Sunday, 7 August 2011

persediaan sebelum berkahwin (Wajib baca)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara, 

kerana harta, keturunan, kecantikan & agama.
maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia".. (riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad sendiri telah menyatakan bahawa untuk memilih seorang wanita untuk dijadikan isteri yang pertama kita kena tengok agamanya..
jika ada agamanya maka kecantikan & harta akan datang kemudian. 
InsyaAllah, dia juga dari keturunan yang baik..

ok!
sekarang masuk bab persediaan yang perlu kita buat sebelum kawen..
ini yang simple..

1~Persediaan Fizikal.
memula korang pegiklah cek kat hospital sama ada korg ni ada penyakit berjangkit yg boleh memudaratkan ..
contohnya AIDS, HIV..
jangan cume tahu nak kawen je tapi kesihatan tapi akan menyeksa pihak yang akan dikawini..

sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Jangan dicampurkan orang yang sakit dengan orang yang sihat" (riwayat bukhari)

2~Persediaan Minda
bila dah kawen kitapun kena matang sikit.
terutamanya dari segi pemikiran & tingkah laku..
janganla pulak sikit-sikit nak majuk..
gaduh sikit nak putus..
sebelum kawen blhlah putus2..
pastu sambung balik..
10 ribu kali putus sambungpun xpe..
tapi bila dah kawen ni xkan nak bercerai hanya sebab salah faham sikit..
almaklumlah dah bakal jadi mak bapak orang an..
janganlah dah ada Suami/isteri tapi masih buat perangai lama macam melepak an member-member,
atau kuar tanpa tujuan..
kenalah ada tanggungjawab pada keluarga..


3~Persediaan Ilmu
dah nak kawen tu yang perempuan kenalah rajin-rajin tolong kat dapur..
belajar masak an mak..
xyah gi kelas..  free je..
senang.. bila dah kawen boleh masak untuk suami..
pastu, dalam dok memasak kat dapur an mak tu tanyalah dia apa yang patut & xpatut dibuat bila dah jadi isteri orang ni..
nape aku suruh tanya mak??
sebab dia dah jadi isteri bapak kau..
so, mesti dia tahu..
dah makan asam lebih an..
kita kena juga tahu tanggungjawab masing-masing..

4~Persediaan Sosial
ah! ni penting untuk bakal-bakal menantu..
korang gi lah belajar cara nak amik hati mertua memasing..
maksudnya macam mana nak bercakap an diaorang..
alah dengan mertua je pun..
untung-untung korang jadi menantu kesayangan nanti..
bukan setakat mertua je tau..
ngan adik @ abang @ kakak ipar,
saudara mara sebelah keluarga isteri/suami,
jiran-jiran sekampung @ tepi rumah..
kena juga korang bertegur sape..
senang hidup nanti..

5~Persediaan Ekonomi
ni yang paling penting!!!
ko kenalah ada back up untuk sara keluarga..
janganlah pulak ko dah kawen tapi masih minta duit belanja an mak ngan abah..
Of courselah kena ada keja..
kalau yang masih study pula kenalah berkongsi-kongsi duit PTPTN @ biasiswa yang korang dapat tu..
jangan pula duit ko duit ko,
duit aku duit aku..
naye gitu..
Suami juga wajib bekerja untuk mencari rezeki yang halal bagi keluarganya..


cukuplah sampai sini dulu pe yang aku boleh kongsikan dengan korang..
semoga menjadi isteri yang solehah & suami yang soleh..
InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment