dah baca?? nanges tak??

Sepanjang aku baca coretan hati dia, dalam kepala otak ni asyik ingat amsyar je!! secara kebetulannya Aqil Hamzah adalah anak lelaki first dan mata dia sangat-sangatlah bulat dan Amier AMsyar pun anak yang First dan matanya bulat! i miss him. lepas tu aku terus je baca rentetan selepas Aqil meninggal. Erina tersangatlah tabah. tapi aku taahu dalam hatinya Allah sahaja yang lebih tahu. aku yang tinggal amsyar sekejap nipun dah menggila nangis bila rindu amsyar.. Apatah lagi seorang ibu yang hilang terus anak dia yg tersnagatlah comel.

disebabkan aku dah selongkar blog tu, akupun berniat nak abadikan cerita amsyar dalam blog ni dengan harapan supaya bila dia dah besar dia boleh baca semua coretan aku tanda kasih sayang bila aku dah tak de nanti. i'm not ready to lose u. so please don't leave me sayang!

Al-Fatihah untuk sahabat amsyar Aqil Hamzah. Syurga buat mu sayang, InshaAllah..


Friday, 3 January 2014

Detik-detik menjadi seorang ibu - pengalaman Bersalin

Assalamualaikum.. =)
Setelah berbulan-bulan meninggalkan dunia penulisan, akhirnya dah ada masa dan ketika untuk menulis semula. Moh nak citer tentang pengalaman yang sangat bermakna dan bakal dialami oleh semua dah berkahwen.. (so, yang takkawen tu kalau dah ada pengalaman ni, bawak2lah bertaubat ea)

Al-kisah aku menunggu baby yang tak mo kuar-kuar sedangkan due datenya 14/11/2012. Secara kebetulan, aku mula cuti mid sem 1 hingga 10 /11/2013, jadi dengan harapan bersalin dalam jangka masa tu akupun baliklah rumah. kemain lagi berhajat nak bersalin dalam minggu cuti tu supaya aku dapatlah berpantang lama sikit kat rumah. tunggu-tunggu tak jugak ada tanda-tanda nak bersalin. yang best siap gi jalan2 agi ngan mak walalupun pert tgh memboyot wlalaupun pert xbesr sgt. tapi takdir Allah lebih indah dan cantik sebenarnya. =)

Bila dah sampai 13/11 aku tak bersalin, terpaksalah ke klinik untuk dapat keputusan sama ada kena bersalin induce atau dilanjutkan due datenya lagi seminggu. bila scan dr cakap baby sihat je. so, diapun bagilah aku seminggu lagi. jadik due aku 19/11/2013. disebabkan sudah mula penat tunggu baby takkuar-kuar, akupun tawakal jelah dan berdoa biarlah baby sihat je kat dlm perut ni.

Disebabkan aku ni memang terlalu rajin dan banyak masa aku mula mencari maklumat dan pengalaman bersalin dlm internet. best oo baca pengalaman orang. membuatkan aku bersemangat nak bersalin. nasihat aku pada orang-orang yang tgh mengandung skrg silalah tambah ilmu pengetahuan anda supaya lebih bersedia. balik je dari klinik aku dah mula rasa tersangatlah penat dan berat di bahagian ari-ari. dalam waktu tu aku tetap berdoa semoga adalah tanda-tanda yang aku nak bersalin.

kebetulan pd 13/11 tu husband aku dapt off selepas kerja 2 hari tanpa henti jadi aku soh la dia temankan aku kat rumah mak. petang tu dah minta dia bawakan air kelapa sebab nak minum. lagipun air kelapa memang sangat baik untuk baby. malam tu ingatnya nak ajak husband dating kat kuala perlis tpi tak jadi (dah lupa knp). lepas maghrib tu aku dah mula rasa tak sedap hati sebab kat ari-ari rasa berdenyut-denyut. hati plak rasa berdebar-debar. Tapi aku biarkan je sambil dalam hati berdoa semoga ada tanda-tanda untuk bersalin malam tu. so, akupun btlah research sikit dlm internet ttg tanda-tanda bersalin. hampir semua blog yang aku baca bagitau tanda-tanda normal mcm turun darah, pecah air ketuban, sakit perut. tapi aku masih tak jugak ada tanda-tanda tu.

Tepat jam 10 malam perut dah mula rasa sakit. rasa tak selesa. dalam sejam sekali. hati masa tu dah berdebar sangat. Tetiba sama pukul 12 aku rasa sakit makin kuat. aku gtaulah kt husband then dia ajak aku gi hospital. dia takut tu tanda bersalin. tapi disebabkan aku baca dalam internet kebiasaannya walaupun dah turun tanda nak bersalin akan ambil beberapa hari baru boleh bersalin dan biasanya pintu rahin ambil masa sejam untuk buka 1 cm dan untuk anak pertama kena tunggu bukaaan 10 cm baru boleh bersalin. so aku cakaplah mcm tu kat husband aku. kalau dah turun tanda baru aku niat nak ajak dia gi hospital.

so akupun sohlah dia tidur dan minta izin nak tengok tb. sebenarnya aku memang dah tak boleh tidur sebab hati rasa sangatlah yakin aku akan bersalin pagi tu. masuk jam 12.30 pagi perut aku dah mula conrtaction. sakitnya dalam 45 minit sekali. bila aku ke toilet aku tgk ada lendir bercampur darah dan tak tahu kenapa aku tersangatlah yakin yang aku memang akan bersalin pagi tu. so, aku dah mula buku pink aku, ic ambil wallet, caj hp dan kunci kereta letak setempat. kebetulan pakaian untuk bersalin aku mmg dah sparekan dlm kereta.

dah siap2 aku ambil barang-barang penting aku pergi mandi. siap basahkan rambut lagi. aku memang aku nak bersihkan badan supaya bila bersalin aku takdelah rasa tak selesa sebab aku mandikan. yang bestnya waktu aku tengah mandi contraction makin kuat. dalam setengah jam sekali aku akan rasa sakit sgt sampai aku kena pegang kolohh dalam bilik mandi sbb sakit sangat. bila sakit tu datang aku akan berhenti buat semua benda dan bila sakit dah hilang aku cepat-cepat mandi. siap je mandi aku panaskan ait=r kat dapur dengan niat untuk buat milo panas dan telur separuh masak.

aku baca, kalau nak ada tenaga waktu bersalin minum milo (bt manis-manis) dengan telur separuh masak. contaction dah semakin sakit. bayangkan aku sorang-sorang je waktu tu. ingtnya bila da sakit sgt baru nak kejut sebab kesian. dia penat kerja. tak nak kacau. lagipun dia baru je tertido. mak pulak kebetulan malam tu dia kena asma. jadi awl tidur. aku panaskan susu dalam microwave pastu makan biskut smentara tunggu telur separruh masak siap.

tepat pukul 3, perut rasa sakit sangat. contaction dah mula rasa 15 minit sekali. kebetulan mak bangun nak gi bilik air waktu tu. bila dia tgk je muka aku berkerut tahan sakit terus dia tanya kenapa? sakit ke? disebabkan tak tahan sakit akupun anggukkan kepala je. mak sibuk-sibuk suruh gi hospital. tapi aku dengan tenang dan yakin je gtau lambt lagi nih.. tggu lepas subuh baru ingt nk gi hospital sbb aku niat pagi tu nak jemaah dgn husband aku dulu, dah 3 hari tak dapat jemaah sekali sebab dia sibuk dgn kerja. tapi mak macam tak bagi. dia suruh pegi jugak. so aku bagilah alasan aku nak makan telur separuh masak untuk lengahkan masa.

Cepat-cepat je mak buatkan aku telur dgn milo panas. sepanjang aku makan mak yang temankan. dia asyik tanya sakit ke bila muka aku berkerut. tepat jam 3.30 pagi mak suruh kejut suami aku sebb dia risau aku nak bersalin. disebbkn tak nak panjangkn cerita dgn mak akupun kejutlah husband aku. aku gtau dia aku sakit perut dan nak gi hospital. aku suruh dia bangun mandi dulu. sementara tu aku siap-siap. mak dahh siap panaskan enjin keta lagi takut tak sempat.. hahaha.. lucu betul.

