Untuk seorang yang berani untuk berdepan dengan cinta mereka..
1) “Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
~ kadang-kadang kita tak sedar kita terlalu rapat dengan seseorang tu sehingga kita beri dia harapan untuk menyukai diri kita. Bila kita berundur dari seseorang itu, dia akan jatuh terduduk kerana kita memusnahkan harapan yang pernah kita beri.
2.“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
~ semua orang inginkan kesempurnaan dalam percintaan. Namun kita harus ingat Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk kehidupan kita. jika orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, janganlah menutup pintu hati kita untuk mencinta dan dicintai. Terimalah dengan ikhlas kerana sekurang-kurangnya dia pernah hadir untuk membahagiakan kita. kalau kuat jodoh kita dengan dia, insyaAllah. Dia tetap milik kita.
3.“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
~ Walaupun kita pernah dikecewakan, jangan tutup pintu hati kita untuk menyayangi dan Disayangi kerana walaupun anda akan kecewa sekurang-kurangnya anda pernah mencuba dan bukan menjadi pengecut!
4.“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
~Berjuang untuk mendapatkan orang yang kita sayang adalah kemenangan yang sudah nyata. antara kita mahu atau tidak.
5.“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
~ jangan takut untuk menyatakan cinta. Cinta cuma perlu diungkapkan untuk difahami.
6.“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
~ Cinta yang ikhlas apabila anda menerima kekurangan orang yang anda sayang dan mensyukuri kelebihan dirinya.
7.“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
~orang yang tidak berani untuk meluahkan cintanya adalah seorang yang pengecut.
.................................................................................................................................................
Beranilah untuk meluahkan rasa cinta anda pada orang yang anda suka. Walaupun anda akan kecewa kerana cinta anda ditolak namun ianya lebh baik daripada anda mendiamkan diri tanpa memberi taahu rasa cinta anda itu,..
*bercinta lepas kawin itu indah..
No comments:
Post a Comment