tinta aku menulis hari ini adalah berkenaan perihal "sekatan bekalan gula utk org Malaysia". Hak Warganegara Malaysia diketepikan di Tanah air kita sendiri!!! sungguh menyedihkan. Apa guna menggunakan konsep 1 Malaysia jika org melayu menganiayai bangsa melayu sendiri. kerajaan kita heboh mengatakan bekalan gula cukup utk semua rakyat Malaysia. walhalnya semua gula yang dibekalkan dijual secara sembunyi kepada orang siam kerana mereka sanggup membayar lebih utk sekilogram gula. Dimanakah hak kita sebagai warganegara. tujuan aku mencoret tinta ini bukan utk menjatuhkan sesama bangsa atau menyekat periuk nasi sesiapa. namun melalui mata pena sahaja aku dapat meluahkan ketidakpuasan hatiku. tubuhkanlah apa saja jabatanpun kalau anggotanya terlibat dengan rasuah aduan orang ramai seperti anjing menyalak bukit. suara anjing yang habis tapi bukit tak runtuh-runtuh. kalau boleh mahu saja aku menyatakan ketidakpuasan hatiku tentang isu ini kepada Pengarah jabatan-jabatan ini. Tapi aku tahu aku hanya seorang anak kecil yg berharap bersama 100 juta org dewasa yang menghalang. apa guna buka kedai jika barang-barang yg dijual hanya untuk orang siam?? baik buat signboard besar-besar tulis "kedai ini hanya boleh dimasuki oleh org siam sahaja"!! habis cerita. betul orang cakap.. baik lagi bangsa cina dan india berbanding orang melayu kita sendiri yang hanya tahu menjatuhkan satu sama lain. Hanya semata-mata aku bersuara tentang isu ini teruk aku dimaki oleh orang bawahan yang buta tuli dalam hal ini. entahlah. kalau setakat undang-undang cuma dimulut tapi tiada pelaksanaannya apa lagi yang boleh aku lakukan. hanya makan hati seorang. susah untuk orang memahami apa yang kita rasa sebab mereka tidak merasa apa yang kita lalui. Kalau boleh aku nak je pergi jumpa tauke kedai tu walaupun aku tahu keputusannya tetap sama. dapat makian free je. baru aku sedar susahnya menghadapi karenah birokrasi ini. entah apa yang akan jadi esok, akupun tak pasti. aku cuma berharap ada keadilan walaupun dibalik seribu penipuan. aku tak pernah rasa takut sebab aku tak membantah untuk benda yang salah. apa yang aku boleh berharap akan ada jabatan kerajaan yg menolong aku menyelesaikan masalah ini.. tolong aku!!! seorang gadis yang baru nak kenal karenah manusia yang suka menyusahkan bangsa mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment