Friday, 31 December 2010

kerinduan.. ='(




salam kerinduan untukmu SITI NABILAH BINTI ANUAR.
Maafkan aku tika kala ini air mataku menitis kerana terlalu merindui mu. Terlalu singkat masa aku mengenali dirimu. ila, napa kau pergi dulu?napa kau tinggalkan kami? kenapa illa? saat mula kita dah makin rapat, kau pergi dengan terlalu cepat. kesian ustazah! mesti dia lagi terpukulkan?? aku sayang ko illa. sayang sgt.aku xtahu mcm mne nak lepaskan kau pergi. aku xtahu. Yaallaah. sakitnya hati aku sekarang. baru aku terasa kehilangan ko. aku baru rasa. aku baru rasa ketakutan tu. illa, maafkan aku. maafkan kesalahan ku. aku janji, aku akan buat yang terbaik untuk kita semua. aku xkan lupakan kau sepanjang aku dalam suksis ni. moga kau bahagia kat sana illa. moga kau ditempatkan dgn org2 yg beriman ea syg.. aku tahu kau akan tenang disana. aku sayang ko illa.. aku sayang ko.. kau sahabat kau teman sejati.. ='(

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Thursday, 30 December 2010

Ends of the YEAR 2010


Assalamualaikum.. =)
Alhamdulillah.. Sepanjat syukur aku ucapkan kepada ALLAH s.w.t kerana aku dapat mengecapi hidupku sehingga 20 tahun ini. Hari ni dah cukup setahun 2010. hari yang terakhir dalam 2010 dan esok akan bermula tahun baru untuk aku dan juga semua manusia didunia ni. kisah umur yang makin meninggkat, tanggungjawab yang makin besar, tahap kematangan yang seusia dengan kita dan mcm-mcm lagi dugaan yang mendatang akan kita hadapi dan akan dicoretkan dalam hdup kita. segala suka duka yang berlaku sepanjang kita hidup i akan menjadi kengan dan pengalaman yang akan buat kita lebih menghargai hidup ini.

Rumusan untuk sepnajang tahun ini :
Target aku untuk mejejak kaki ke Universiti, alhamdulillah telah aku capa. sekarang aku bergelar mahasisiwi uNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, bangi, selangor dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN KHAS). =) target yang aku tanam sewaktu aku kecil bejaya aku capai. =) terima kasih YAALLAH.

UMUR? Tahun ini juga aku mencapai umur GENAP 20 tahun. Dah tua! Mencapai umur 20 tahun menjadikan aku lebih matang dari dulu. aku dah mula fikir untuk merancang masa depan aku, membahagiakan family aku, nak jaga adik-adk aku, mak abah, mek dan orang yang aku sayang. tahun ni aku boleh hadiahkan kejayaan aku ke universiti pada abah dan mak aku!

KERJAYA?tahun ini juga aku dapat tahu betapa susahnya bekerja untuk mencari rezeki. aku sempat buat kerja sambilan di PETRONAS padang besarhampir 8 bula aku kerja kat situ. seronok. banyak pengalaman dan kawan-kawan aku kenal. aku dapat jumpa bermacam-macam ragam pelanggan yang ada didunia ni. xkira mat salleh, orang jepun, china, siam, pettani, mahupun rakyat tempatan. semuanya mempunyai ragam yang tersendiri. =) melalui karenah mereka jugalah aku kenal dunia ni.

CERITA CINTA? ada juga dalam kamus ni. =) alhamdulillah.. walaupun aku pernah beberapa kali putus cinta, tuhan sentiasa memberikan yang terbaik untuk aku. walaupun dia cuma insan yang terlalu biasa dari semua segi, tapi dia menerima aku dengan baik.menjaga aku dengan kasih sayang yang sangat cukup. aku sentiasa berharap kalau dialah jodoh aku, moga aku dan dia sentiasa dekat, namun kalau dia bukan jodoh ku, aku REDHA.. mungkin akan ada yang terbaik untuk dia dan aku.. INSYAALLAH..

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA? sekarang aku dlam SEMESTER ke2 bagi tahun 1 pengajian disini. alhamdulillah.. aku dah mula dapat membiasakan diri dengan keadaan ni. seronok berada disini bersama sahabat-sahabat aku disini. wlaupun semester 1 aku lalui dengan sukar, (homesick, give up) aku dapat hadapinya dengan baik. =) chaiyok2!!! result aku untuk sem ini juga agak memuaskan walaupun sebenarnya sangat3 memuaskan. dengan keadaan yang kucar kacir, study pn x, aku dapat 3.55 untuk permulaan pngk.. alhamdulillah.. aku akan berusa dengan lebih gigih pada semester ini untuk memastikan aku dekan!! insyaallah..

ROOMATE? she's awesome! Seorang roomate dan sahabat yang sangat2 baik bagi aku. aku dah anggap dia mcm family aku dah. NURUL HAFIDFAH nama tuan puteri ini. =) untuk awak, saya ucapkan terima kasih byk2 sbb baik an sy.. sy syg awak sgt2.. jga diri ea.. sy xthu kita akan berpisah bilik dengan siapa utk thn 2 tapi harp kita still kwn 4ever! janji ea.. =)

Sunday, 26 December 2010

koc merah jambu =)



hari ni hatiku tergerak untuk menulis tentang ragam manusia yang pelbagai ku jumpa hari ini. kisah ini bermula apabila angah meminta aku menghantar barangnya. ditemani oleh FIFA aku berjaya juga sampai di Bandar Tasik Selatan. =) hehe.. (First time naik sendiri)

Kami melangkah masuk ke koc merah jambu (koc wanita). Sampai saja di perhentian Kajang ada 2 orang mamat ni dengan selambanya masuk ke koc wanita. dia berada betul-betul dihadapan aku. aku terus terfikir, dia ni tak pandai membaca atau buta huruf??? tak nampakkah tanda yang ditampal di depan train?? begitu banyak bahasa yang ditulis takkan satupn xfaham???

Dahla masuk koc wanita, dengan selambanya duduk. sepatutnya mereka memberi ruang kepada wanita-wanita yang ada dsitu! bukan dengan muka yang xmalu langsung berada di atas kerusi yang sepatutnya untuk wanita. agaknya mereka semua lelaki yang menaiki koc wanita ini mengalami kekeliruan identiti kot?? (hehe.. pelik bila ada orang x pasti dengan dengan jantina masing2)

apapun, memang patut kenderaan awam menyediakan tempat duduk khas untuk penumpang-penumpang wanita. Sekurang-kurangnya terasa agak selamat berada dalam keadaan itu. walaupun terdapat segelintir LELAKI yang mengalami krisis identiti..=)
pesanan untuk semua merah jambu : Pertahankan HAK KITA! =)

Monday, 20 December 2010

Perkampungan Family MATK 15 IZISH 2010..




PERKAMPUNGAN??? jawapan pertama aku "Bencinya"!! mana taknya, orang lain dapat bercuti selama lebih sebulan aku hanya boleh berada bersama adik-adik 3 minggu sahaja. Namun aku kuatkan juga semangat. Mungkin ada yang boleh aku pelajari disitu. (Walaupun dengan berat hati aku menaiki bas seminggu setengah lebih awal dari sahabat-sahabat yang lain).

Sampai sahaja di pejabat aku terus chek in bilik. blok c, bilik 106. (dlm hati mengomel-ngomel sbb xdpt blk sendri) =) Sempat juga aku menjeling kertas pendaftaran perkampungan untuk melihat siapa gerangan tuan punya bilik yang akan aku tumpang nanti. "siti Rohimah" siapa dia ia?? aku tak pernah kenal dengan nama tu. dalam hatiku cuma berdoa moga dia juga macam roomate aku. sporting!

Mula-mula kenal dia, agak senyap. Takut aku nak menegur, tapi disebabkan teman sebilik.. terpaksala aku mencari topik untuk berbual. Kebetulan juga dieja xde bilik nak tidor sbb dia chek in lewat, jadi aku suruhla dia tumpang bilik aku. Masuk saja hari kedua aku dah mula rapat dengan mereka. Baru aku tahu, roomate perkampungan ku ini sangat baik dan spotan! sweet!! seronok berada dengan mereka berdua sepanjang perkampungan. Alhamdulillah, aku dah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan perkampungan dan hubungan kami yang agak rapat sekarang.

Dari mereka berdua juga aku mengenali kak Mia & kak Pie. selama satu semesta aku dan 2 orang sis nie berada dlm satu aras, namun tak pernah nak bertegur sapa. akhirnya di perkampungan juga kami mengikat tali persahabatan. seronok sangat berkenalan dengan mereka-mereka ini. =")

Di perkampungan juga aku mula rapat dengan semua orang yang selama nie aku sendiripun xberapa kenal. di situ juga aku mendapat nama gelaran yang baru dan dapat moto baru.
:cik POLIS.. MESRA, CEPAT&" BETUL:a
comel kan?? hehe.. semuanya mula bila abg EIJAN memanggil ku cik polis kerana di sini hanya aku dan adam yang join SUKSIS UKM. so, agak famousla.. hahaha

Masa memang cepat berlalu kalau kita enjoy dengan apa yang kita buat! betul x?? yup!! aku sangat2 setuju dengan statement tu! =) sekejap sahaja aku rasa masa berjalan. walaupun cuma seminggu setengah aku berada di perkampungan, namun banyak yang aku dapat.
Terutamanya sewaktu mass marketing & shop to shop! dapat pergi masjid Jamek n Mid valley an deorg.. tgk wayang sme2.. Kenangan kita semua akan aku abadikan dalam hati dan moga korang semua berjaya dunia dan akhirat..
SAHABAT SELAMANYA.. Family MATK 15 2010/2011

Friday, 3 December 2010

kisah saya =)



ini kisah hidup saya!
Dalam kehidupan ni saya dah lalui macam-macam perkara yang mewarnai hidup saya dengan pelbagai warna dan gambar. Semua EMOSI ini mengajar saya untuk lebih MATANG untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Membesar sebagai seorang anak SULONG yang terpaksa BERDIKARI untuk menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik yang lain. BELAJAR untuk bekorban banyak PERKARA demi keluarga adalah satu pengalaman yang sukar untuk saya lalui dan lupakan. masih segar dalam benak ingatan ini bagaimana saya menghadapi PROSES ini bersama-sama kawan-kawan yang seumur dengar saya dahulu.
Kini, mungkin saya sudah setapak MAJU. berjaya menempatkan diri di menara GADING merupakan kejayaan terbesar saya buat masa sekarang. saya tak mengharapkan lebih daripada berjaya dalam kehidupan ini dan MEMBAHAGIAKAN orang-orang SEKELILING yang saya sayang terutamanya keluarga say! (Abah, Mak, & adik-adik)
Saya bukanlah pelajar yang cemerlang sepanjang PENGAJIAN saya di bangku sekolah! saya tidak lulus ujian PTS semasa berada di darjah 3. saya cuma mendapat 2a3B sewaktu di darjah 6 (UPSR), di sekolah sewaktu berada ditingkatan 1 saya cuma berada di kelas yang kedua. saya berjaya naik ke kelas pertama sewaktu tingkatan 2 dan turun semula ke kelas yang ketiga sewaktu tingkatan 3! cuma berjaya mendapaat 3A5B sewatu PMR, dan agak membanggakan sedikit bila sewaktu ditingkatan 4&5 berada bersama-sama kawan-kawan seangkatan mengambil aliran PURE SCIENCE dan mendapat result yang tidak membanggakanpun.
Namun, saya sedar, target yang saya impikan perlu saya capai. walaupun menolak untuk meneruskan pengajian bagi peringkat DIPLOMA, saya dengan semangatnya meneruskan SIJIL PELAJARAN TINGGI MALAYSIA di smkpbu bersama-sama 8 orang sahabat yang lain.
ALHAMDULILLAH!! Allah, makbulkan doa saya! saya berjaya lulus cemerlang, dan melepasi ujian MEDSI dan interview di UUM, akhirnya sepucuk surat sampai kerumah saya menyatakan saya LAYAK mengikuti pengajian IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN KHAS) di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Saya sedar bukan mudah untuk SENANG! tanpa usaha dan doa dariapada guru-guru, ibu-bapa, sahabat handai, sedara-sedara, tidak mungkin saya akan berada sampai ketahap ini.
Kisah ini akan saya akhiri bila saya sudah menggenggam segulung ijazah dan akan saya hadiahkan ijazah itu kepada MEREKA semua!!
InsyaAllah, dalam masa 4 tahun lagi saya akan bergelar PENDIDIK! dan saya amat bangga memegang tittle "MAHASISWI UKM"!!!