Wednesday, 12 October 2011

Merempit bersama mereka..





usha-usha gambar aku ngan kekawan waktu renion hari tu..
teringt pula citer2 lama aku ngan diaowg,,
masing-masing dah ada haluan masing2..
budin dahpun jadi askar.. =)
Finas insyaAllah cg..
Salhah insyaAllah pengarah filem @ pelakon..
aku??
InsyaAllah seorang guru pendidikan khas..

Jatuh cinta dengan Pemandu Bas?

Assalamualaikum..
waktu dalam kelas lecture aku asyk bergurau tentang jatuh cinta dengan pemandu bas..
Pelik aku..
ada ke student U ni bercinta dengan Pemandu bas..
Pastu lecture aku gtau memang kes benarr..

Parah-parah..
Tapi haritu an aku ada nampak gakla sorg perempuan cun lepak ngan pemandu bas..
bukan main romantik lagi..
akupun xberani nk ckp eaowg ni ada pape..

TApi kalo pemandu bas dia macam nii..


aku pun NAK!! 

hahahaha...

Monday, 10 October 2011

Jom Amalkan!


Assalamualaikum!
mulakan hari yang best ngan mood yang baik..
Alhamdulillah..
masih dapat teruskan pembelajaran hari ni tanpa pape halangan..

waktu jejalan tengok folder picture tadi aku terjumpa gambar ni..
Memang PATUT diamalkan dalam kehidupan kita senharian..
Jom AMALkan!

selamattinggal.blogspot.com


waktu aku jejalan tadi.. 
aku terjumpa satu blog baru yg menyentuh hati aku untuk lebih kuat utk berubah..

gambar nipun aku ambil dari blog beliau..
tersentuh hati ni bila baca puisi yg beliau tulis..
seperti kena dengan kehidupan aku skrg,,

jujurnya aku kagum & respek dgn cara dia berdakwah..
ayat-ayat dia senang difahami & yg paling penting related dengan kehiudpan dia..
aku suka baca..
aku dah baca semua post dia..

apa yang special tentang blog ni,
setiap entry beliau akan selitkan gambar yg dicipta oleh beliau sendiri..
respekla..
semua berunsur islamik..
xcaya??
usha sendiri ea..

beristiqamah utk berpurdah


alhamdulillah..
semakin kuat niat aku nak berpurdah..
tapi sebelum aku ambil langkah drastik tu aku tengah cuba menutup aurat dgn sempurna dulu..

dulupun aku penah buat entry ttg nak berpurdah ni..

sekarang aku teruskan entry yg sama..
aku mula dengan pemakaian stokin lengan &kaki..
pastu ambil step pakai baju kurung..
& sekarang menjinakkan diri dengan jubah..

kekadang aku takut juga..
aku takut perubahan aku ni xkekal lama..
ikut fesyen.
tapi, jujurnya aku berubah sebab aku nak berubah..
sebab agama aku..
bukan sebab lain..

aku juga berubah sebab aku nak kawen..
aku nak dapat suami dan zuriat yang soleh..
sebelum aku ubah takdir aku,
aku kena ubah diri aku sendiri..

bila aku terbaca ayat ni.

"jika namamu yg tertulis di lauhul mahfudz utk ku, niscaya cinta itu akn t'tanam dlm diri kita.Tugasku bkn mencari dirimu, ttp mensolehahkan diriku.Wahai seseorg yg tlh t'tulis di lauhul mahfudzku, imamku & ayah dari anak2ku, engkau yg membersamai perjalananku nanti, aku percaya engkau sedang memp'baiki dirimu,memantaskan dirimu tuk jadi imam bg tulang rusukmu, & buah hatimu kelak.. InsyaAllah ♥ "

niat aku nak berubah semakin kuat..
moga Allah teguhkan niat ku ni..
Amin..

Sunday, 9 October 2011

Usah Risau jika BELUM BERPASANGAN =)


Assalamualaikum..
rindunya nak kembaali aktif ber'blog" ni..
cuma masa sekarang xberapa mengizinkan..
tanggungjawab sebagai pelajar masih belum ditunaikan sepenuhnya..
InsyaAllah dalam 2 3 hari algi aku akan menghidupkan blog ni balik..
tadi waktu jalan-jalan kat fb terjumpa satu artikel daripada seorang hamba Allah..
terniat aku nak share kat sini.. jom baca sesama..
Moga ku akn mendapat cinta dengan keredaan illahi..
Amin..





 USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA..~

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~

Tuesday, 4 October 2011

WarDance UPNM



officially saya mengumumkan bahwa esok perang!! hehehe..
Smart gila gambar ni..

Gambar ni disnap waktu aku melawat adik aku sambil cuci mata tengok askar2 kat UPNM..
kebetulan hari tu ada tarian perang & angah pun terlibat dgn tarian perang tu..
dengan excitednya aku merempit bertemankan kawan aku ke UPNM..

Serius BEST!
tarian perang mmg buat spirit aku naik..
kenapalah SUKSIS xbuat tarian tu..
kalau ada aku volunter pertama utk buat "wardance" tu..


tarian perang gaya sendiri kat bilik.. hehe