Thursday, 28 July 2011

Akhirnya Blog Realiti Konspirasi berdetak detik semula!

Selepas 4 bukan aku asyik usha-usha update baru daru blog kegemaran ramai ni,
akhirnya ada juga update baru hai ni..
tersenyum sampai telinga aku bila tgk update baru.. 
Tu baru tengok update blom baca agi.. 
bila dah baca beginilah keadaannya!! hehe

aku memang minat gila blog ni..
sebab citer dia banyak related ngan kehidupan aku masa kecik..
Teringin gak nak mengomen,
tapi bila tengok dah ada 98 komen yg masuk akupun membatalkan niat...
aku tulis kat blog aku jelah komen tu ye..

welcome back!!
teruskan mengomel ye..


walaupun dia xkan baca tp aku xkisahpun!
yg penting ada update baru.. hehe..
boleh aku jejalan selalu kt blog dia..


Di mana DIA di hatiku?

 Hiduplah selagi hidup.
Jangan mati sebelum mati.
Jangan pulang sebelum pergi.
Usah berubah pendirian, walau beralih pendekatan.

Jadilah wajah yang satu di hadapan yang SATU.
Jadilah dirimu sendiri, insya-ALLAH kau akan sentiasa menjadi juara.
Tetapi jika kau berlakon, kau bertukar menjadi klon yang kedua, ketiga, dan seterusnya.

Jangan bermuka-muka hanya untuk menempa nama.
Jangan berdiri di bawah teduh bayang-bayang orang lain hanya untuk digelar berjasa.
Bertatih dengan kaki sendiri lebih mulia daripada bersayap emas milik orang lain.

Jadilah raja dalam kerajaan diri yang menghirup udara kebebasan dengan kemerdekaan sejati.
Mendongak tidak bongkak, mengalah tidak kalah.
Tidak ada istilah kalah, cuma kemenangan yang ditangguhkan.

Lupakan keperitan masa lalu setelah diperah segala pengajaran dan iktibar.
Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan masa kini.
Menyesal itu bebal, kesal itu bekal.

Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati.
Insya-ALLAH nanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati.
Justeru, banyak yang kau buat akan terus hidup selepas mati.

Ingatkan diri selalu, bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat.
Sesungguhnya, hidup sebelum mati ini adalah bekal untuk hidup selepas mati.

Hidup di dunia ini cuma modal untuk hidup di akhirat.
Itulah hakikat hidup, ia satu perjuangan menempuh jalan pulang.
Jika sesekali terasa lemah melangkah, renungilah alam.

Insya-ALLAH, kita akan dapat belajar hidup daripada hidup-hidupan...
HIDUPLAH UNTUK HIDUP!

~Di mana DIA di hatiku? 
By Ustaz Pahrol Mohd Juoi. 

Cuba lagi Harimau Malaya!

KElu!!
itu yang boleh aku nyatakan pada separuh masa kedua bila singapura menjaringkan gol untuk menyamakan keadaan..
diam seluruh isi rumah yg tadinya berteriak ketika safee sali menjaringkn gol utk Malaysia & menjadikan Agregat 5-4.. 

Bukan rezeki kita pada kali ini.. 
Serius aku frust!!
banyak peluang yg kita ada tapi terlepas begitu sahaja..
apapun pemain kita sudah cuba yg terbaik.
sehabis daya daripada 100% pemain malaysia..
Kita kekal & gagah tanpa pemain Import.

namun apa yg buat aku hot bila segelintir manusia yg cepat sangat melatah dengan kekalahan kita..
waktu Malaysia dapat menumbangkan negara-negara Asia yg lain mereka terdiam.
sekarang baru nak menyalak??
cuba kalau kita yg menang tadi??
apakah yg akan dinyatakan oleh manusia-manusia yg menyalak tadi??
Geram sangat baca status-status mereka yg Hampeh tu!!
xde semangat cintakan negara langsung!!!

"tukar pemain pertahanan dengan pemain2 yg lain...
berlambak2 lagi pemain pertahanan yg punyai permainan mantap...
apa la nk di kesiankan sgt...bubar n cari pemain pertahanan yg lain...
sampai bila nk malaysia kalah dek kesalahan2 sama haaa????"

"pasukan sukan kita x boleh melangkah jauh...sebab org yg menerajui lebih bnyk politiking daripada melatih"

"tahniah malaysia........kerana semangat kesukanan yang tinggi.....membenarkan singapura menang......"

"harimau2..awat jd kucing malam ni...@#$%^&*!"



mereka siapa untuk menyatakan isu-isu macam ni??
kita ni cuma manusia biasa yg akan ada pasang surutnya..
Mungkin bukan rezeki kita untuk menang pada malam ni,
tapi berfikirlah secara positif,.

kita sepatutnya bersyukur kerana kita sudahpun maju setapak lagi..
kalau nak menang kena mula dari bawah,.
xsemestinya bila kita lawan kita akan terus menang..

namun begitu ada juga yang masih memberikan pujian & kata-kata semangat kepada harimau Malaya..
Kita akan terus berusaha untuk kembali menunjukkan taring semula..
InsyaAllah..
Moga semangat pemain-pemain kita akan terus membara..

*Orang yang berjaya adalah apabila dia jatuh dia bangun kembali & bangun kembali untuk mencubanya semula..
sebaliknya orang yg lemah hanya memandang & merenung sahaja kejayaan tanpa bangun untuk mencuba..

Wednesday, 27 July 2011

Antara Pendidik & Penegak keadilan

 Assalamualaikum..
jika ada yang membaca entry ni,
tolong hadiahkan aku dengan sekuntum senyuman yg paling indah!!
     
*Berharap untuk mendapatkn senyuman tu,.

Tengok pada Tajuk macam menentukan hidupkan mati an??
xdela.
sebenarnya itu adalah pilihan yang terpaksa aku buat..
dari kecik lagi aku minat sangat nak jadi polis..
kenapa POLIS??
sebab aku minat dengan pakaian seragam..
lagipun dari kecik lagi aku memang lasak..
xmacam budak-budak perempuan lain,..
Waktu kat sekolah menengahpun aku join PKBM & Kadet Polis.
Wakil sekolah untuk pertandingan kawad,
buat kawad senjata, formasi, statik..
semua benda tentang kadet polis aku akan join..


Allah berikan aku satu kelebihan..
aku suka bercakap, 
maksudnya aku suka dalam berdebat, berbahas, pengacara majlis..
Masa aku Tingkatan 1 kt SMK Pengkalan Chepa 2, kelantan dulu,
aku dah mula jadi pengacara majlis untuk kem motivasi.
Tingkatan 4 aku dah jad Ketua Pengarah bagi Program Motivasi sekolah..
aku memang aktif dalam kelab & persatuan..

PAstu masa hujung thn  form 4 aku kena pindah ikut family ke Perlis..
ingat nak stop involve diri dalam pape club..
tapi dah memang  sikap aku kot..
aku tetap bergiat aktif dalam Forum, Debat & Syarahan kat SMKPadang Besar (u), Perlis..
Aku amik masa setahun je kat sekolah baru utk bagi cikgu-cikgu kenal aku..

Disebabkan aku xdpt masuk U lepas SPM,
akupun sambung form 6 dengan niat nk masuk U dgn STPM
terus buat Degree..
target aku, Degree dlm undang-undang sebabnya aku nak jadi polis..
Kononnya nak studyla,.
alih-alih dipilih jadi ketua pengawas sekolah..
terumbang-ambing hidup aku,,
Girl pertama diberi kepercayaan sandang jawatan tu..

Alhamdulillah, 
allah sentiasa berikan aku yang terbaik..
aku jadi best student STPM sekolah aku & dapat masuk U.
Al-kisahnya, masa nk mohon UPU tu, aku ikut mak aku..
dia suruh try pilihan pertama minta pendidikan..
akupun aply,,
pilihan ketiga aku baru degree of law kat UUM..
kalau xsilp akula.
Ada rezeki aku dipanggil utk temuduga &
alhamdulillah, aku dapat..

aku dapat sambung study kat UKM,
dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (pendidikan Khas)..
Pendidikan Khas??
apa tu!!'


waktu aku apply dulu aku main dengar cakap org je,.
pastu, kecoh-kecoh cakap aku dapat jadi cikgu budak cacat..
malunya aku masa tu,.
bukan aku malu sebab aku jadi cikgu budak cacat,
tapi aku malu dengan diri sendiri..
kenapa aku kena rasa rendah diri..
merekapun manusia..

sejak dari tu aku mula research ttg apa sebenarnya pendidikan khas ni..
jujurnya semangat aku naik berkobar-kobar..
aku niat, aku akan jadi cikgu yang baik untuk anak bangsa & anak-anak istimewa tu..

sekarang,
aku dah buat pilihan yang tepat.. 
insyaAllah..
buat masa sekarang apa yg ada dalam fikiran aku cuma nak jadi pendidik..
xkiralah apapun cabaran yang akan aku hadapi..
demi untuk anak-anak istimewa ni,..

sekarang, aku dapat genggam 2 cita-cita aku.
aku join suksis untuk capai cita-cita pertama aku sebagai pegawai Polis,
sebabnya lagi 2 tahun InsyaAllah aku akan ditauliahkan sebagai Inspektor Suksis..
jadi juga poliskan??
dalam masa yang sama lagi 3 tahun aku akan Graduate sebagai seorang Pendidik..
InsyaAllah..




CIk Ida Vs Cikgu Ida.. 

owh ye.. cakap tentang temuduga & cikgu sekolah.. aku teringat  entry bersejarah ni.. 



i'm 21 years old Girl

=) 
21 Tahun..
aku cuma perlu senyum & bersyukur kepada Mu..

Ahlan Wasahlan Ramadhan

selamat datang Ramadhan..

sekarang ni semua orang tengah sibuk membicarakan tentang datangnya ramadhan..
akupun nak tumpang sekali mengisi tinta aku tentang ramadhan..

dalam banyak-banyak bulan,( bulan islam)
bulan ni lah paling ditunggu-tunggu seluruh umat manusia..
bulan yang Allah janjikan penuh dengan Ganjaran bagi manusia yg tahu merapikan dirinya dengan ketaqwaan sepanjang bulan ramadhan ni..


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.



1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

banyaknya kelebihan pada bulan Ramadhan..
Moga Ramadhan kali ini aku akan berjumpa dengan Malam Lailatulqadar,, InsyaAllah..


Tuesday, 26 July 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Photobucket

comelkan Banner GA ni..

nok join??
jom klik-klik!!


jom join GA :

Pilihan lelaki??

situasi : 
disebuah kedai makan, ada sekumpulan lelaki yang sedang melepak.. kemudian singgah 3 orang wanita bertudung litup dan menutup seluruh Auratnya untuk makan di kedai itu sambil lalu duduk bersebelahan dengan sekumpulan lelaki tersebut , sekumpulan lelaki itu cuma memandang secara ekor mata sahaja. kehadiran mereka langsung tidak disedari oleh sekumpulan lelaki itu..

seminit kemudian, terdapat 2 orang wanita melintasi kedai makan itu. Mereka sangat cantik, rambutnya lurus hingga ke pinggang, bibirnya merah bak delima, kulit mereka putih gebu.. sekumpulan lelaki itu menyedari kehadiran mereka dan mulalah adegan usha-mengusha antara mereka.. seorang daripada sekumpulan lelaki itu bangun lalu mengikuti wanita tersebut.. selang beberapa minit lelaki tersebut kembali ke kumpulannya dan berkata. "Yes!! aku dah dapat nombor awek cun tu" sambl menunjukkan hP nya Bangga.

