Thursday, 10 March 2011

kamu tersangat istimewa dihati saya!

Assalamualaikum.. =)
"Keistimewaanmu, Keprihatinanku".
Tinta pada kali ni aku rasa agak istimewa. Hari Ni merupakan kali pertama aku didedahkan  dengan realiti bakal pelajar. =) Jujurnya aku TAKUT. Gementar. Berdebar-debar  je rasa hati  ni.

 Bukan kerana aku takut berhadapan dengan pelajar-pelajar istimewa ini, tp sbb aku takut aku x boleh jadi guru yang baik untuk anak-anak istimewa ini. First time aku jumpa mereka aku cukup tertarik dengan kelakuan mereka. Mereka sama juga seperti kanak-kanak tipikal yang lain. apa yang membezakan ialah mereka mempunyai kekurangan dari segi perkembangan mereka.

Seharian aku berada dalam komuniti ini, aku sudah jatuh cinta dengan gelagat-gelagat mereka yang sangat jujur. Tersentuh hati bila lihat seorang ibu begitu sabar melayan karenah anaknya yang menghidap sindrom down dan hyper aktif. Bagi aku, dialah kanak-kanak yg paling seronok untuk diperhatikan. gelagatnya mengundang seribu senyuman pada siapa yg memandang.
Takiuddin namanya. 
gelagatnya sama seperti kanak-kanak kecil yg lain cuma dia terlalu aktif. tersangat aktif. 
xduduk diam langsung. setiap masa ada je keja yg dia nak buat! comel sgt! =)

Dalam masa yang sama aku sangt tertarik dengan student-student sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Azizi Shah. Pendidikan khas bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran. Melihat mereka berbahasa isyarat dengan cukap membuatkan mataku cuma melekat kearah mereka. mereka mengekspresikan bahasa mereka dengan begitu unik sekali. jujurnya aku kagum. Kagum dengan semangat mereka. kekuatan mereka walaupun dalam dunia mereka yg sunyi. melihat mereka "berbual" dan kadang-kadang mereka tersenyum dan seolah-olah ketawa buat jiwa aku tenang.
YaAllah, betapa aku perlu bersyukur dengan kesempurnaan tubuh badan yang engkau kurniakan kepada ku. =')

No comments:

Post a Comment