Friday, 9 March 2012

sayang mak!

Aku memberi salam dan bertanyakan kepada staf yang bertugas di kaunter pertanyaan . Oh
 Inikah Anaknya ??? Kata Staf Di Rumah Itu. Aku Tak Mengerti Maksudnya. Dia Menghulurkan Sepucuk Surat bewarna putih yang seolah olah melambangkan kesucian penulisnya. Hatiku Mula Bermonolog, Siapa Pula Yang Khawin Ni ?? Tetapi Apsal Namaku Tiada ??? Ku Mula Membacanya .

JANGAN TINGGALKAN IBU NAK ......

Nak ....
Jangan Tinggalkan Ibu Ya
Ibu Sunyi Nak 
Biarlah Ibu Ditengking Oleh Mu Saban Waktu
Ibu Redha Nak

Nak ....
Jangan Tinggalkan Ibu Nak 
Ibu Takut Nak 
Ibu Lebih Rela Bila Dipukul Oleh Mu Nak
Ibu Pasrah, Semua Salah Ibu Nak

Nak .....
Jangan Tinggalkan Ibu Ya
Ibu Janji Akan Bersihkan Diri Ibu 
Ibu Tahu Anak Malu Dengan Isteri 
Dan Kawan kawan Kamu Kan 
Nak ....

Jangan Tinggalkan Ibu Nak 
Ibu Janji Ibu Akan Cari Rezeki Sendiri
Ibu Tak Akan Mintak Se Sen Pun Duit Anak
Kerana Ibu Tahu , tanggungjawabmu Besar

Nak ...
Jangan Tinggalkan Ibu Ya
Kerana Bila Tiba Masanya 
Ibu Sendiri Yang Akan Meninggalkan Dirimu

Nak ....
Ibu Terpaksa Meninggalkanmu Sepucuk Surat 
Kerana Memang Taqdir Ibu Ditinggalkan 
Dan Ibu Tak Dapat Melihat Cucu Ibu 
Ibu Hanya Dapat Melihat Orang Orang Senasib Ibu 
Di Rumah Pengasih Ini Kami Bercerita Anak Anak kami

Nak ...
Jangan Bimbang Nak 
Ibu Tak Pernah Memburukkan Mu
Ibu Selalu Mengatakan Mu Anak Yang Baik
Sungguhpun Tuhan Sahaja yang Mengetahui

Nak ...
Jangan Lupa Sedeqaahkan al Fatihah 
Hajat Ibu Nak Kamu Jadi Imam Jenazah
Tak Kesampaian, Ibu Redha Anak Dunia Ku
Mungkin Ini Kifarah Dosa Lalu Ibu
Sesungguhnya Tuhan Itu Maha Adil Anak Ku

Nak ...
Ibu Dahaga Nak ...
Ibu Bukan Dahaga Air Nak 
Ibu Dahagakan Kasih sayangmu
Ibu Dahagakan Suara Kecilmu Memanggilku Ibu Mu
Bukannya Orang Tua Tak Sedar Diri

Nak ...
Jangan Bersedih Ya 
Ibu Akan Meninggalkan Mu
Untuk Beberapa Ketika Lagi
Ibu Nak Berehat Selama Lamanya
Tak Sanggup Hidup Lama Di Dunia Ini 

Selamat Tinggal Nak 
Selamat Tinggal
Selamat .........

Yang Benar ,
IBU MU
-Penunggu Setia -

Tangan Aku Menjadi gigil seolah olah diserang penyakit gila babi setelah terrrr.. Aku Terpaku Seketika...Maka Terlepas Sepucuk Surat yang cukup menyentak emosiku ...Selama Ini Aku Hidup, Amat Mahal Air Mataku , Akan Tetapi Bila Ku hayati Bait Satu Persatu ...Rasa Seolah Olah Tubuhku Melayang Ditiup Bayu. Aku Berlari mendapatkan Ibu. Ku Memegang Erat Jari jemarimu Ibu yang Sejuk ....Ku Hanya Mampu Memanggil Namanya ..IBU ...IBU...IBU... I LOVE U IBU...

No comments:

Post a Comment