Saturday, 29 December 2012

Let's start it again Blogging !

Yap! gambar tak menggambarkan apa-apa utk tajuk ni! Rindu nak blogging balik. lama gila tinggal. Sekarang masa yang bagus untuk start it again. Sekarang dalam minggu demam sebab nak exam.

Kehidupan yang sama tapi kenyataan yang berbeza. i'm a married women! abd i'm proud of it. why?? Just a married people will understand why i said like that.. ahaha actually tu jawapan menyelamatkan diri. Nantilah update ttg perkahwinan. Sekarang nak cerita pasal kehidupan sebagai mahasiswa yang tinggal satu sem je lagi. em...

Actually for those 3 years, i knew people a lot and i admit that i'm to easy to believe people than when they do something bad i'm hurt. Just like always. kenapa takde manusia yang jadi diri dia sendiri atau akan sentiasa baik sepanjang masa? Pelik.

Persahabatan sepatutnya menguatkan lagi ukhuwah antara manusia tapi persahabatan sebenarnya menunjukkan siapa diri mereka. Sedih!! Banyak benda yang nak aku tulis sebenarnya/ cuma mengumpul kekuatan dan daya. menghabiskan sisa-sisa semester yang berbaki cuma satu sem sebelum praktikal. Entahlah.. Cuma sahabat yang baik boleh mengenal sahabatnya..

save our date 07/12/12



 Permulaan sebuah kisah yang terbesar dalam kehidupan aku sebagai seorang wanita. Tarikh 07 Disember 2012 akan menjadi satu saat yang paling bermakna dalam hidup aku. tepat jam 9.20 minit malam aku sah diijabkabulkan dengan pilihan hati dan keluraga Mohd amirul Bin Mohd Zulkafli di Surau UPP Pdang Besar, Perlis. 

Disaat the making of aku terima nikahnya..


aku sendiripun tak pernah terfikir untuk berkahwin pada umur 22 tahun. Terlalu muda tapi itulah kenyataannya. aku sekarang sudah join the club bini-bini gangster(kata mak) hahaha. i love it. It make me happy coz i be with my halal. YEs, i admit now, i really fall ini love with him. Be his wife not even my dream sebab kitaorg baru je kenal. terasa masa tu berlalu dengan cepat dan aku sangat bersyukr Allah sentiasa mempermudahkan jalan kami. 


Ni waktu pertunangan. Permulaan rasa berdebar sebelum tiba waktu akad malam tu. Serius, aku mmg berdebar sangat waktu tu. i really love this picture coz i can see him watching me when his ma get a me ring! so dramatic but i love it.. 


Be with half of may Bridesmaide.lagi half xpasti pulak kat mana. ni waktu tunggu rombongan pengantin lelaki kat rumah. abaikan keadaan belakang yang serabut.. hehehe.. dot know what happen. 


With a proud felling i can said that 'Guy's! I'm Married..'


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin.

Thursday, 1 November 2012

Cerita Sang Mantan


Walaupun aku mengakui sangat sukar untuk melupakan dri awak incin debab tapi saya yakin allah telah merancangka  yang terbaik untuk kita. Kita telah merancang tetapi allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdua. Jujurnya bila awak mengucapkan perkataan 'TAHNIAH' untuk perkahwinan ini air mata saya gugur tanpa disangka.

masih saya belum pastikan apakah rasa ini, sedih, sebak jauh sekali menyesal dengan apa yang terjadi. saya ssediri sudah reda dengan ketentuan ilahi. Yang perlu saya fokuskan sekarang apa yang bakal terjadi. Jujurnya walaupun rasa kasih dan sayang itu masih ada pada awak namun bila saya menerima lafaz ijab kabul dari dia cinta dan raga saya sepenuhnya untuk dia.

untuk sang mantan, maafkan saya untuk semua yang terajdi. saya begitu bangga bila awak sangat memahami keadaan saya. mngkin perkenalan kita tidak berlaku pada masa yang sesuai dan sesuai dengan perancanganNYA untuk kita. Insyaallah apa yang bakal kita berdua lalui akan menjadi yang terbaik. walaupun kisah kita bakal saya kuburkan sebagai sebuah kisah cinta tidak kesampaian tapi saya nak awak tahu saya tak pernah menyesal kita pernah mengenali dan awak tetap istimewa dihati saya. =)
terima kasih juga untuk doa-doa yang tak pernah putus mendoakn saya sepanjang hari sebegitu juga yang saya boleh balas untuk awak.

Untuk bakal suami saya, terima kasih sebab tersangat memahami keadaan saya. walaupun awak pilihan keluarga saya tapi saya yakin Awak yang terbaik untuk saya bukan sang Mantan.. Tolong jaga dan bimbing saya sebaik mungkin. saya mungkin kasar dan tegas dimata manusia lain tapi saya cuma manja dengan yang halal sahaja. (tersangat manja sebenarnya) =) terima kasih atas lamaran yang diberi. Saya terima lamaran itu dengan satu janji seluruh cinta dan raga saya milik awak selepas ijab kabul nanti..

salam sayang untuk sang mantan dan  selamat datang kepada kekasih hati..


Wednesday, 31 October 2012

591 untuk di edar!

Pon! Pon! pon!! kad dh siap!!
huhu.. excited tgk kad sendiri.. comel lak tu (nk puji tuan punya design Nurul Hafidfah & nurul zahidah)! gigih..

Teaser...

=) 

gigih aku masukkan 500 kad dalam sampul surat. yg lebih xde sampul surat sbb percuma.. 
Yang di tempah cuma 500 keping. lagi 91 keping kedai tu bagi percuma.. baikkan?? Murah lak tu..


Untuk sekarang semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar. Bersyukur sangat sebab allah mempermudahkan urusan kami berdua..


Tuesday, 30 October 2012

Allah sudah mula menarik nikmatnya.

Hari kedua hari tanpa kelas (atas sebab memonteng). Keletihan dan kesembapan melanda diri sepanjang 2 hari dibilik. Cuma diri ini yang tahu kesakitan yang ditanggung. Ada yang mengatakan berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. perumpamaan yang sangat kena dengan situasi yang ditanggung.

Bila dengar lagu teman pengganti terus hati ni jadi sebak.. Mungkinkah lagu itu akan menceritakan kisah hidup ini?? aku harap tidaklah. kehidupan yang masih panjang yang aku harapkan. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan.

Dah setahun pegik klinik baru dapat refer pgi ENT (HUKM). Apala yang susah sangatkan. Nak jumpa pakarpun susah. bila keadaan dah makin teruk mulalah menyalahkan satu sama lain. yang menanggungnya pesakit bkn org yg cek tu! i really hope benda ni takkan jadi teruk.

disini saya nak tekankan bahawa saya tak kisah kalau awak nak mengata mengutuk saya tak nak gi kelas ke apa.. ada aku kesah???? Motifla ko nak bising-bising aku tak dtg kelas do u know me?? aku tak nak simpati. aku belum nak mati lagi. just give me a support! please. how much i need your support to accept all of this!

Jangan bersedih duhai hati. insyaAllah nikmat yang hilang hanyalah untuk mengingatkan bukan untuk menghukum.. 


Saturday, 20 October 2012

Kenangan sang mantan

Awak, merindui kenangan kita membuatkan saya sakit.
tapi awak adalah kenangan termanis yang pernah saya ada.
Sukar untuk berbicara bagi orang yang tak mahu dan tak mampu mengerti..

Petang ini 20/10/2012, aku dikejutkan dengan kedatangan 'incik debab' with a bouquet of white rose.
Terasa sebak hati ni serius bergenang air mata aku bila tengok dia depan ak tadi.
Walaupun getaran itu sudah berubah, namun dia tetap seseorang yg pernah menjadi terlalu istimewa untuk aku.

Sejambak bunga dihulur tanda mengingati semula apa yang terjadi. namun aku kagum dengan dia yang begitu kuat walaupun terpaksa dan berat hatinya mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung.
Sejambak bunga yang akan menjadi sesuatu yang terbaik pernah aku ada..



Monday, 8 October 2012

Mencari damai hati yang hilang

Entah kenapa tekanan mula melanda diri pada waktu dan ketika ini. Serius aku hanya fikir untuk menangis je waktu ni. tak tahu kenapa damai hati ni mula hilang. Mungkin cabaran untuk semester ni dah bermula.mungkin juga persekitaran membuatkan aku semakin dan semakin tertekan.

YaAllah.. bantulah hamba mu yang kerdil ini. kalau boleh sekarang jugak aku nak nangis.. tapi air mata ni tak mahu mengalir mungkin hati ini sepatutnya lebih positif menghadapi hari-hari yang makin mencabar. tidak pasti apa yang menggugat rasa damai hati ni tapi yang pasti aku berada dibawah tekanan yang sangat teruk!!






Sunday, 7 October 2012

Majlis Bertandang oleh keluarga bakal Mertua

Alhamdulillah.. Selesai satu majlis bertandang untuk membincangkan dengan lebih dekat majlis Ijab Kabul kami. Sewaktu aku tengah sibuk menjadi PC family Day Fakulti, perbincangan 2 buah Family besar berlangsung. agak pelik bila aku takde untuk majlis tersebut tapi memandangkan aku ada test bahasa isyarat utk hari isnin terpaksalah aku berkorban sedikit.

Walaupun tanpa kehadiran aku majlis tu berjalan dengan harmoninya.. alhamdulillah. Bersyukur sangat. =D tapi lepas berborak dengan mak, dia cakap bakal mertua aku hadiahkan kain sepasang dan sehelai tudung tanda merisik. tak sangka pulak ada buah tangan yang dibawa.

aku sekarang ni tgh menghitung hari untuk majlis berlangsung dan tgh pening sebab persiapannya masih dihujung tanduk. kad pun blm ditempah.. InsyaAllah akan cuba mencari masa menyiapkannya dalam masa terdekat. doakan semoga Allah mempermudahkan urusan kami..


Bila ada rindu yang bertandang hati ini cuma nak memikirkan awak....



Hari hari yg memenatkan!

Assalamuaikum!! Ya habibi Ya maulana.. =D

Hujung minggu yang sangat memenatkan dan masih lagi akan memenatkan pada minggu minggu yang akan mendatang!!

Alkisah, untuk sepanjang minggu aku buat macam-macam perkara yang mengujakan! Dimulakan dengan hari isnin dimana hari test utk bahasa isyarat dan kelas yang penuh dari jam 8 hingga 5 petang.. masa aku sememangnya 'sold out' sepanjang hari!


Hari selasa pulak aku sibuk pegi buat kad bank sebab beg duit aku hilang, pegik amik ic then tiba-tiba m mom coll soh balik rumah sebabnya borang kawen tak sign lagik.. terus gi amek tiket bas malam tu jugak balik. dah la malam tu kebetulan ada meeting program hari keluarga fakulti pendidikan yang kebetulannya aku sebgai ketua program.mulalah aku membahagikan masa antara meeting ngan nak naik bas. Kebetulan juga waktu meeting tu suksis pula buat meeting. Berkejar-kejar aku gi explain kat papa penzi... 

Pastu aku bertolak balik rumah malam tu jam 10.15 malam. Sampai je esk kat rumah, awal2 pagi lagi mak dah ajak gi borong din untuk beli barang-barang untuk bagi kat tetamu nanti. macam-macam yang dibeli. tengahri baru sampai rumah. Pastu petang tu adik-adik pula ajak keluar. memandangkan am cuti petang tu diapun menawarkan diri nak teman kitaorg keluar. bawa adik ngan abang gi main boling, karaoke then pegik melepak kat pasar malam. aku belikan adik ngan abang jersey utk belated buyday adik pada 30/09/2012..  

Malam tu pulak am datang rumah berbincang sal majlis kitaorg then isikan borong utk dihantar ke pejabat agama. Serius nak kawen ni banyak betul prosedur dia. nasib baik mak dgn am ada kat
sana. dia yang sibuk menguruskan majlis kami.. =D Alhamdilillah..

Keesokkan harinya pulak (khamis) keluar ngan mak dan am pegik cari cincin nikah dia. untuk aku ma am yang nak belikan. dalam masa yang sama kami cari benda-benda untuk buat gubahan. poning mak eh... memang tak rehatla. malam tu singgah rumah baru kat seriab then naik bas balik ke ukm..

Pagi-pagi jumaat tu aku sampai kat ukm then aku tidow je sepanjang ahri. terlalu letih agaknya. petang tu jam 3 aku ada kelas pastu balik je kelas terus pegi permata pintar utk jadi PC Perkhemahan Kor Kadet Polis Permata Pintar. tgh malam baru balik bilik sebab esoknya kena jadi Ketua Program utk hari keluarga Faakulti pendidikan!! Bayangkan aktiviti sepanjang minggu yang memenantkan!!

Jumaat tu, awal2 pagi dah bangun then bertolak pergik Sg congkak!itu belum kira sejam sesat sampai masuk  kg orang asli.. =D sepanjang hari pulak 'mendera' junior-junior baru kat sana.. best sgt2! Happy bila semua nampak gembira walaupun ada thn 2 3 4 xsenang hati.. Persetankan sudah..

Hari ahad sepatutnya turun balik untuk camping permata pintar tapi terlalu letih so aku telah membuat keputusan nekad utk lepak kat bilik siapkan assigment! =D so disiilah aku menghabiskan masa sebelum mula sibuk untuk kelas esk.. =D

Saturday, 29 September 2012

Respek la Bro!


Tetiba isu respek ni timbul dlm diri ni. maklumlah sudah masuk tahun ke tiga di Universiti. (Actually, too old)!
Takkan timbul isu senior atau junior cuma, apa yang kita sebagai manusia nak hanyalah respek masing-masing. tak kiralah siapapun ko, u need to respect each other. with respect it shows your personality.

senior tak semestinya pandai dan junior tak semestinya bodoh. Apa yang membezakan mereka adalah perasaan hormat yang tinggi dalam diri masing-masing. Aku mula belajar tentang respek ni waktu kat rumah lagi di mana mak dan abah ajar aku untuk bersalam setiap kali jumpa org yang lagi dewasa dari kita. aku belajar cara respek dengan cara yang sangat sempurna dan insyaAllah sampai sekarang aku masih boleh mengekalkan rasa itu.

Cuma apa yang menghairankan bila tengok anak-anak muda sekarang yg sudah mula hilang rasa hormat kepada org tua. Ada seorang junior bila ditegur tentang sesuatu kesalahan mula buat muka tak puas hati sedangkan yang ditegur adalah kerana sikap biadapnya dengan org tua. bila budaya tegur menegur ni dah takde dalam diri insan, maka akan hancurlah sikap hormat, toleransi, kasih sayang dan sebagainya kerana sikap ini terbentuk dari budaya menegur sebenarnya.

Aku mungkin menulisnya secara random tapi sebenarnya niat aku adalah untuk menegur. Takkan sampai ketahap yang tinggi jika kita meninggi diri dan tak nak dengar teguran org lain. yang sedihnya bila anak-anak yang tidak tahu untuk hormat kepada org lain ibu bapa pula yang dipersalahkan..


Wednesday, 19 September 2012

Jamuan Hari Raya bersama Timbalan Perdana Menteri di Bukit Bintang.

ishk3.. banyak betul rezeki makan Free ni kan.. =D Balik je dari Putrajya keesokkan harinya Sabtu (15/09/2012)  pulak aku gi jamuan raya kat bukit bintang. Jamuaan ini diadakan untuk pelancaran Riders & Rempit United di bukit bntang. Bukan setakat jamuan siap boleh shopping lagi..

Kami bertolak dari Ukm jam 9.00 pagi dan sampai di bukit bintg kira-kira jam 10 pagi. sampai je kat sana kami diberikan makan Nasi lemak dan air mineral dan lepas tu kami  dibenarkan untk berjalan-jalan kat sekitar Bukit Bintang. Heaven.. Rugi gila sapa yang xpegik.. dan apa yang paling best adalah... Kami bersama-sama pergi mencari kasut utk aku pakai waktu akad nikah dan bersanding nanti.. Excited sangat budak-budak ni mencari kasut utk aku.. =D

Semua kedai kasut kami masuk memandangkan aku cuma pakai kasut jenama yang terpilih sahaja sebab kaki aku bukan saiz asia.. hihihi.. dan semuanya hampa sebab mmg takkan ada kasut cantik tinggi dan vouge utk kaki panjang aku ni..





dek kerana aku dah mula give up (kecuali Lisa) mencari kasut utk wedding maka kami berkeliaran mencari kedai-kedai yg semua wanita suka masuk iaitu kedai Accessories.. Barang kecik-kecik yg comel dan sangat mengagumkan..



Kak farah dgn rantai 'pink' nya..

 mellysa dgn rantai rabitnya.. =D that's why she crazy about carrot!

 suke sgt spek Hello Kitty ni.. 


waktu kami berjalan-jalan menghabiskan masa aku terjumpa satu kedai Kasut yg ramai gila perempuan kat dalam. so, aku ngan anapun masuklah.. rupa-rupanya tgh sales until 80%! Wow.. cari punya cari akhirnya aku jumpa dengan Heels yang aku mmg dah lama cari dan apa yang terbaik adalah.. aku dapat dengan harga yg berbaloi-baloi.. SUPERB!! Kami merewang-rewang kat atas Sungei Wang sampai jam 12.00 pm.. menghabiskan masa yg sememanya sedikit..


pastu bermulalah al kisah jamuan raya kami.. 
Sebelum ketibaan Tim. PM, kak didie alias dgn Ray drpd hot FM jadi Pengacara Majlis.. best sgt.. =D
tak sangka lak majlis ni melibatkan artis.. antara artis yg ada hari tu, TAm, Sari yantie, Adi putra, Almy Nadia  dan memey.. 






Seperti biasa menu yang paling mendapat perhatian hari tu adalah.. SATE. Kali ni mmg kita blh minta banyak mana yang kita nak walaupun dia yg bagi.. mmg kenyangla makan sate.. sebelum kami balik, aku minta biskut raya ngan abg yg ada kat situ, sepatutnya dia nak bgi VIp biskut tu tapi VIP tak ambik kot. so, dia bagi kitaorg.. serius sedap giler...!! terbaiklah semprit dgn tat nenas dia..




*terfikir semula niat utk berDIET!



Sunday, 16 September 2012

Jamuan Hari Raya bersama KDN

Jumaat (14/09/2012)Suksis dijemput utk ke jamuan raya bersama KDN di Putrajaya.untuk makan free terpaksalah aku MEMONTENG kelas dengan jayanya.. hehe.. sebenarnya aku kena pegi sbb aku dah jadi tim. presiden SUSKSIS UKM sekrg. so terpaksalah Follow semua program.

Tapi aku mmg suka rumah terbuka ni.. banyak kedai yang diwakili jabatan dalam KDN ada. Yang paling aku ingat PDRM sediakan Mie Bandung dan yang menghidangkan pada kami Inspektor. bukan calang-calang besar jugak majlis ni. Dan yang terbaik majlis ni dihadiri ramai Kehormat dan yang buat aku paling excited dapat tgk Ketua Polis dan tim depan mata..



Kami bertolak dari UKM jam 12.30 sbb cik-cik lelaki akn solat Jumaat kat masjid Besi Putrajaya dan tercatat sejarah bila ini kali pertama aku tgk org sembahyang jumaat.. Subhanallah.. =D
Inilah lelaki yang tidak melupakan Solat Jumaatnya..


yang ter'comel' dari gadis-gadis cantik Suksis..





sampai je kat sana kami serbu kedai-kedai makanan 'percuma' yg ada kat sana. Ramainya Manusia bila dapat makan Free ni. macam-macam gaya dan perangai. Menu paling mendapat sambutan kat sana Sate dan Kambing golek. Tapi bila aku tgk kambing tu, terus aku tak lalu nk makan kambing (sebenarnya aku mmg tak pandai makan kambing)..


Pastu kami diminta beratur untuk menyambut kedatangan Datuk Seri Paglima Hishammuddin Bin Tun Hussein.. What i love about him is, he so Friendly even thought with community. really impresses with him. 


Berbalik cerita kat sini ada banyak boothkan, dalam banyak-banyak tu yang aku suka ialah.... BOOTH ice CREAM!! heaven gila.. aku habiskan 6 kotak ice cream free kat sana (walaupun dalam mood DIET).. serius! ice cream terlalu menarik hati..

Gigih menhabiskan ice cream mat cool cup yang ke6 dgn jayanya..

oh ye.. kola Running Man famous dgn 'Monday Couple antara Ji ho dan Garry, Suksis pula famous dgn Suksis Couple am dan Pika.. Lovely match.


Tapi yang akan menjadi memori dalam banyak-banyak gambar adalah.. i love this so Much!!


Rasa bertuah dapat bergambar dgn Datuk Seri Panglima Panglima Hishammuddin Tun Hussien.. 
Jujurnya dia mmg peramah sangat. sempat jugaklah berbual dengan beliau walaupun cuma utk 3 minit.. =D 



Tuesday, 11 September 2012

Baju Bertunang dan akad nikah+Istiadat

Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernyawa di atas dunia pinjaman nie.. =D
tajuk entry yang best untuk dikongsikan bersama..