3 wanita yang berada disebelah mereka hanya tersenyum melihat gelagat sekumpulan lelaki tersebut..
seorang daripada wanita tadi berkata "aku bersyukur kerana dengan pakaian aku  yang menutup ini aku dilindungi oleh Allah daripada pandangan lelaki yang bukan Muhrimku"..

*Tepuk dada tanya diri kita.. 
kenapa tiba-tiba aku tulis tentang ni?? sebab waktu aku on9 Fb tadi aku ada terbaca satu status..

‎"Kita selalu dengar wanita mengadu terkena gangguan seksual. Siap ada akta undang-undang lagi. Tanpa kita sedari, kaum lelaki hari-hari terkena gangguan seksual. Keluar rumah je nengok awek melayu seksi-seksi, itu bukan gangguan seksual untuk kaum lelaki ke? Kalau yang dah berkahwin tu tak mengapalah. Yang belum ada isteri tu, kasihan mereka. Siapa nak tanggungjawab tu?" 

bukan  niat aku nak salahkan sape-sape tapi jangan menilai keadaan dengan hanya menyalahkan satu pihak sahaja.. =)



old story..Me


wow!! sangat tembun & tembam!
inilah kau masa kecik-kecik..
comelkan??
rupanya dulu waktu kecik-kecik aku sangatlah montel!
aku suka tengok gmbr ni..


ni gambar aku ngan pak usu.
masa kecik-kecik aku membesar an pak usu aku..
sekrang pak usu akupun dah kawen..
akupun dah dapat mak usu baru..


ni gambr aku ngan angah.. tinggi an??
hehehe..
tp skrg ni angah aku dh lagi tinggi dari aku..
skrgpn kami dah same2 masuk u..
& insyaAllah akan sama-sama graduate..


muka yg sangat tidak bersalah!!
kalo xslp gmbr ni umur aku 5 tahun.
gambr ni sebelum gi pasti..kurus an??
camne blh tembam skrg eA>?

Monday, 25 July 2011

Doa pendekat jodoh & doa Putus cinta

Assalamualaaikum..
tadi waktu aku jalan-jalan kat Goggle aku ada jumpa satu doa..
yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.
alhamdulillah hati yang x tenang semalam dah kembali normal..





doa ni diambil dari buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’..

incik Debab & jodoh aku..

Perhubungan aku & incik debab sudah hampir mencapai jangkau umur setahun..
Alhamdulillah, kami masih 'berteman" hingga kini.

Entah kenapa hati rasa x tentu..
jujurnya aku serik bila diingat kenangan silam..
kalau boleh aku juga x nak kenangan silam berulang kembali..

tadi aku ada bincang ngan incik debab ttg hubungn kami..
dia ada gtau aku, sekarang ni, ibu, atuk, & makcik dia dah ada calon untuk dia..
hati aku terus berdegup kencang..
teringat dengan cerita dulu..

YaAllah..
mungkinkah kisah dulu akan berulang??
kalau dulu aku boleh redha dia bertunang dengan pilihan mamanya..
tapi sekarang aku tak pasti..
aku xpasti sama ada aku boleh terima keadaan tu ngan incik debab atau x..

yang jujurnya,
aku dah mula yakin antara kami ada jodohnya..
Tapi bila dia gtau ttg calon isteri tu..
aku pun x tahu nak cakap..

tapi aku ader gtau kat dia..
kalaulah betul nanti ibu suruh pilih antara calon-calon yang ada,
aku nak undur diri..
aku xnak terluka lagi..
sakit sangat..
cukup sekali aku redha org yg aku syg kawen an orang lain..

aku ada gak tanya dia sama ada ibu dia tahu x ttg hubungan kami,
dia ada gtau kat ibu dia tapi belum tunjuk gmbr lagi..
dia cakap kalau panjang jodoh kami dia nak bawa aku jumpa ibu dia..

Tapi dia ada pesan,
kalau ada pape jadi dia suruh aku cari org yg lebih baik dari dia..
actually aku letih sayang orang..
letih!!
mungkin kalau hubungan ni x jadi aku minta parent aku je carikan..
restu ibu bapa tu lebih berkat..

*kusut..

Saturday, 23 July 2011

15th Entry- ayat Fauvourite

Alhamdulillah..
berjaya juga aku menyahut cabaran 15 entry terhangat.
ni entry cabaran aku yang terakhir..

ayat yang selalu aku cakap..
ialah... Entahlah!!
aku sendiripun tak pasti.

actually aku takde satu ayat khusus yang aku selalu cakap..
bagi aku biasa-biasa je..
aku ni simple tapi rumit..

perasaan comel tapi tembun!
tapi xkirala papepun org nak cakap tentang aku,,
aku tetap aku.. =)

my Big Family


Alhamdulillah.. 
Akhirnya, selepas banyak kali menunda untuk tulis Catatan ni, aku dengan tekad dan berbesar harapannya (cewah!!) hehe mencOret juga Entri ni.
sebelum aku mulakan sEgmen baru 'tentang kamu' dalam bukucatatanpink aku ni..
lbh AfdaL aku citer tentang mY biG faMily.. =)























Jom kita mula dengan Tuan besar & mak incik Besar aKa Mak & Abah aku..

*eiCik Abah

~ sangat Pendiam (Nak dengar membebel suara diapun susah)
~ Pencinta bintanag yg tegar!
~ Sangat suka dengan Nature (kampung view)
~ apa yg buat aku sayang sangat kat ABah ni,
kalau aku susah je dia mesti ada.
~ Walaupun dia tak tunjukkan yg dia sayangkan kami,
Tapi dalam hati kami Boleh Rasa kasih sayang dia besar punya!

* Bigmadam Emak
~ paling suka menasihatkan Membebel kalo ada yg 
buat salah kat umah.
~ Chef berTaraf  world!! 
~ seorg Mak yang sangat Kuat & Tabah.
~Sentiasa jaga makan pakain kami semua.
~ Tumbs UP!! =)

* Bersama family, ayah sedara, cousin.. nenek tersyg

myY onLy ONE MEK..


 ~ mek a.k.a Grandma aku kalo kot omputih.
~ sangat manjakan kami adik beradik tambahan AKU..( Bangga jadi CUCU kesayangan) =)
~ Dia jaga aku sejak kecik. aku selalu je tidur an dia kalau balik Kg. 
Pe je yg aku nak makan, semua dia akan masakkan..
~ aku sayang sangat-sangat kat Mek aku ni..
~ Love U! selamanya.. 


gadis paling comel  & Tembun seantero rumah!!
inilah Along..
bawu cukup umow 21 tahun.
sangat GARANG .. adik - adik la yg cakap.
tapi an?? muka dia sama tak an aku??
sama an? sebab tula aku..
hehehehe




ni ANGAH.
adik aku no 2.
thn ni masuklah umur dia 19 tahun..
Dia sekarang Keja sambil study kat UPNM.
bahagian human Resource untuk AIR FORCE.
mantapkan adik aku yang sorang ni??
InsyaAllah.. aku an dia akan Grad sekali tahun 2014.
dia sebagai Pegawai Tentera Udara aku sebagai Guru.
  


ni Achik!
adik aku yang ketiga.
paling genius dalam family aku.
UPSR & PMR straight's A.
form 4 tahun ni..
sekolah SBP di Kangar.






ni alang!
*sila abaikan model tak berbayor dibelakang.. hehe
adik aku yang keempat.
she's different from others.
susah dikawal tapi rajin..
walaupun lambt sikit dalam study tapi dia aktif dalam bercakap.
potpetpotpet..



ni Abang!
adik aku no 5. 
apa yang istimewa tentang dia, jari dia ada 11 =)
unikkan??
sangat terdorong kearah Agama,
Alhamdulillh.. bercita-cita menjadi ustaz..
InsyaAllah along doakan tercapai cita-cita abang ea..




yang terakhir & paling BONGSU.
Adik!!
pemilik 2 gigi rabit yang sangat besar.. =)
cool gila!
sangat matang, pandai bawa diri.
actually, peneman aku & adik paling manja..
kekadang letih melayan tapi sunyi kalau dia takde.


mereka semua orang-orang yang aku sayang..
termasuk sahabat-sahabat yang terdekat..


untuk.. :
Mak & Abah..
Thanks sebab jaga along!!


My sibling..
love u all..


Mek..
u are my everything..


*love all of you. please stay with me untill my last day. promise me ok?

aku, keluarga & bola

sejak bila aku minat  bola?? 
sejak aku ada family yang fanatik dengan bola sepak Malaysia!!
(maksudnya sejak lahir lagilah) huhuhu

sebenarnya ada satu cerita best tentang bola & family aku ni,.
Bila time bola, semua orang akan berkumpul depan tb.
masa tulah gathering yang paling gempak, RIUH, & best!!

menjeritnya umpama ada kat stadium!!
over kot.. huhuhu..
tambah-tambah bila mak yang tengok bola.
gempak satu rumah,

kalau abah tengok bola cool je..

unikkan??
bagi aku tersangatlah unik..

i love this situation.

Singapura Vs Malaysia (23/7/11)

Kemenangan singapura menjaringkan 5 Gol menentang Malaysia yang menjaringkan 3 gol sememangnya membuatkan peminat malaysia down seketika.
terutamanya aku, bila separuh masa pertama malaysia dibelasah 4-1 oleh singapura.
bergenang air mata!! hahaha..

semangatkan aku tengok bola??
mestilah, dari dulu aku sokong pasukan malaysia walaupun masa tu kita masih kalah diarena antarabangsa.
aku tetap sokong pasukan malaysia.
kini bila Harimau Malaya menunjukkan taring aku masih tetap dengan pasukan melaysia.

kalau dulu bila member-member aku tanya group mana yang aku sokong, 
aku jawab Malaysia diaorang boleh gelakkan aku.
 boleh kutuk-kutuk lagi pemain kita..
 padahal yang dikutuk tu Negara tanah tumpah darah sendiri. 
Pemain luar diagung-agungkan. 

sekarang bila mereka tanya aku group mana yang aku sokong, 
& aku tetap menjawab malaysia, 
diaorang tersenyum & angguk-angguk kepala.
begitu bangga aku dengan negara sendiri. =)

tak sabar nak tunggu match kedua bila Malaysia akan lawan Singapura di Stadium bukit jalil nanti.
Moga Harimau malaya akan jumpa taringnya semula.
InsyaAllah..



Thursday, 21 July 2011

Menunggu saat "itu"

sebenarnya semakin meningkat umur ni semakina ku berfikir siapalah sebenarnya jodoh aku!
Gatal an??
Jujurnya aku memang nak kawen awal.
Tapi bila pikir tanggungjawab yang nak dipikul..
termenung sekejap!!
Errrr...tak jadilah kawen awal.


Bila tengok dah ramai kawan-kawan yang dah kawen akupun teringin. 
bila masing-masing dah ada nak anak nampak matang sangat.
terus terpikir, bestnya mereka.
dah lengkap sekeluarga.

aku ni tak tahu bila.
sebenarnya ex-bf aku ada tanya aku..
kalau dia masuk minang aku macam mna?
aku terima tak??
tergamam aku sekejap.

bila masing-masing dah capai umur 21 tahun,
aku tak rasa yang soalan tu memain.
diapun serius nak masuk minang aku.
masalahnya aku ngan dia pernah putus cinta dulu.
dekat 3 tahun kami couple.
akupun dah fikir takde jodoh antara kami.

Tapi betul org cakap..
kalau ada jodoh takkan kemana-mana.
InsyaAllah.. kalau dah tertulis aku adalah jodohnya & dia adalah jodohku kami akan kawen.
kalau masing-masing sudah ada jodoh masing-masing maka kamipun takkan bersatu.

Tapi an aku dengar orang cakap,
sebenarnya jodoh kita dah tertulis pada dahi kita.
cuma kita je tak nampak..
betul ke tak..
wallahu'alam..