dah seminggu aku bangun je pagi-pagi aku terfikir malas nak pergik sekolah.
"kenapalah aku pilih bidang perguruan ni??
Malasnya nak hadapi budak-budak kat sekolah tu!
Bosan sangat kat sekolah. "
"xank pegik sekolah hari ni boleh.
nak mc.
mengadakan aku??
padahal baru sebulan je kena Pra-Praktikum kat sekolah,
dah mengeluh macam-macam.
sebenarnya aku mengeluh kerana tengoj sikap-sikap budak zaman sekarang yang semakin kurang ajar dengan cikgu.
cikgu pula "diharamkan" sentuh pelajar.
maksudnya biar apapun student tu buat tutup mata jelah..
tapi kalau apa-apa kes jadik guru juga yang akan dipersalahkan!
mana letaknya keadilan dalam institusi pendidikan kita pada hari ini??
bila orang yang tidak bergelar guru membuat dasar dan menyusahkan kehidupan guru-guru di dunia nyata.
yang salah apabila guru menghukum pelajar tanpa sebab kukuh dan kejam.
tapi bagi aku tak salah pelajar dihukum kerana kesalahan mereka sendiri.
dalam islam pun ada cakap kalau sayangkan anak tangan-tangankan..
supaya mereka belajar untuk menerima kesalahan mereka dan bukan menyalahkan orang lain.
dalam isu ini ramai ibu-bapa tidak memahami apakah sebenarnya hukuman rotan itu sebenarnya,
bukan niat mendera tetapi memberi pengajaran kepada anak-anak mereka.
jika dulu kerjaya seorang guru dipandang tinggi namun sekarang diletak serendah-rendahnya.
tanpa guru seorang perdana menteri takkan mendapat kedudukannya sekrang!!
Takut bila aku melihat anak-anak muda sekolah melepak n jadikan sekolah seperti pusat hiburan.
datang tanpa ada disiplin.
ponteng kelas.
kurang ajar dengan guru.
aku tak pasti sampai bila isu ini akan timbul..
harap lepas 3 tahun akan ada orang yg membela nasib guru-guru.
kepada guru-guru yang berkhidmat semata-mata inginkan gaji tanpa memikirkan anak-anak bangsa..
saya sarankan nilailah semula bagai mana anda diajar dulu.
jangan kerana anda kami guru-guru yang berminat dgn kerjaya ini turut dipandang serong..
No comments:
Post a Comment