Tuesday 8 February 2011

permulaannyaa disini..


Assalamualaikum.. =) akhirnya, aku mula mencoret semula ceritaku pada warkah kali ini. Sudah hampir sebulan aku tidak singgah utk mencoret perkembangan hidupku. Keterbatasan masa dan kesibukkan kerja buat aku tiada masa untuk update blog walaupun aku sudah merinduinya.
Aku baru balik dari camping bersama SENIOR di Kuala Woh, Tapah, Perak. Perkhemahan ini diadakan untuk senior suksis skuad 1 yg bakal ditauliahkan sebagai INSPEKTOR sukarelawan bulan 6 ni. Aku ditugaskan sebagai penolong pc disana. Takut, excited, gembira, sedih semuanya aku rasa.
Aku terpanggil untuk menulis tentang seorang SENIOR yang sangat-sangat unik bagiku. Namanya cik MUBARAQ. Pertama kali aku jumpa dia sewaktu dipejabat suksis. Kalau tak silap hari rabu (sbb dia pakai UNIFORM). Mula-mula tengok dia hatiku cakap dia SMART!! =) bagi aku dia sangat-sangat berdisiplin. Respeklah dengan dia. Aku selalu jumpa dengan dia tapi aku tak berani tegur sbb muka dia serius sangat. Susah nak senyum & kalo berjalan tak tengok kiri-kanan.. lurus je.
Second times, aku jumpa cik senior nie waktu aku join SKUAD BANTUAN BANJIR di KEDAH. 4 orang senior aku yang pergi, Cuma dia sorang je aku xcakap n xtegur! Sombong gila dia! Siyes!!! Dari situ aku nilai dia seorang yang sombong, ego yang tinggi dan tak suka berkawan. Ada juga aku perhatikan dia masa khidmat masyarakat tu. Tapi aku tengok dia cepat je mesra dengan geng-geng PALAPES kat sana. Cuma dengan perempuan je dia xcakap. (rasanya xcakap langsung kot)
Sekarang, kali ketiga aku jumpa dengan dia. Di perkhemahan tahunan skuad 1, suksis ukm. Masih dalam keadaan yang sama, aku menilai dia sebagai seorang yang sombong dan negative! Kisahnya bermula bila dia mula maki hamun pc waktu NIGHTWALK. Sakit hati. Kita nak tolong dia, dia marah-marah pulak. Dah la waktu main game rebut kerusi awal-awal lagi dia tarik diri & buat perangai. Sebenarnya dah lama aku dengar khabar yang perangai dia memang jenbis yang serius & tak berapa berminat untuk berkawan dengan junior. Tak sangka pula aku akan tengok betul-betul perangai dia.
Jujurnya, aku respek sangat dengan sikap dia!! Hidup dan cara hidup dia penuh dengan disiplin. Cara dia bercakap, cara dia berpakain memang sangat kemas. Memang dia sangat menarik perhatian ku bila selisihan sewaktu di KKM. Bagi aku, kalaulah semua lelaki yang join suksis tu ada sikap macam dia, mesti suksis akan mantap. Nak dijadikan cerita, aku ditugaskan menjadi Mc utk Game KENANGAN TERINDAH yang melibatkan skuad 1. Aku cuba buat sehabis baik supaya senior rasa enjoy dengan game tu. Alhamdulillah. Sambutannya sangat positif. Secaraa kebetulan aku kena menemubual cik Mubarak. Agak gementar bila tahu dia yang keluar untuk berkongsi pengalaman. Tapi lain pula jadinya, dia sangat-sangat sporting & positif sepanjang game tu berlangsung. Sejak tu aaku dah mula merubah sedikit persepsi aku tentang dia. Dia takla jaahat sangat macam yang aku fikir & yang paling aku tak boleh lupa, itu kali pertama aku bercakap dengan dia dan tengok dia senyum. =) comel sangat.
Malam yang terakhir aku ditugaskan menjadi mc utk majlis perasmian penutupan bagi program tersebut. Kebetulan waktu itu bersama-sama dengan persembahan kumpulan. Menakutkan bila tahu cik mubaraq menyanyi. Bukan sebab suara diaa taak sedap, tapi sebab dia yang serius tu menyanyi! Wah.. beruntung sangat rasanya. =) habis saja majlis tu, aku terus beredar ke “dapur” utk tolong kemas memandangkan esok kami semua akan berangkat balik ke UKM. Sewaktu sedang makan ada seorang pc dtg dan panggil aku. Masih aku ingat ayat dia. “zahidahkan? Cik mubaraq nak jumpa” nak tersedak aku bila dengar namaku. Terus otak ni berputar ligat mencari apa kesalahan yang aku dah buat. Sempat lagi aku bertanya untuk kali kedua dia panggil saya ke?? Lucu betul. Entah kenapala aku takut sangat dengan diakan?? Aku bole hati aku ni berdegup kencang. Yela, tiba-tiba je cik mubarq nak jumpa. Pelik tol! First soalan aku Tanya dia “cik nak jumpa saya ke?” aku tengok dia senyum. Pastu dia cakap dia nak jumpa aku sebab nak kenal dengan aku. Lepas tu dia ajak aku pergi jauh sikit dari tempat tu sebab nak bercakap dengan aku. Kalau tak silap dekat 2 kali aku dan dia pusing-pusing dataran. Bersembang. Macam-macam perkara yang kami bualkan. Dari SUKSIS sampailah ke hal personal kami. Dia ajak aku duduk dibangku. Jujurnya aku dah mula rasa tak selesa. Bukan kerana aku tak suka lepak dengan dia, tapi sebab aku tengah bercakap dengan orang yang sangat POPULAR. Sedar atau tak aku dan dia habiskan masa untuk berbual hampir pukul 3.30 pagi. =) Alhamdulillah. Rupanya banyak perkara yang aku fikirkan tentang dia tu salah. Dia sangat berbeza dari perspektif yang aku fikirkan.
Kini aku tahu yang dia memang suka menyanyi, mempunyai ego yang tinggi melangit, ada disiplin yang tinggi. Walaupun aku dah mula kenal dengan dia, tahap respek aku pada dia tetap tinggi macam aku mula-mula kenal dia dulu. Apa yang aku tak boleh lupa bila dia ajak aku makan sekali masa singgah di tapah. =) terasa makan dengan orang yang popular pula.

1 comment: