Thursday 17 February 2011

Cerita hati..




saya tahu saya tak layak untuk berada disisi awak sebagai seorang kekasih walaupun saya berharap untuk menjadi seorang isteri untuk awak. saya sedar saya tak secantik orang yang awak puja walaupun saya harap saya yang awak akan pandang selalu. saya tahu akan kenyataan yang saya tak semanja dia bila bercakap dengan awak kerana saya nak awak sedar dengan sendiri bahawa saya akan manja dengan orang yang saya sayang sahaja (iaitu awak). saya sedar bila saya tak selembut dan seayu perlakuannya namun saya nak awak juga sedar bahawa saya bukan hipokrit. mungkin saya tak selembut dan seayu dia pada pandangan mata awak, namun saya juga seorang wanita sama seperti dia. Mungkin awak tak sedar bahawa setiap kali awak bercerita tentang dia hati saya sakit sangat, namun saya hanya boleh diam dan mendengar sambil tersenyum supaya awak tak sedar keadaan hati saya ketika itu. Saya cuma nak awak tahu yang saya juga seorang wanita biasa walaupun saya agak kasar berbanding wanita yang lain namun hati saya juga seperti wanita yang normal. ingin merasa dicintai dan mencintai seorang lelaki yang bergelar suami. mungkin terlalu awal untuk saya membicarakan tentang rumah tangga kerana umur baru menjejak 21 tahun pada 3 mei 2011..
Tapi rasanya tak salah kalau saya nyatakan cinta sejati saya hanya untuk bakal suami saya dan saya harap sangat kita akan diijabkabulkan. saya cuma boleh berharap.. saya sendiri tak pasti berapa lama saya boleh berharap. menunggu kasih sayang dan cinta yang tulus dari awak..
walaupun saya sedar keadaan itu tidak akan berlaku namun entah kenapa saya masih belum boleh berhenti berharap.
JUJURnya, saya tak pernah berharap untuk berkenalan dengan awak. Tapi awak yang mulakan perkenalan kita. awak yang mencipta rasa kasih dan sayang ini. tapi, entahla... sekarang apa yang saya boleh buat hanya berdoa moga jodo
h awak dan orang yang awak sayang didekatkan..
Melihat awak gembira sudah cukup untuk buat saya tersenyum.. walaupun hati saya menangis.. =) moga kebahgiaan milik kita BERDUA.. (masih menunggu)!!

2 comments:

  1. sedih bile bc luahan hati awk nie...hope awak tabah harungi dugaan Tuhan k...

    ReplyDelete
  2. Thanks Darleena.. =)
    InsyaAllah.. Moga kita kuat menghadapi dugaannya..

    ReplyDelete