Thursday, 31 March 2011

Demam assigment!

wah!! dah beberapa hari aku xsempat nk update blog. sibuk gle an assigment. bayangkan semalam aku tak tidur semata-mata nak ciapkan 3 assigment yg memang wajib hantar gari nie!! kepala dah ase bengong sekejap.. =( Papepun aku telah berjaya menyiapkan ketiga-tiga assigment dgn bangganya.. hahaha..Walaupun mata saya dh ada tanda-tanda bakal menjadi mata panda! @_@ hohoho.. coMel giler!! 

Sunday, 27 March 2011

hati

Hati oh hati! kenapa engkau Tutup hatiku untuk rasa CINTA & SAYANG?? Kemanakah hilangnya rasa cinta dalam diri ini? kenapa hati ni seolah-olah ditutup untuk menyayangi & mencintai seseorang?? 
YAallah.. berikanlah aku petunjukmu.. dekatkanlah aku dengan jodohku. Jauhkanlah aku dari rasa cinta dan sayang yang pura-pura. 
Kepada sesiapa yang pernah aku sakitkan hatinya.. maafkan aku! dari sejak pertama kita kenal hinggalah sekarang.. Mungkin diri ni penuh dengan kekurangan. maafkan aku atas kekurangan diri ini..

Chill Girl~

Chill bila dapat have fun dengan latihan SUKSIS hari ni..
First dapat Praktikal Menembak untuk persediaan Minggu DEPAN!!
Second dapat HAPPY an diri main NETBALL an senior-SENIOR tadi. Kalau tak silap, Last aku main Netball ni masa aku form 5. wah!! dah tua ruapanya aku ni. (= maksudnya dah hampir 4 tahun jugalah aku tak sentuh langsung bola jaring tu. terasa MUDA kembali.. hehe.. Yang GEMPAK & BEST nya, group JUNIOR menang Vs Senior.. Kebetulan nasib kami baik. Tapi Menang TIPIS je. 11-9. lagipun main tak ikut RULES pn main suka-suka hati je!!

Third, Aku dapat lepaskan STRESS yang aku simpan hampir 3 minggu dengan MENJERIT di PADANG KAWAD & masa main netball tadi (dah mcm org tak siuman) hahaha.. LANTAKlah.. yang PENTING kepuasan dia boleh buat AKU ChiLL balik MOOD aku.. =)
* Thanks untuk semua KEGEMBIRAAN yang aku dapat hari ni.. Nak senyum sampai ke TELINGA malam nie.. =)

Thursday, 24 March 2011

Pencuri!! & Mak.

Betul kata orang! Malang memang tidak berbau. Masa Dinner kolej, Beg sandang adidas aku hilang dalam keramaian. Sedih gila!! First time aku hilang barang berharga. bayangkan, kat dalam beg tu semua Benda-benda PENTING ada! (wallet ~ic, duit, kad bank, lessen, kad matrik, kunci motor, kunci bilik, 2 hansed, mp3) bayangkan macam mana keadaan aku masa tu?? YAALLAH.. hanya DIA yang tahu apa yang aku rasa hari tu.
Entah kenapa aku tak rasa beg tu hilang, cuma tercicir. Memang betul jangkaan aku. tapi apa yang buat tersentuh bila aku coll mak aku nak gtau dia sal barang hilang, dia langsung tak marah aku. Dari aku yang tak nangis, terus air mata aku menitik.
Tersetuh sangat bila mak aku langsung tak marah. Dia berikan semangat lagi. Jujurnya lepas dari kejadian tu rindu aku pada mak & Mek semakin tinggi. Asanya nak balik je umah sekarang! =(
Tapi bila fikir-fikir aku kena kuat. aku tak boleh lemah sebab bila aku lemah adik-adik akupun akan lemah. Susah juga jadi anak sulong ni. Semua benda yang aku buat aku kena fikir tentang mak, abah adik-adik. Tpi InsyaAllah, selagi aku boleh aku akan jadi Kak long yang terbaik dan anak yang terbaik dalam keluarga. 


Disebabkan hp aku hilang mak aku kirimkan hp baru buat sementara waktu untuk aku guna. tapi yang buat aku betul-betul terentuh bila ada satu nota yang terselit dalam kataak hp tu.... Mak pesan, semua orang sayang along. dia suruh aku jaga diri baik-baik kat sini. Terus rasa rindu ni rasa banyak sangat! Rasa hari-hari nak coll mak.. nak gitau mak along rindu mak..='(