Siap je husband aku mandi kita orang pergilah hospital berdua. mak cakap nanti kejp lagi dia dtg. memandangkan hospital tu dlm 10 minit je dari rumah so aku suruh lah husband aku perlahan je bawa keta. aku cakap nak ambil angin malam. dia layan je permintaan aku. terasa sayu je hati waktu tu. sempatlah minta maaf dengn dia dan minta halalkan semua makn minum aku dgn dia. siap pesan lagi kalau ditakdirkan aku takde waktu bersalin nanti minta dia jagakan baby. syahdu giler rasa waktu tu. menitik air mata dia waktu tu.

sampai je kat depan wad bersalin aku minta dia nak jalan kaki. walaupun tempat bersalin tu agak jauh dan waktu tu sakit yang amat sangat aku tetap nak jalan supaya aku cepat dapat lahirkan baby. orang cakap kalau nak cepat pintu rahim terbuka banyakkan berjalan. Jalan je sikit aku berhenti sebab sakitnya sampai aku tak boleh bergerak. Allah je tahu sakitnya sampai ada nurse marah husband sbb tak ambilkan kerusi roda untuka ku. so aku gtaulah yang aku memang nak berjalan.

sampai je kat depn kaunter boleh pulak nurse tu tanya macam-macam knp aku datang hospital. nak je aku hempuk dia dgn buku yg aku tgh pegang. dah namanya wad bersalin, perut plak tgh memboyot takkan nak datang melawat kot jam 4 pagi.. huhu.. lucu bila ingat balik. mcm2 soalan dia tanya, dah ada tanda-tanda ke belum, sakit sangat ke, bila due. sabar je aku menjawab. muka suami aku waktu tu mmg dah berubah nak marah sbb aku tgh sakit boleh plak nurse tu tanya macam-macam. aku layankan jelah nurse tu.aku faham kerja diaa sebb wad tgj penuh hari tu so takde katil.

siap je chek in, aku diminta tukar baju pink sebagai persediaan. terus je aku aku dibawa untuk cek ve ataupun bukaan rahin dan apa yang mengejutkan ianya dah terbuka 4 cm. =) impress! nasib aku tak baik sebab dpt dr lelaki. tahan jelah sebab pk nak bersalin je. pastu dr suruh periksa jantung baby. so diaorg pasangkan alat kat pert nak tgk jantung baby ok x. mula-mula ok lagi aku boleh je tidur kat atas katil tu dan bila aku mula rasa sakit aku akan pegang besi katil. contraction dah mula rasa 5 minit sekali dan rasa sakit yang amat sangat dh mula terasa.bila mak aaku sampai. disebabkan aku dah mula sakit, aku mula bergerak-gerak atas katil tu so, result untuk degupan jantung aku dah mula tak cantik sampai dr tu minta aku dok diam2.. selamba je aku marah dia cakp pert aku sakit.. hahahaha.. kesian dr tu.

selesai je urusan tu aku terus pergi kat mak dan bila peluk je mak perut aku rasa sakit sangat. terasa macam nak buang air besar dan waktu tu badan aku dah mula mengigil sampai aku tak boleh nak berdiri. bila tengok aku dah mula gelisah mak aku terus minta dr tu cek ve.. terbaiklah. mak aku plak yg soh dr tu cek bukaan rahin tu walaupun dr sendiri ckp bukaan ve utk ank pertama biasa 1 jam 1 cm. tpi atas permintaan mak, terpaksalah dr tu bt ve cek. seblm tu aku sempt minta air zam zam dgn kurma yg mmg dah aku letak dlm beg bersalin. kata org ve akn cept terbuka klo minum air zam-zam dn mkn kurma. (sila buat sbb mmg berkesan)

dengan izin Allah waktu cek tu ve aku dah terbuka 8 cm. dr tu kagum gila sebb dia ckp xsampai 2 jm ve aku buka sampai 8 cm. terus aku ditolak masuk bilik bersalin. sakitnya tuhan je tahu. walaupn pintu rahim dh buka 8 cm air ketub n aku mash lgi tak pecah. darahpn xde. sampai je kat blk bersalin katil plak tak kmas lgi sbb ada sorg kakak  tu bersalin. tapi disebbkn aku mmg dh sakt sgt nurse tak smpt pun nk bersihkn katil tu terus angkt aku kt ats katil. masa tu jam pkl 540 pagi. naik je atas katil aku terus tanya nurse tu dah blh push blm sbb aku dpt rasa baby mmg dh nk keluar. selamba je nurse tu ckp tak boleh sbb  dr tak cek ve lgi.

