Thursday, 28 July 2011

Cuba lagi Harimau Malaya!

KElu!!
itu yang boleh aku nyatakan pada separuh masa kedua bila singapura menjaringkan gol untuk menyamakan keadaan..
diam seluruh isi rumah yg tadinya berteriak ketika safee sali menjaringkn gol utk Malaysia & menjadikan Agregat 5-4.. 

Bukan rezeki kita pada kali ini.. 
Serius aku frust!!
banyak peluang yg kita ada tapi terlepas begitu sahaja..
apapun pemain kita sudah cuba yg terbaik.
sehabis daya daripada 100% pemain malaysia..
Kita kekal & gagah tanpa pemain Import.

namun apa yg buat aku hot bila segelintir manusia yg cepat sangat melatah dengan kekalahan kita..
waktu Malaysia dapat menumbangkan negara-negara Asia yg lain mereka terdiam.
sekarang baru nak menyalak??
cuba kalau kita yg menang tadi??
apakah yg akan dinyatakan oleh manusia-manusia yg menyalak tadi??
Geram sangat baca status-status mereka yg Hampeh tu!!
xde semangat cintakan negara langsung!!!

"tukar pemain pertahanan dengan pemain2 yg lain...
berlambak2 lagi pemain pertahanan yg punyai permainan mantap...
apa la nk di kesiankan sgt...bubar n cari pemain pertahanan yg lain...
sampai bila nk malaysia kalah dek kesalahan2 sama haaa????"

"pasukan sukan kita x boleh melangkah jauh...sebab org yg menerajui lebih bnyk politiking daripada melatih"

"tahniah malaysia........kerana semangat kesukanan yang tinggi.....membenarkan singapura menang......"

"harimau2..awat jd kucing malam ni...@#$%^&*!"



mereka siapa untuk menyatakan isu-isu macam ni??
kita ni cuma manusia biasa yg akan ada pasang surutnya..
Mungkin bukan rezeki kita untuk menang pada malam ni,
tapi berfikirlah secara positif,.

kita sepatutnya bersyukur kerana kita sudahpun maju setapak lagi..
kalau nak menang kena mula dari bawah,.
xsemestinya bila kita lawan kita akan terus menang..

namun begitu ada juga yang masih memberikan pujian & kata-kata semangat kepada harimau Malaya..
Kita akan terus berusaha untuk kembali menunjukkan taring semula..
InsyaAllah..
Moga semangat pemain-pemain kita akan terus membara..

*Orang yang berjaya adalah apabila dia jatuh dia bangun kembali & bangun kembali untuk mencubanya semula..
sebaliknya orang yg lemah hanya memandang & merenung sahaja kejayaan tanpa bangun untuk mencuba..

No comments:

Post a Comment