along sayang mak sangat-sangat!! =(

Wednesday, 23 March 2011

Buah hati baru mak

Semenjak dia hadir dalam keluarga kami, kasih sayang mak dan abah bertumpu penuh pada dia. Semuanya tentang dia. Kalau setiap hari tak nampak kelibat dia boleh tak makan mak dan abah sebab risau. tapi kalau satu hari tak nampak aku dan adik-adik dia call je. xcaripun. akupun pelik kenapa. Entah apa yang bagus sangat tentang dia tu!! kekadang rasa kejelezsannya. tapi bila pikir-pikir takde sebab pun nak jelez. aku dah besar, so, kenalah mengalah pada yang kecik an.
Kalau pergi mana-mana mesti mak aku bawa dia. siap duduk atas riba lagi. Menyampah tol! adik aku yang kecikpun xmacam tu. Kalau dia, siap didukung lagi. Tapi sebenarnya diapun buah hati kami sekeluarga. walaupun dia mendapat sepenuhnya kasih sayang dari yang lain, namun aku gembira dengan kehadirannya mak & abah aku gembira dan tenang walaupun kami tak de di sisi. aku tahu, mak ngan abah sayang kami. KASIH sayang & Chenta & Kasih mak & abah untuk kami xkan berubah hanya kerana dia a.k.a Fify..
Tentu korang nak tahu sapekan buah hati kesayangan mak tu?? jom usha gambar dia... =)
 ..................................................................................................................
......................................................................................
.......................................................................
.................................................
..........................
............

 * nielah dia Fiffy.. comel an?? (comel lagi ida!) hehe.. =)

Tuesday, 22 March 2011

Rindu..

Perasaan yang tak stabil! dalam 2 3 hari ni aku cuma fikir nak balik jumpa Family je. =( Rindu sangat-sangat kat mak, abah & Adik-adik. YaAllah.. kuatkanlah hatiku. tabahkanlah hati ini dengan segala dugaan yang kau berikan. 
ENtah kenapa makin aku meningkat dewasa aku makin Lemah dengan situasi. Mudah nangis, mudah down. Aku sendiripun pelik. napela aku jadi mcm nie. sedangkan dulu aku sangat kuat! tabah! xmudah nangis. =( Mungkin kejauhan buat aku mcm nie..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> aku Miss my "degil" adik & abang!<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

aku & web cam!

Ait readers.. =) mlm yg sunyi nie buat aku terpanggil untuk menulis satu entri berkenaan dengan cerita tentang aku &web cam!! ada satu perkara yang paling aku suka buat bila aku bosan. ambik gambar guna web cam. (nak guna hp, hp lekeh je) hehe.. so, kita patut menggunakan apa yang ada. betul x?
Kebetulan, sekarang aku dah pandai pakai shawl. jd banyakla gambar aku dlm web cam yang pakai shawl.. =)
jom usha gambar web cam aku yang jadi koleksi dan memberatkan LAPY!!












* Gila kamera..

MATK !5.. IzIsH 2010/2011

Alhamdulillah.. akhir dinner yang dirancang Berbulan-bulan sudah selamat di jalankan. Walaupun  ada sedikit kekhilafan namun program berjalan seperti yang ada dalam Tentatif. =)
Lepas satu beban yang ditanggung. kalo x, mesti aku still serabut dengan atur cara program & Gimik!!
Jom usha gambar dinner kolej saya! Kolej Antarabangsa Ibu Zain..

Putih itu Besrsih.. =)

Sahabat Matk!


yanie, ehan, me!


effa..


abang bob & ain..



Peace. 


Bestfriend ever! =)

Chill!!

Friday, 18 March 2011

Sunnah memotong kuku.

Akhirnya jumpa juga dengan cara memotong kuku dengan betul. moga dapat dijadikan amalan.. =)

Wednesday, 16 March 2011

my Roomate


Assalamualaikum!! =)
Ait.. entri kali ni saya nak ber'story' tentang seorang sahabat, bakal guru & roomate.
Jujurnya, dia sangat manis untuk di pandang. tak terlalu lembut, tapi xkeras. pelik tol! kadang-kadang sypn keliru dengan sikap dia. tak boleh nk kategorikan dia. 
Apa yang paling saya suka tentang dia, bila dia selalu layan perangai gila saya waktu kat bilik, kelas atau kat tempat lain(sbb kita owg slalu kuar skali). Dia seorang yg cool, relaks, baik. boleh dikatakan sikap dia dgn aku berlawanan. (ida vs fifa)
Tapi apa yang paling buat aku chayunk sgt dia nih, dia sabar sangat dengan aku. selalu bagi nasihat kat aku. selalu jaga aku n buat aku happy.. 
Walaupun kadang-kadang aku terasa hati dengan dia, tapi biasala. tu namanya asam garam kehidupan.. 
aapapun.. kepada roomate ku : Nurul Hafidfah binti Sarbini..
Thanks sbb jadi org yg paling rapat dgn aku sekarang..
Moga terus sukses dan berjaya dalam hisup & dapat cinta =)..
tak sabar nak tunggu nasi mi nyak awk..
thanks sbb layan perangai gila saya ni..
thanks sbb sabar an saya.,

.




Chayunk awak!!

Tuesday, 15 March 2011

anak 'ibu'

Assalamualaikum..
Akhirnya, saya dah dapat 'my cute' baby girl. =) rina & zana.. Alhamdulillah, sahabat saya sudah selamat melahirkan anak 28 hari yang lalu. "Farzana" buah hati baru saya. Tak sabar nak balik jenguk anak buah baru. Seronok bila dengar sahabat-sahabat saya akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni. 
Cepat jodoh mereka. moga berkekalan hingga hujung hayat dan ceat-cepat buat saya jadi aunty lagi.. =)
*Mengharap saya juga akan berkahwin awal.. =)

Monday, 14 March 2011

untuk awak..

