Friday, 6 January 2012

Awak ada bila saya terhilang dari landasanNya..

aku mulakan bicara hati ni dengan 
Alhamdulillah..
bersyukur ku pada mu YaAllah sebab kau berikan aku teman yang sentiasa mengingatkan aku kepada mu..
Teman yang sentiasa membetulkan aku andainya aku mula terpesong dan jauh dari landasan Mu YaAllah..


Ketika aku sedang diuji olehMu, aku sudah mula mengeluh & menangis,
Namun KAU hantar dia untuk menegur keluhanku..
Terima Kasih YaAllah..

Di kala aku mula Jauh dari syariatmu,
Kau hantarkan dia sebagai teman yang sentiasa menjaga diriku..
Terima Kasih YaAllah..

Disaat aku alpa dengan kewajipanku kepadaMu & Manusia ,
Kau berikan dia ingatan untuk menegur kekhilafan diriku..
Terima KAsih YaAllah..


sesungguhnya kesedihanku di tepis dengan kesyukuran
 kerana mempunyai teman sebaik dia.
Terima Kasih YaAllah..



No comments:

Post a Comment