Bila dah selesai kursus kawen dan borong utk dihantar ke Bukit Aman, aku mula sibuk mencari baju untuk majlis bertunang dan akad nikah+istiadat. Seminggu sebelum chek in UKM, aku dia ngan mak berkesempatan pusing-pusing mencari butik pengantin.. dan hasilnya untuk sewa baju berserta make up dari cost Rm 500++++.. serius tak berbaloi habiskan hampir seribu Rm utk sewa sepasang baju..

So, kami decided untuk beli baju tersebut. alhamdulillah, 2 hari sebelum aku balik aku jumpa jubah yang sgt cantik & simple untuk dipakai sewaktu majlis akad nikah. Prinsip aku untuk majlis ni, aku dan dia cuma mencari keredhaan Allah.. so, majlis ni tersangtlah simple..

nak dijadikan cerita baju dah ada tapi singkat sbb aku tinggi tok baju tu kot.. agak frust sbb dah seminggu aku cari baju, baju tu yang aku berkenan.. tiba-tiba, anak tauke kedai tu menyelamtkan aku dengan menyatakan baju tu boleh ditambah kain utk dilabuhkan..
YaAllah.. senang hati aku walaupun terpaksa tambah duit sikit.. Hari ni baru dia yang pegi ambik.. memandgkan aku dh masuk ukm tak dptlah aku tgk perubahan yg berlaku pda bju tu..
hope cantikla.

waktu aku ngan mak, makuda dan dia (dia ikut hntr aku balik ukm =D), jalan-jalan mencari barang hantaran kat nilai, kami jumpa kedai baju pengantin.. Apa yang best harga dia murah giler!!! cuma Rm 150++++ untuk baju pengantin!!! so, diapun decide untuk beli sehelai lagi baju pengantin utk aku pakai waktu majlis istiadat nanti.. dan bermulalah kesusahan mencari baju untuk gadis comel seperti aku =D

seperti kebiasaan, untuk gadis comel ni tak byk saiz yang ditawarkan.. Bila ada yg berkenan saiz pulak xde.. masalah2.. Tapi berkat usaha mencari akhirnya ada juga yang disediakan utk aku.. baju dan warna yang tepat.. apa lagi terus ku rembat dgn gumbira,. hehehe.. kebetulan ada baju melayu sekali utk dipakai waktu akad nikah nanti.. terus kami beli sepasang..

Walaupun kami berhabis hampir Rm 500++ namun puas hati sbb xperlu sewa baju tu & terus dapat.. =D so, dah tak payah pikir baju untuk majlis sambt menantu.. =D sekarang ni aku cuma berharap Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami berdua.. semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna..amin..

*tolong doakan saya dan dia ea..





Tuesday, 28 August 2012

the beginning of our journey ...


jangan ditanya dan minta di mengerti =D

Alhamdulillah, Allah masih mempermudahkan urusan kami berdua. hujung minggu ni aku dan dia akan menghadiri kursus pra-perkahwinan kat Behor Temak,Perlis.
mula-mula risau gak takut tak sempat settlekan kursus sebelum balik ukm sebabnya, sijil kursus kawin ni penting utk proside borong dia. paling-paling cepatpun borong diproses dalam jangka masa 3 bulan. risau jugak akan menjejaskan tarikh majlis yang telah diperbincangkan..

Akupun dah mula mengemas bilik untuk dicat semula dan mencari barang-barang yang diperlukan untuk majlis itu nanti.. Serius sibuk!!
Terasa waktu berlalu terlalu cpat..
aku cuma ada 2 minggu untuk selesaikan sekurang-kurangnya separuh daripada persiapan yang sepatutnya ada..

Mungkin mereka akan bertanya "tak terlalu awal ke untuk semua ni?"
jujurnya, keputusan ni sangat berat untuk aku buat. bukan senang berkorban untuk org kita sayang. tambahan lagi mengorbankan diri sendiri untuk tujuan bersama. actually, bekorban secara postif dan memohon allah menetapkan pendirian ku.. Amin.




memandangkan dia pekerja tetap kerajaan,maka terpaksala kami mengikut procedure yang telah ditetapkan iaitu mengisi borong memohon keizinan dan mengisytiharkan majlis kami ni.
paling cepat borong niakan diproses dalam masa 3 bulan! aku cuma harap borang ni akan di proses dgn cepat dan tarikh majlis kami tidak ditangguh.. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami..



Saat paling bermakna bila tgk borong ada tercatit nama aku kat 'nama bakal isteri"
i'm waiting....