Awak ingat lagi tak
First time kita jumpa?

Awak selalu panggil saya "awek"!
Awak selalu ganggu saya buat kerja!

Masa tu saya benci sangat kat awak
Sebab awak suka meyakat saya..

Tapi,makin lama kita kenal
makin kita jadi lagi rapat.

Kenapa awak buat saya senyum ea?
kenapa awak selalu je ada dengan saya?

sekarang kita dah makin rapat
sampai susah nak dipisahkan..

saya dah mula sayang awak..
awakpun dah tak boleh jauh dari saya..
harap kita akan kekal macam ni!!

Janji ea awak!!!

Saturday, 12 March 2011

Maaf! saya mencintai awak dalam diam..

Untuk awak..
dari saya seorang sahabat yang hanya boleh mencintai awak dalam diam.. 


jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... dengan begitu kau telah memuliakan dia, karena kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mau merusak kesucian serta penjagaan hatinya..

dengan diammu…

itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

dengan diammu….

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya .. karena mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ????? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ... tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ....

Kawan…..

dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan ... kekuatan sebuah harapan ... hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata... bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?????

Kawan…

jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata…. biarkan ia tetap dalam diam ... jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengarungi hidup bersama... biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati...

karena yakinlah…. Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. bersabarlah dalam diammu… karena tulang rusuk takkan tertukar apalagi nyasar…


Friday, 11 March 2011

Untuk mu bakal Suami ku.. =)


Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar
Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru,
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.
Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru,
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru,
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.
Justeru itu,
wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
*kredit kpda sauadar Din saudagarmimpi diatas puisi yg mengagumkan ini.. =)

Thursday, 10 March 2011

SMK Jln Reko~Permulaan!

First Time kembali sekolah!! sangat-sangat TERUJA.
Dah hampir 2 tahun aku tinggalkan alam PERSEKOLAHAN, tiba-tiba hari ni aku akan kembali ke sekolah untuk menyiapkan tugasan assigmentku yang sudaah tinggi berbukit!

Assigment 1 : Dr. Hanafi ~ Pengenalan kepada Pendidikan Khas
Assigment 2 : Dr. Manisah ~ Penegenalan kepada masalah Bahasa & Komunikasi.

Kami memilih untuk ke SMK Jln Reko krn dekat dgn UKM. Sekolah pertama yang aku tahu ada Pendidikan khas. Terima kasih daun keladi aku ucapkan kepada GURU-guru yang sudi melayan kedatangan kami untuk membuat pemerhatian di sekolah tersebut. =0

Terima Kasih Daun keladi,
Tahun depan kita jumpa lagi.. =)







kamu tersangat istimewa dihati saya!

Assalamualaikum.. =)
"Keistimewaanmu, Keprihatinanku".
Tinta pada kali ni aku rasa agak istimewa. Hari Ni merupakan kali pertama aku didedahkan  dengan realiti bakal pelajar. =) Jujurnya aku TAKUT. Gementar. Berdebar-debar  je rasa hati  ni.

 Bukan kerana aku takut berhadapan dengan pelajar-pelajar istimewa ini, tp sbb aku takut aku x boleh jadi guru yang baik untuk anak-anak istimewa ini. First time aku jumpa mereka aku cukup tertarik dengan kelakuan mereka. Mereka sama juga seperti kanak-kanak tipikal yang lain. apa yang membezakan ialah mereka mempunyai kekurangan dari segi perkembangan mereka.

Seharian aku berada dalam komuniti ini, aku sudah jatuh cinta dengan gelagat-gelagat mereka yang sangat jujur. Tersentuh hati bila lihat seorang ibu begitu sabar melayan karenah anaknya yang menghidap sindrom down dan hyper aktif. Bagi aku, dialah kanak-kanak yg paling seronok untuk diperhatikan. gelagatnya mengundang seribu senyuman pada siapa yg memandang.
Takiuddin namanya. 
gelagatnya sama seperti kanak-kanak kecil yg lain cuma dia terlalu aktif. tersangat aktif. 
xduduk diam langsung. setiap masa ada je keja yg dia nak buat! comel sgt! =)

Dalam masa yang sama aku sangt tertarik dengan student-student sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Azizi Shah. Pendidikan khas bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran. Melihat mereka berbahasa isyarat dengan cukap membuatkan mataku cuma melekat kearah mereka. mereka mengekspresikan bahasa mereka dengan begitu unik sekali. jujurnya aku kagum. Kagum dengan semangat mereka. kekuatan mereka walaupun dalam dunia mereka yg sunyi. melihat mereka "berbual" dan kadang-kadang mereka tersenyum dan seolah-olah ketawa buat jiwa aku tenang.
YaAllah, betapa aku perlu bersyukur dengan kesempurnaan tubuh badan yang engkau kurniakan kepada ku. =')