Topik hari ini : Penyeludupan minyak disempadan.
Topik yang aku nak bincang pada hari ini ialah topik pengeksploitasian minyak secara besar-besaran ke sempadan negara jiran kita.. Thailand.. apa yang aku kesalkan bila yang menjadi dalang dalam hal-hal ini ialah rakyat Malaysia sendiri. Bayangkan betapa sesaknya stesen minyak yang dikerumuni serangga kecil yg menyedup subsidi untuk rakyat Malaysia dan di jual ke Luar negara. Bukan seorang dua yang menjual subsidi kita ke sempadan. tidak kiralah minyak diesel atau petrol. kedua-duanya dijual sewenang-wenangnya ke luar negara. hendak dibahaskan tentang badan yang ditubuhkan untuk menyekat kegiatan ini agak sukar. Jangan disebabkan nila setiti habis rosak susu sebelanga. Bukan niat untuk menuduh mana-mana agensi kerajaan yang terlibat. Tapi bukti sudah jelas lagi bersuluh. Baik UPP,KPDN,JPJ,POLIS, dan agensi lain terlibat dalam rasuah bagi menghalalkan kegiatan ini terus menerus berlaku .Walaupun bukan semua anggota yang mengambil rasuah, namun disebabkan segelintir penyangak yang terlibat, kredibiliti mereka telah jatuh. kemana hilang integriti yang diterapkan semasa mula-mula menyertai pasukan tersebut dulu? Jika dulu, tangki yang digunakan ialah tangki 'standard', kini sebuah kereta kancil boleh memuatkan hingga 141 liter minyak dalam satu-satu masa. Kereta dari jenis corona dan KE88 boleh memuatkan hampir 1000 liter dalam satu-satu masa. Begitu banyak subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk kesenangan rakyat dialir ke luar tanpa rasa bersalah. Golongan ini boleh digelar penyamun kerana merompak subsidi negara untuk keuntungan tanpa memikirkan kesan akibat daripada perbuatan mereka ini. Menyeludup minyak petrol atau diesel bersubsidi seolah-olah sudah menjadi pekerjaan bagi segelintir mereka untuk mencari nafkah. Terdapat sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran dengan sempadan yang menjadi tumpuan penyaamun-penyamun minyak ini untuk mencari 'rezeki'. Diantara jam 7 hingga 11 pagi, stesen ini jika dilihat dari pandangan jauh memang sibuk dengan kereta-kereta yang ingin mengisi minyak. Namun begitu, jika dihampiri sebuah demi sebuah kereta, kita dapat lihat meter pam minyak mencecah RM800 bersamaan 1440 liter. memang memeranjatkan. pelbagai peringkat usia yang menjadikan penyamun minyak ini sebagai pekerjaan tetap mahupun sambilan. diantara waktu tersebut, stesen ini kelihatan seperti pasar tani. dipenuhi dengan kereta-kereta yang bersiap sedia untuk menyamun. seperti ada sebuah pesta besar yang berlaku apa bila melihat keriuhan dan keramahan penyamun-penyamun tersebut. bukan niatku untuk melabelkan sesiapa tetapi itulah kenyataan yang berlaku dihadapan mataku sehari-harian. letih, jemu dan bosan menanti ada pihakn yang akan sekeras-kerasnya akan menghentikan perbuatan ini. Entah bila kegiatan ini dapat dihentikan sepenuhnya..
No comments:
Post a Comment