terus aku surh dia ckp kt dr aku mmg tak tahn sbb sakit then aku rasa aku mmg dah nk bersalin. barulh nurse tu nmpk kelam kabut sikit. bila dr dh bagi green light baru push sekuat hati dan yg bestnya tk kuar-kuarpn baby,, haha.. gila sakit. push-push je tak kuar. aku asyik angkt punggung sebab waktu aku landing tu tak betul. marah dr tu ngan aku. last2 aku ckp aku tak blh push sbb aku ddk tak betul pastu nurse tu cakap dia dah toreh sikit aku punya pintu nak bersalin sebab nak cepatkn baby . terus aku minta nak betulkan kedudukn. mulanya dr tak bagi sbb dia takt baby lemas tapi aku cakap kejp je. terus dr tu angkt aku then betulkn kedudukn aku. yang peliknya waktu dia toreh tu aku langsung tak rasa sakit melainkan sakit contaction. sebab tulah org cakap sakit bersalin, kedua paling sakit didunia. Sumpah memang sakit!!

elok je aku dah betulkan kedudukn tu aku terus je push sekuat mungkin dan sewaktu bergelut dnegan kesakitan aku terdengar sayup-sayup azan. dah selesai je azan subuh tu habis lahirlah putera kami Muhammas Amier Amsyar. =) cahaya pemimpin yang cerdas. tepat jam 6.09 pagi dia lahir. dsebaik je baby keluar dan nangis terus nurse tu angkat then tanya aku nampak tak anak awak? lelaki ke perempuan? bila nampak je amsyar aku terus senyum cakap boy. leganya rasa hati. semua sakit macam hilang sekejep je bila tgk muka amsyar. besar sangat waktu tu. dia lahir 4.15 kg. tapi tersangatlah besar. terus je nurse tu letak amsyar atas dada aku. dengan darah-darah lagi. memang terasa wangian syurga tersangatlah wangi. tak tahu nak describe mcm mne. tak keluar air mata ni bila dengr degup jantung amsyar sekali dengan degup jantng aku. lama jugalah amsyar kat atas dada sebelum diambil utk dimandikan.

ingatkan lepas bersalin dah settle dah rupanya byk juga lagi. dia keluarkan darah beku yang ada, keluarkan uri sebab uri xkeluar sekali dgn baby. betullah org kata uri tu kawan baby dlm perut sebab bila nurse tu tekan-tekan perut aku golek-golek supaya uri tu keluar rasa dia memang sama macm bila masyar dah keluar. tak sakit tpi rasa besar. mcm keluar baby sorg lagi. lepas kuar je uri tu nurse tu terus jahit tempat yang dia toreh. tapi waktu tu sikitpn tak rasa sakit.mungkin sebb kebas berslin tu masih ada. tapi sepanjang proses bersalin semua surah yang terlintas di otak aku baca dan yang paling byk aku ulang kursi. rasanya ayat-ayat al quran ini buat aku tenang sikit. selesi je jahit nurse tu letak amsyar kat tepi aku.lamalah juga. dekat sejam lebih amsyar kat tepi aku.

jam 8.10 pagi barulah amsyar diazankan oleh papanya. =) bersama-sama dengan mak aku. YaAllah terasa sangat bermakna melahirkan amsyar sebab aku tahu perasaan mak aku melahirkan aku. kebetulan abah aku kerja pagi tu. so dia takdalah kat situ utk tgk cucu dia. dalam jam 8 pagi aku masih kat labour room sebab katil penuh kat dlm wad. so aku tidur je dlm labour room yg sejuk tu. serius penat sgt lpas bersalin sbb kita gunakan sepenuh tenaga yang ada. dalam jam 10 lebih baru aku dipindahkan masuk ke wad sebab ada katil kosong. itupun katil tambahan.

pengalamn yang mengerikan bila aku dapat katil yang tingginya sampai pinggang aku. aaku terpaksa panjat kerusi utk naik katil dan aku rasa jahitan aku terbuka sebb katil tu. tengahari tu dr cakap kalau baby dah kencing dan berak kemungkinan aku dapt keluar wad mlm tu dan amsyar anak yg memang baik. aku mmg dapat keluar wad mlm tu. dan mempersembahkan amsyar hari pertama dia lahir..