Monday, 9 May 2011

1st Entry- 10 lagu terawal dalam ipod

  1. Doa seorang kekasih - In Team
  2. Kalimah Cinta - In team
  3. Kasih kekasih - In team
  4. Camelia - Irwan syah
  5. Ku tunggu jandamu - Irwan syah
  6. VIP - Iwan AF8
  7. Jahat - Stacy
  8. Goodbye my lover - James Blunt
  9. i'm yours - Jason Myraz
  10. Wat did you say -  jason Derulo

Kenapakah keluarnya cuma lagu-lagu lama??
sebabnya dah lama aku xupdate ipod aku ni.
so lagu-lagu memang yang old skool sikit.. =)

Tapi dalam senarai 10 lagu old skool tu aku paling suka dengar..
doa seorang kekasih - In team
kenapa aku suka lagu ni??
sebabnya lagu ni macam doalah.
untuk mendapatkan seorang "suami" yang soleh.
jom layan lagu ni..

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Cabaran 15 Entry Terhangat.

  1. Buka ipod @ Mp3, senaraikan 10 lagu teawal dan ulas tentang lagu tersebut.
  2. Buka folder picture dan postkan 10 gambar yang paling menarik perhatian kamu.
  3. Apakah yang sedang anda tonton sekarang?
  4. Ceritakan tentang seseorang yang kamu kagumi?
  5. Buka atau cerita terbaru yang kamu baca
  6. Cerita tentang kehidupan kamu disekolah
  7. Quotes kamu untuk hari ini
  8. Cinta? apa-apa saja tentangnya.
  9. lirik lagu yang membawa maksud yg istimewa
  10. apa yang kamu fikirkan sekarang
  11. Apa yang kamu pakai hari ni?
  12. kamu 10 tahun akan datang
  13. sahabat?? siapa mereka
  14. kehidupan kamu
  15. favourite ayat..

Cukupla! Ingat bakal tunang awak dahla..

Ingat x dulu aku pernah buat entri tentang somebody yang buat aku Frust??
Ala yang mak dia nak pinangkan orang lain tok dia tu??
tak ingat?? cek entri ni.. Aku dan cinta 5
 Pastu kalo kowang rajin follow la citer aku tu ye..


Apa yang aku nak tulis ni khas untuk DIA..


Awak..
 Boleh tolong saya tak??
Tolong setia pada bakal tunang dan isteri awak??
Boleh X!

Saya dapat tahu 27 mei 2011 ni mama awak nak masuk merisik dia..
So, tinggal beberapa hari je lagi sebelum awak jadi tunangan orang..
sayapun tak pasti kenapa awak masih lagi nak coll & sms sy..
Perlu ke??

Pada saya lebih penting awak tumpukan perhatian, coll & sms awak pada dia..
Dia lagi berhak..
Lagipun aku cuma buat saya lebih terluka..
terluka bila ingat kenangan kita..
saya dah cukup kuat tok lupakan apa yg pernah berlaku..

saya sendiripun dah boleh lupakan KLCC & Menara KL..
Walaupun susah..
walaupun dengan air mata..
tapi saya dah cuba..
so.. mintak sangat-sangat..
jangan timbulkan memori kita bersama..


Mungkin tiap kali awak sms tau coll sy pretend mcm xde pape antara kitakan?
Tapi Hati ni, Allah je yg tahu..
Tiap kali balas sms awak sy cari xcara nak buat awak benci saya.. 
tapi susah..
dahla awak..
sebenarnya saya dah letih melayan awak..
kalo saya tak balas mcj tau jawab coll tu harap awak faham ok..
Cuma mahu kebahagiaan antara awak dan dia..
Dia baik sangat..
Tolong jangan kecewakan dia..
Tolong jangan mainkan dia..
Tolong jangan tipu dia..
tolong jangan buat semua benda yang pernah awak buat kat saya..
PErkahwinan bukan perkara main-main..
sepatutnya awak lagi aarif dari saya,,
awakkan dari Fakulti Pengajian Islam..
Logiknya siapalah saya nak berhujah dengan awakkan,,


*Fikirlah yang terbaik..

i'm Home!

Finally.. 
Selepas beberapa bulan tak balik..
akhirnya aku sampai ak kat umah dengan hati yang gumbira!!

Rindu kat..
Mak,
Abah,
Adik-adik..
Akhirnya terubat..


Pagik tadi sampai pukul 5 pagi kat kangaQ..
Daah rasa lain macam.. 
yela dah 6 bulan  xbalik perlis..
windu kot..


Petang tadik kuar lepak-lepak..
yaAllah, banyak yang dag berubah rupanya..
Banyak perubahan yang berlaku dalam masa 6 bulan!!


Sekarang ni aku tgh plan apala yang boleh aku buat dalam masa sebulan yang pertama nie..
Huh.. bowink, lepak kat rumah je.. 
Kalau blh keje best gak.. 
Tapi masalahnya nak cari kejela..
Lagipun kalu cuti setahun best gak..
nie x.. 3 bulan je.. 
itupun ada praktikum sebulan..


Friday, 6 May 2011

No boy allowed!


hari ni aku terpanggil untuk menulis tentang satu entri berkaitan dengan lelaki.
Apa ada dengan lelaki hingga ramai perempuan yang senang je jatuh cinta lepas tu senang je nak tinggalkan perempuan tu macam sampah! 
damn!! 
kepada lelaki-lelaki yang membaca ni,
tolong rasa tercabar! 
sebab aku memang nak mencabar jantina LELAKI korang tu..

aku tahu, 
bukan semua lelaki ada perangai macam tu..
Tapi, 
dalam lingkungan 1/10 cuma satu je yang boleh dipercayai..

Persolannya, perluke lelaki mainkan perasaan wanita hanya untuk menunjukkan diri anda macho??
what the hell..
Marah benor aku kalo citer hal main-main ni..

Bukan sekali aku dengar cerita sal lelaki mainkan girl ni..
Sakit hati jiwa dan raga!! 
Apa ko (lelaki) ingat perempuan ni untuk dipermainkan ke?? 
ko, bila nak cari isteri nanti,
isteri ko yang akan mainkan ko..
aku akan doakan ko!

Aku juga seorang perempuan..
sahabat-sahabat aku juga seorang wanita..
Kepada semua lelaki tolonglah..
Janganla ko kecewakan hati kami..
sesungguhnya kita dicipta untuk melengkapkan.. 
bukan untuk menyakitkan..

Demam!

Selepas sudah lama aku tak menghadapi keadaan ini akhirnya aku telah...
DEMAM!! 

Seksa gila bila dah selsema ni.. 
Teruk bebonor!!
Dah macam budak kicik je aku ni..

Dalam demam-demam nipun selera juga aku makan.
mau xnya, pelahap nasik lemak an susu tadi..
lalu gak aku makan..

suarapun dah ala-ala manje gitu..
Seksi lak tu..arghh!!
stress..

Thursday, 5 May 2011

Cameroon highland+sweet memory for us.

6 hari 5 malam.. akhirnya aku demam! wah perlu ke?? haha

Selepas 6 hari menghabiskan masa kt Cameroon akhirnya aku sampai dah kat UKM. 
Tak sabar nak menghitung hari balik umah..
Windu sangat-sangat an family.

Best sangat-sangat lepak kat sana.
Lepak an member-member suksis lak tu.
First time aku sampai sana..
Excited kot..

First naik cameroon memang terasa perubahan cuaca kat sana. 
Sejuk gila!! Terasa mcm kat luar negara lak.
Yang bestnya, First day kita owang kuar jogging,
asap kuar ikut mulut!!
Peh, excited.. haha..
Mulalah main tiup2 asap tu..
Macam dok kat tempat salji lak.,


Jom usha gambar aku kat sana..
First day aku kat sana down gila sbb aku kena sambut bufday kat sana. sesowang lak tu..
Lepas tu aku dah mula enjoy an member2 kat sana.

Kak Farah an aku.. Bertugas tengah malam.. =) 
Sahabat selamanya.. 

Second day, kami dibawa melawat strawberry farm..
First time tgk strawberry di pokok..
Excited gila.. =)







hari ketiga penuh dengan ceramah-ceramah ilmu keusahawanan..
Hari keempat kami dibawa keluar sekali lagi melawat mardi..
Terkagum seketika melihat pokok strawberry, epal, anggur dan pear di Malaysia..












Lepas best2 shopping kat situ kami posing maut!!
hehe.. kredit tok kamera kak farah.. =)

Hari ke 5 kami dibawa keluar untuk melawat kg sedia..
jom usha..


Hari terakhir kami di sini.. =P