Sunday, 7 October 2012

Majlis Bertandang oleh keluarga bakal Mertua

Alhamdulillah.. Selesai satu majlis bertandang untuk membincangkan dengan lebih dekat majlis Ijab Kabul kami. Sewaktu aku tengah sibuk menjadi PC family Day Fakulti, perbincangan 2 buah Family besar berlangsung. agak pelik bila aku takde untuk majlis tersebut tapi memandangkan aku ada test bahasa isyarat utk hari isnin terpaksalah aku berkorban sedikit.

Walaupun tanpa kehadiran aku majlis tu berjalan dengan harmoninya.. alhamdulillah. Bersyukur sangat. =D tapi lepas berborak dengan mak, dia cakap bakal mertua aku hadiahkan kain sepasang dan sehelai tudung tanda merisik. tak sangka pulak ada buah tangan yang dibawa.

aku sekarang ni tgh menghitung hari untuk majlis berlangsung dan tgh pening sebab persiapannya masih dihujung tanduk. kad pun blm ditempah.. InsyaAllah akan cuba mencari masa menyiapkannya dalam masa terdekat. doakan semoga Allah mempermudahkan urusan kami..


Bila ada rindu yang bertandang hati ini cuma nak memikirkan awak....



No comments:

Post a Comment